Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

11 Ogos 2013

Entry Eid 2013 yang panjang =.="

Assalamualaikum..

Salam Aidilfitri kaliansssss. Best tak raya? Sedih kan I, beraya kat perantauan. Takde makna nye raya tanpa family di sisi. Yang ada hanya lah husbenku ketika ini. Bila dah merasa beraya di perantauan, lagi2 bandar, yaa! Sah sah sunyi, tak de pon feeling feeling beraya. I Cuma rasa masa 1st day raya jek. Then petang sehinggalah skarang 3rd raya ni lagi la cam tak de pon raya bagi i..hewww. pada ketika ini, I la manusia yang akan menghargai erti sbenar hari raya. K noktah! Haha

Raya Pertama

Seawal jam 2.30 pagi. Yaa pagi buta! Haha. Pegi jalan TAR, kira nak merasa la jugek, apa itu lelong malam raya. Orang kata, alang2 tak balik  raya, apa salahnya merasa pengalaman pegi jalan TAR. U know, ramai la orang bandar yang tiap2 tahun beraya kat KL or sekitarnya, tak suruh I pegi jalan TAR malam before raya. Deme kata, jem, sesak dan macam sardin. Oh maiii. Tapi, kedegilan I dan husben menguasai segala-galanya walaupon geng husben sekuriti kat area perumahan I tu dah cakap kat husben I, “bos, tok sah la pegi sana bos. Itu menempah namanya. Istri bos tu sudah brapa bulan??”

Husben I senyum terkehel jawab “8bulan lebih.hee, sesak eh?”

Abg guard tu jawab “ yaa, memang sesak dan jem. Bagus duduk rumah lagi baik bos”

Wakakaaka. Tup tup masa balik jam 5 lebih,  kebetulan abg guard tu jaga malam tu. Nah! Teropot geng! Siap terbeliak mata “baru balik????” kah kah kah……..

Pengalaman pegi jalan TAR, btw macam biasa seja. Memang jem mula2 tu. Sudahlah ada bomba masa tu, sebab ada kebakaran kat apartment dekat jln TAR tuh.giler,haha. Siren dah la bingit,, pegi jalan TAR I Cuma dapat beli baju kurung dua pasang(rm50), tudung (rm10), jubah (rm50), baju (rm20) dan songkok. Baju Melayu malam tu murah giler. Tapi husben memang cerewet la kalo bab memilih baju Melayu, tak mo panas la, design tak cantek la, kain dia tak kenan la, size takde laa. Last2 tak beli.hahaha I pulok I shopping bagai. Baju kurung malam tu pon murah. RM100 4 pasang. Harga spatutnya 2 RM100. Malam tu dorang lelong. I pilih2 I Cuma dapat 2 pasang jek size i. nasib la owner tu ok la boleh, tapi tu pon dia nak I senyao2,hehe..sbb dia takut yg lain join cam i..rugilah dia kennn kennn?


Jam 8.30 am, we all pegi semayang raya kat masjid besi. Memey ramai umat manusia yg sembahyang raya. I solat kat level 3, best. Masatu ramai orang Melayu, orang luar negara pon, sbelah I family indonesia. Paling lawaking masa I solat, tengah I sujud, I cium bontot orang depan.wakakaka! tak sangka pulok ruang untuk sujud tu dah sempit. Nasib baiklahh dua rakaat saja.

Lepas solat, jam 10am start open house PM kita. Terus gi sana, dengan tudung senget benget, muka kusam tak touch up pon.ahhh yang penting makan..haha.. masuk je perkarangan rumah pm, semua berlarian menuju kat atas bukit area rumah dia. We all pon join la jugek beratur sakan. I cam pelik la pulok, awat open house beratur bagai. Laa rupanya, tempat we all pegi tu bagi orang yang nak pegi jumpa pm laaahhhh. Terus beredar, and tanya kat pak polisi mana tempat makan.. tempat makan nun kat bawah bukit.haha. terpaksa mak buyung turun lagi dengan selow selow, turun tangga pulok tuh. Terus orang kuat open house pm tegur “ bang, nanti masa balik, abang ajak wife abg kluar dari sana, pastu mintak driver hantar sampai pintu, kesian akak ni hah, bahaya” terus I senyum takabbur.wakakaka. I la manusia yang kuat makan, husben I, ishk, dia tak makan banyak, terus nak bawak balik lepas makan sepinggan dua. I dah plahap banyak, muncung seribu I masa dia ajak balik. Terpaksalah beredarrrrrrrhewhewwhewww








Petang ke malam, dok umah.bosan.!

Raya ke dua

We all dok umah sampai ke malam. Husben tak pegi pon rumah kengkawan dia, I pulok takde kawan yang tak balik. Malam tu baru we all gi alamanda.jenjalan nak cari makan. I dah risau, kot2 la I jek yang muslim kat sana. Huh! Kat alamanda, banyak nye melayu2 yang tak balik kampung. I ingatkan I jela yang tak balik raya.. rupanya banyakkkk lagii yang tak balik. Malam tu tengok muvie Smurf je la..hee

Raya ke-3

Dok umah sampai ke petang.ahhh bosannyyaaa idop, tidur makan, tidur makan. hjhjhj.. I dah ajak husben gi bawak I jalan, I siap ugut dia, kalo tak jalan I tidur!haha.
Last2 husben bawak jalan. I ajak dia pegi kampung baru, sebab nak beli set bersalin. Dah beli, terus ajak gi jalan tar. Kot2 bukak. Wahhh, ada gak peniaga yang bukak malam tadik. Cuma, dah macam kat negara india la pulok. Lagu raya sah sah dah takde, lagu tamil je la berkumandang. I sempat la beli tudung.hew2.. bestnyaaa.

Macam nak pegi buat pengumuman raya.heeee


i siap bagi peace, laa rupanya tangkap gambar baby bump. husben kata "baby pon kena jugek amek gambar" cis =.=
'

Husbenku yang skema.ko hade?














Dahhhhh, habis cerita raya I dan suami. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin. Maafkan saya jika terkasar bahasa, terkata, terumpat, termakan, terminum, harap di maafkan kesemuanya dan di halalkan

Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign