Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 Ogos 2013

Hidung Berdarah ketika hamil




Assalamualaikum.. 

Kali ni, I nak share pasal symptom ibu hamil yang kadang-kadang bikin scary kadang2 bikin weird. Kenn?

Cerita nye cenggini (~~,)”

Dalam area jam 7pm, I gi mandi. So, bila gi mandi ni mestilah kita bersihkan diri dari segala kekotoran or bacteria.ehee. antaranye, I pegi la wash my nose, gune jari.aha! agak sopan la sikit ler bila kata wash, instead of “korek” kennn. Hew hew. Tetiba, bila I bersihkan, ada darah. Ehh, terkejut jugek cam takot la pulok. Kenapa la ni erk,? Pehtu I cepat2 cuci. Tapi sikit aje, tak banyak pon. Takdok le meleleh sangat. Lepas mandi, baru cakap kat hubby, tu pon takot2. Cam buat salah pulok.

Lepas cakap kat hubby, I peg ilah gugel. Bahaya ke hidong berdarah?

"Sesetengah ibu hamil mudah mengalami gejala hidung berdarah. Selalunya keadaan ini berlaku pada trimester kedua dan terakhir. Gejala hidung berdarah ini selalunya tidak serius. Ini berlaku kerana perubahan hormon kehamilan yang turut menimbulkan kesan keradangan pada hidung. Keadaan ini menyebabkan penghasilan lendir atau cecair dalam hidung berlebihan dan ditambah dengan pelebaran pembuluh darah yang menyebabkan gejala ini mudah menyerang ibu hamil.

Berikut tip yang boleh cuba diamalkan bagi mengatasi masalah ini.
  • Apabila hidung berdarah, elakkan mendongakkan kepala ke atas semata-mata tidak mahu darah mengalir keluar. Cara ini salah kerana darah boleh memasukki saluran pernafasan. Sebaliknya tegakkan kepala dengan pandangan lurus ke depan dan tekan kedua hidung agar darah tidak mengalir.
  • Bagi menghentikan pengaliran darah, tekan kedua hidung anda dengan jari selama 10 minit.
  • Apabila pendarahan sudah berhenti, berhati-hati agar tidak bersin terlalu kuat bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
  • Anda boleh cuba lekapkan ketulan ais (yang dibalut dengan kain) pada sekitar hidung agar pembuluh darah mengecut dan membantu menghentikan pendarahan.
  • Jaga kelembapan hidung. Minum air yang cukup dan hindari berada terlalu lama dalam udara yang kering.
Jika pendarahan serius atau terlalu kerap berlaku, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.
dari blog dr zubaidi

beberapa langkah berikut dapat mengurangkan pendarahan.antaranya:
- hembuskan hidung secara perlahan-lahan
- buka mulut ketika bersin
- elakkan berkerja dalam persekitaran kering (seperti dalam bilik berhawa
dingin) terlalu lama dan elakkan dari habuk dan asap, termasuk asap rokok
- jika hidung terlalu kering, boleh dapatkan ubat titik saline dari farmasi"

Bila dah baca2 ni, harap2 takde la teruk sangat kan. Memang risau la jugek. Hopefully semua ok kan. Doakan lah I yer..hehuuu. kalo berlarutan, nanti I pegi klinik, maybe next week kot.

Kalo bab kekejangan kaki ketika tidur, itu memang perkara biasa jugek, lepas I gugel2. Kenkadang, untuk betulkan urat tu yang saket cam menarik kuat,huhu terpaksa lah I bangun dan berdiri,. Sebab cara tu jek I boleh hilangkan kekejangan kaki waktu malam. Memang saket sebonanyer, dah la mamai2 kena bangun terus pulok tu. dah la berat..hik hik..

Semalam, hubby tegur i. “kenapa usap2 perut tu,? jangan…” haha, jangan konon dia cakap.. I cakap letih pulok tu yang usap2 perut sambil menyandar kat seat kreta. Hubby kater, “yang, kalo mama abang nampak ni perut syg, mesti dia cakap comel ni. Ada orang tegur ke perut syg d ofis?”haha. lawok laa.. I pon tengok dah cam buntal sangat dah i. ekceli kaki still ok, Cuma baby kerap mengeras jek kat peyut ni. Maybe sebab ruangan dah sempit kot. I pon dah rasa berat naw peyut I ni.

Kenkadang bila nak bangun dari katil or tengah duduk punyalah macam mak nenek..hehe. slow2 nak bangun. Kekadang hubby la yang tolong tolakkan dan tarikkan..he he he.. 





Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign