Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

17 November 2014

Alhamdulillah complete!

Assalamualaikum.

Dah lama tak berkunjung kat blog ni. Baru nak aktif balik kat blog sendiri. Memandangkan sbelom ni, aku dok busy je, inShaAllah lepas ni aku usaha rajin update selalu keh.

Alhamdulillah, diplomaku dah complete. In Sha Allah, next year baru convo. Tak sabo rasanya. 4 tahun setengah mengharungi pahit getir nak habiskan diploma tu. walaupon result tak gempak mana, aku tetap tak putus asa.. sebab masa separuh jalan dulu, aku dah kata, tak nak give up. Bukan senang nak habiskan sampai masa, mujurlah,aku dikelilingi dengan orang2 yang prihatin kat aku, cam asben, family belah aku dan belah asben, dan paling penting, kawan seperjuangan yang sama-sama dari sem 1 sampai la akhir penamat jenis yang memang usaha kental, result gempak, tak give up, penuh komitment, focus, tak kedekut ilmu, suka menolong,. Walaupon derang convo bulan 12 ni, turn aku pulak next year, ok la tu. sebab aku tangguh sem masa bersalin Fiyyaz. Tak pe, kalo ada kesempatan, aku nak datang time derang baling topi. In Sha Allah.

Alhamdulillah, Fiyyaz pon skang dah makin bijak, makin manja. Ada je telatah yang buat aku rasa excited lelebih. Bila dok office, mula lah hati rasa nak cepat balik, sebab nak layan kerenah budak tu. tapi, kenkadang, aku frust giler bila time aku letih sangat, mesti buat tak layan dia, then pasang u-tube untuk dia, Allah, rasa sangat2 tak bagus untuk anak macam tu. tu yang, aku tak prefer nak lepak office lelama. Asyik nak cepat balik je. Padahal, aku perlu ot, cuti tak mencukupi. Supaya aku boleh luangkan masa ngan dia, sabtu time ot, aku bawak fiyyaz gi office.. Fiyyaz pon suka buat hal sendiri, senang la aku nak buat kerja kat office, sambal tu pantau-pantau dia buat apa..

Bila study diplomaku dah settle, banyak sebonanye plan aku nak buat itu buat ini. Tapi, aku tak tahu nak mula mana satu. Aku nak sangat join kelas2 berfaedah, macam klas masakan ke, klas menjahit ke, kelas keagamaan, cam blajar mengaji gitu, or etc.. tapi, aku cam lemau pulak hujung tahun cenggini, lagi2 website perbadanan cam dah close aktiviti yang aku nak join. Aku ada plan nak amek lesen driving. Tapi, ntah bila nak start nye. Tak register pon lagi.haha! nampak naw tak bersungguh. Ya yay a, I know, kena blajo driving, kena ada lesen, something happen nanti nyesal kat diri, tapi.. nanti la aku pegi register. Ok ok.


Tak tahu nak cerita apa lagi, nak gambar Fiyyaz terbaru..






Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign