Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 Disember 2013

Ibu & Ayah sayang fiyyaz




Assalamualaikum..

Hmmm.. nikmatnye dok umah sambil jaga anak. Bila dah kerja ni, terasa nak cuti lagi.hee hee.. udah udah la cuti tu emma oiihh. Ni la penangan rindukan anak. Kalo dok kat partition ni sensorang, sah sah dalam fikiran dok fikir anak anak anak. Dulu zaman bujang, idoknye pikiq cenggini. Tak pelahhh.. ni la dugaan bagi ibu yang bekerja cam aku ni.  

Fiyyaz nun dok kat pengasuh, Alhamdulillah makin hari dah makin okey dok kat pengasuh. Cuma, time mandi je fiyyaz kuat nanes sebab dia tak biasa ngan tangan pengasuh. Actually, dak fiyyaz tak pernah nangis kalo aku mandikan. Tak pelah, bak kata kakak aku, lain orang lain cara jaganya.hmm. sayanggggg FIYYAZ.  

Smenjak dah selim lepas bersalin haritu, agak ramai yang cakap “emma, ko da makin cantik” ahhhhhh, tersembuq ayaq liuq aku di buatnya.hihi. tu belom lagi time kenduri kahwin kakak aku aritu, ramai bebenaw tegur makin cun.haha. ye ye je dema puji cenggitu.haha. paling tak boleh blah, kakak ipar aku cakap gini “maa, makin lawa suda ko skarang. Betul la orang cakap, lepas beranak anak pertama mesti cantik, macam saya dulu branak si zaki (anak buahku) ramai cakap cantik  “ bahahahaha. Ada2 saja, walhal aku cam biasa jek, gini jugak. Actually, maybe disebabkan aku dah berisi sikit kot, kalo dulu kurus cekeding. Alhamdulillah, hasrat nak demok sikit Berjaya jugak akhirnya. Berat asal aku(zaman bujang) dengan skarang (lepas bersalin) jauh naw beza berat, naik 7kg, yo~! Haha. Skang dah static. Tak naik, tak turun. Lagipon aku breastfeed fiyyaz, so, tak la naik2 berat ku ini.. kalo tak bf fiyyaz, ntah2, melonjak naik berat ku ini.huhu..

Hmm, banyak nak story kat sini. Tapi, dek kerna ari ni ari senin, agak kemalasan sedikit. Nanti la aku sambung ceghita yo.






Terima Kasih

23 Disember 2013

Dugaan nak masuk kerja

Assalamualaikum.
21.12.2013 hoyeeeeah!! my son dah masuk 3 months. Cepat naw dah naik angka bulan nye yep. Dah 3months budak tu baru la aku bukak blog aku ni. fuhhh. Pas ni rajin la kot aku nak post new entry, ehem. Maklumlah dah ada Internet zasss berdesup laju je wifii kat umah ni. Asben baru pasang IP TV maxis fiber, siap channel movie pon banyak memang aku tak dapek nak siapkan assignment la cenggini. muehehe!

Hari ni, dah masuk hari ke-3 aku masuk kerja, hmm memang banyak dugaan before aku nak masuk kerja lagi. Memang banyakkkkk dugaan sampai tak terkata dek lidah nak share ngan family ngan kengkawan, hanya asben tempat aku sharing segala yang terbuku kat hati ni.

Dugaan pertama - 4hari before aku start kerja, peti ais kat rumahku rosak. oh! memang aku sedih giler masa tu, tak tahu nak buat cam na. Bayangkanlah, stok susu EBM yang aku pump selama sebulan lebih, dah rosak kesemuanya. Masa peti ais kiterang rosak ni, family aku ada kat sini, so ada yang terlupa nak tutup pintu peti ais sebelum kiterang gi jenjalan kat Bukit tinggi seharian. Pakej la terus rosak peti ais tu (dahla peti ais baru ni bermasalah betol). Rasa nak nanges je bila tengok stok susu ebm semua dah rosak... berair jugak la mata masa tu, tapi aku cover sebab depan family, kalo depan asben jek, sah2! aku nanges lelaju. Asben je la yang bagi semangat kat aku masa tu, dia kata ikhtiar cara lain.. 

Dugaan kedua -  aku try la pump jugak siang esoknya guna pump Evelove flexi yang selalu aku guna tu, aku beli dengan harga rm599 taw~! $$ memang mahai, tapi demi anak!, demi full bf!! last2 try punya try, motor pump tu low giler. Aku start hangin dah, time cenggini pulok dia nak rosak. Terus istiqomah diri, ini dugaan untuk aku. Memang tak leh guna la jawabnya. So, bila ada orang repair peti ais keesokannya, aku pon pujuk2 asben untuk beli pump yang baru. Asben memang tak setuju cadangan aku. Sebab, we all da spend duit beli Pump Evelove Flexi dah berdesup2 duit nak bayar,. Acctually, sifat aku memang turun temurun ikot perangai emak aku, yang cepat panik, cepat ambil keputusan melulu,.. aku riso yang sebonanya, aku dah nak start kerja, kalo nak bagi susu ebm bukan sonang minah oih,. So, kakak aku cadangkan campur susu tepung. Sehari sebelom aku masuk kerja, aku pujuk jugak asben pegi beli pump baru.. Akhirnya, asben setuju jugak cadangan aku (ehem..tu pon sebab Malaysia menang bola lawan Vietnam..he, sonang la hati kak oih).

Aku pon cadang nak amek pump jenama avent yang manual. Dalam kepala dah set harga RM190(main hentam harge!).. So, pegi la kedai ‘Manjaku’ nun kat Bangi. Ahhh sudah!! Dalam hatiku. Harga bukan rm190 tau tapi rm 299. Makooih.. mana nak carik duit ni. Aku gosok mata 2 3 kali, bukan rm190 yo!!. Dengan prasaan hampeh terkedu tersedak, gtau asben, beli pump lain yang under rm200 jek,. Last2 akak kaunter rekeman BP jenama ‘Medela’ yang ada promosi set. Aku belek harga, RM266 (skali dengan collerbag pink, botol kecik 3 bijik, ngan Pump manual, ada kepala & puting botol susu skali).. habaq kat asben,. So, dua2 setuju amek medela je. *dalam hati, happy sangat!!

Dugaan ketiga – dek kerna dak fiyyaz jarang jarang guna botol kat rumah, selalu direct jek. Tu yang masa fiyyaz dok umah pengasuh, budak tu susah sikit nak nyonyot susu. Dia tak biasa. Aku, kemain risau kat office, takot dia lapar. Aku dah belikan dak fiyyaz memacam jenis botol, yang paling selalu aku bagi dia botol avent. Tapi dia tak suka, sebab keras. Dia amek masa yang lama nak nyonyot. Tapi, pengasuh dah fiyyaz, gtau sebab lubang puting botol tu besaw, so dia tolong tebukkan. Fiyyaz menyusu gak tapi kauntiti yang sikit. Jumaat lepas balik kerja, ajak asben gi Alamanda, carik botol susu jenama MAM. Maybe avent tu dia tak suka, bila pengasuh bagi botol susu MAM, dia abiskan dalam kauntiti banyak. Tu yang cadang tukar botol jek. Alhamdulillah, sabtu  ngan ahad aku dok kat umah, sempat jugak ajar dak fiyyaz menyusu guna botol guna botol susu MAM.. Avent, terpaksa simpan, tunggu dia dah besar sikit baru guna semula..

Dugaan ke-4 – Susu stok ebm aku, sah2 la takde.huhu. so, aku terpaksa pump susu sehari sebelum masuk kerja. Berapa oz jek pon kan. Air susu tak banyak mana, dalam sehari paling banyak aku bleh kumpul pon 10oz. spatutnya dak fiyyaz kena minum 4oz skali minum. Tapi dia guna botol dalam 2oz jek dia mampu, tapi tak tahu la kalo guna botol MAM ni dia nak brapa oz skali minum. So, aku dah suruh pengasuh bagi 3oz start hari ni. Hopefully pengasuh bagi la yer. Dek sebab susu ebm untuk bekalan dia kat rumah pengasuh tak banyak, so, aku ada gak bagi susu tepung if tak cukup. Ntah dak fiyyaz nak ke idok susu S26 yang aku telah beli ketika aku cemas masa peti ais rosak. Hanya doa yang mampu aku buat skang ni. Insha Allah dak fiyyaz ok jek kan..

Dugaan ke-5 – dak fiyyaz slalu nangis2 smenjak dua ni. Nangis manja plak tu. rasa geram, kena kiss kiss je la dengan ibu dia. Salah satu nak elakkan marah kat anak kena kiss dan pelok dia. Tu la yang aku buat masa dia nangis, kekadang kita sebagai ibu dan ayah, bila anak nangis je, mesti kita stress,, (hopefully kat pengasuh fiyyaz ok kan).. Bila dah kiss dah pelok2, dah pujuk2, hilang segala rasa stress, rasa sayang je ada masa tu. gunalah tips ni. (ni pon baca kat mana ntah). Aku ada belikan puting susu jenama MAM.haha, dak fiyyaz kemain suka. Tapi ayah dak fiyyaz, habis2an haling, last2 dia pasrah jugak. Aku bagi pon sebab dak fiyyaz slalu hisap jari tangan dia, kekadang masham bau liur kat tangan,hehe tapi aku suka.. Cuma takot kuman ke kotor ke,. Ntah la nak teruskan ke tak puting MAM tu ke tak,. Tengok la nanti kan…..

Tu la Antara dugaan2 aku. Kekadang, niat baik kita mesti jugak kita akan diberi dugaan, dan aku redha pasti ada jalan penyelesaiannya. Insha Allah..

Aku berharap sangat air susu bertambah2 dari hari ke hari. Kalo boleh aku memang tak nak dak fiyyaz minum susu FM, biar dia minum susu bf jek. Susu bf jimat sbenarnya, FM ni, mahal kemain. Aku beli s26 pon dah RM58 satu pack besar,. Tu pon aku amek s26 sebab aku baca kat tenet, rasa s26 macam rasa susu ibu. Tak pe la.. harap2 dak fiyyaz nak la minum kalo dah darurat takde susu ibu masa tu..

K lah, nanti aku kongsikan gambar dak fiyyaz k.. nip on busy sangat bila dah masuk kerja,. Doakan dak fiyyaz sihat dah sentiasa di lindungi olehnya…. amin
 



Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign