Followers

29 Ogos 2013

updated 35 weeks :)



Assalamualaikum.

Tetiba malam ni terasa nak berbelog kejap. Apa nak story eh? Hmm. ntah, aku pon tak tahu nak story pasal apa..ehe.

Bila dah nak dekat2 9 months ni, tetiba rasa nervous.  Kalian tahu tak, bahawe se’nye (tatabahasa hancus) aku baru nak ber-packing barang untuk persedian gi hospital. Ekceli, 34 or 35 dah ready siap2 kan. Sebab baby first tak bleh jangka. Kot2 la kluar awal ke. Ye dak.

Hari ni baru aku terluang nak packing barang baby. Barang daku pulok nak packing besok.ehee. dalam hati ni, alahai~ riso kemain, kot2 la besok ke. kan. Tapi aku baru jek nak masuk ke 36weeks (isnin depan). Kalo dah masuk 9 months, confrm tinggal tunggu hari ‘orang bilang’.

Isnin lepas, firstime minum air kelapa muda. Ekceli, aku tak berani nak minum dari usia kandungan 1 ke 7 bulan. Sebab pernah anak akak office aku, terberanak awal gara2 minum air kelapa muda di usia kandungan 5 bulan. Dahlah baby dia kembar, pehtu baby sebesar botol kicap. Tu yang buat I tak berani. Hee. Tapi isnin lepas, aku minum air kelapa.. habes licin aku minum semuanya.. pastu, belah malam firstime merasa miss v saket yang amat. Memula I risau jugek. Tapi, kalo tanda nak bersalin mesti ada contraction kan…tapi takde..

so, keesokkan hari, aku gi klinik, Alhamdulillah, semua sihat dari hb, kencing, ukuran perut, kedudukan baby etc. Cuma berat ku makin meningkat.huh, riso aku dibuatnya. Tapi, idok pula nurse tu tegur berat aku. Nasib baik laaahhh.. ni pon aku rasa perut aku dah makin mebesaw, nak bangun, nak buat kerja,nak duduk, nak be**k opsss! Semua dah cam tak larat. Tapi aku paksakan diri ler jugek. Kang jadi malas, susah pulok nak bersalin kan.

Hopefully semuanya di permudahkan. Aku selamat baby pon selamat, keduanya sihat dah nanti boleh kuar hospital cepat. Doakan yaa :)

K lah.. bila ada masa, aku story kat sini lagi. K bye




Terima Kasih

22 Ogos 2013

34 weeks & 3 days



Assalamualaikum..

Hmm..minggu ni memang minggu yang sangat huru hara menyiapkan kerja yang tak settle. I baru nak settle apa yang patut, pehtu ada pulak tugasan yang baru. Hmm.(mengeluh lagi).. “ya ALLAH, ikhlaskan lah hatiku ini”. Terpaksalah jugek buat tugasan tu,. selama 3 hari ni kena jadi cekgu, mengajar freshie yang akan back up kerja aku nanti. Ekceli, I ni idok pon pandai ngajo oghang. Terpaksalah jugek..

Dah la dua hari yang lepas, lawyer gebang lebih, idok pahe bahase pegi marah2 masa call i. aduihhh.. biasalah, we all dah explain memacam pasal service and gaji dia. Tapi dia still tak paham. Dah kebetulan bos I dua orang tu takde, tetiba I pulok yang kena jawab. Dah ramai terangkan kat dia satu2 pasal gaji dia. Tapi tak paham2..hentahlah labu.. maybe memang habit kot, nak menang je. Memang camtuh la kan.. nasib baiklah, mood I masa tu still berbunga2, mood ok so, I tak de menjawab sangat apa yang dia cakap, I dengar jek luahan perasaan dia tu. kang kita potong2 ayat dia kang, kita plak yang dapat mudaratnye. Dah habes dia blaaa..blaaa.. pot pet pot pet.. baru la I mencelah

“maaflahh encik ***F, saya Cuma boleh tolong apa yang saya termampu jek, if encik still tak dapat jawapan, nanti encik hubungi penyelia saya je. Maybe penyelia saya boleh terangkan kat encik”

Fuhh, dengan pantas dia jawab

“saya mintak maaf la cik emma, kalo saya terkasar atau teringgi bahasa. Saya Cuma kecewa..bla blaa..blaa…”

Ekceli, dia kurang faham jek, Cuma dia tak nak kalah..haha..tu je.. bende ni small metter,.lawok pulok,. Terus semua simpati kat I la semula. Spatutnya, dia terus contact unit gaji, tapi dia tak hendak la nok. Dia nak I bantu dia. Haritu akauntan, kali ni lawyer..yahhh memang bravo!!!!!

Nasiblah I takde perasaan sangat, lebih kepada hati berbunga2.. so, abaikanlahhhhhh ye nok!..

Smenjak dua ni, miss V I cam kurang slesa jek, pastu asyik nak terkucil dan nak ter poo poo je.haih. pehtu, cam senggugut semacam je ni. Kawan I cakap, tak mustahil emma kalo 34 weeks dah boleh bersalin.. tapi, kalo dah baby nak kluaq awal, I rela jek..asalkan baby dan saya selamat, cukuplah bagiku.. tetiba malam tadik, hubby kejutkan I lepas dia jumpa kawan, dia kata

“yang, nanti kita jumpa dokter, pegi check air ketuban cukup ke tak. Sebab abang gtau kawan abang pastu dia suruh bawak syg pegi klinik”

Haha.. ok, I ok je, kalo dah hubby nak bawak gi klinik.. :)

k.bai

Terima Kasih

19 Ogos 2013

Carta Pergerakan bayi



Assalamualaikum..

Fuh.. penat. Baru lepas settlekan kerja sesikit. This weeks, berhabisan lah aku menghabiskan kerja-kerja yang ada. Jap lagi nak sambung buat OT, rajin kan. (rajin lar sangett, kenen!) Ekceli nak tambah 6 jam lagi nak ot, tu dah cam azab nak tunggu enam jeham nye yerr. Kesian suami ku kena tunggu isterinya ni buat kerja. Aku rasa bersyukur sesangat jugek dapat suami yang banyak bersabar dari segi menunggu ni. Yaaa.. tunggu! Kalo aku, gerenti aku ni kurang penyabar bab2 menunggu. Relationship aku dengan suami ni pun, lebih banyak pengorbanan yang menuju kepada perkataan ‘tunggu’ tu. kalo aku story pasal tu, panjang lah pulok kan.. nanti2 lah aku cerita kalo yang itu keyhhh..

Kali ni, aku mau cerita pasal rekod merekod pergerakkan baby.. ekceli, mula2 dulu masa 28weeks/7months nurse dah suruh start kasi tick tick “/” dekat buku pink. Memula tu, agak malas2 la jugek. Dan sangat konfius mau tick time yang tendangan begini ke, tumbukkan begini ke, geselan begini ke,. Baby first la kan. Semua benda kecik jadi blur berterusan.

Tapi nurse gitau masa tu,

“puan tick bila masa tendangan kuat dan kira tendangan seterusnya slepas 10 minit”

=.=”

Sekarang ni, baby bump dah 34 weeks. Alhamdulillah. Lagi 6 weeks ketemu, kalo kuar awal 2 minggu pon “ibu on je nak”..heee.. tapi, 34 weeks ni, baby dah start kurang2 gerak. Orang kata ruangan dah sempit, tu yang kurang2.. Still cukup 10 gerakkan, Cuma lambat sikit laa nak cukupkan.. itupon kalo aku terlelap ketika tengahari kat ghumah, confrm tick nya akan ke jam 6-7..hehe.. ekceli, baby aktif bila malam, sebab malam kalo aku tengah baring2 tu la dia aktif.. kalo aku duduk or tengah jalan, baby lagi kerap mengeras jek..hee.

Risau la jugek kalo tak cukup seploh, kenalah aku check in spital.hee. tapi awal sangat kalo 34 weeks tu, ye dak..?

Ada yang tegur, perut aku dah jatuh, means macam mau dekat due sudahhh.. aku pon baru terperasan bila ku tatap cermin lama2 sambil posing tayang perut, dengan pusat menonjol.haha. dorang bilang, tu tanda2 tak lama lagi. Ehh ye ke. Kalo baby nak kuar cepat pon boleh je, Cuma tunggu dua minggu or 3 minggu lagi ya baby..hehehe..


Kawan skolah aku, baru jek bersalin. Aku pulok excited tengok baby dia. Suami ada tengokkan gambar baby kawan office dia.. adusssss,, comel gilossss jugek. Macam tak sabar nak jumpa baby sendirik pulak.. cam gelojoh pulok aku ketika itu..haha.. paling dahsat, aku angkat tangan suamiku, dan ku letak jemari dia kat atas perut dan suruh suami cakap kat baby cenggini “baby,cepatlah keluar”.. mehehmehehmeheh.. bila ku fikirkan, masha ALLAH emma ni terus bawa bertenang “berasabarlah wahai emma lepasni, berubah 100% kehidupan ko emma, bye2 kehidupan bujangan sama si suami”..
 



Begini la rupa ke-‘tick’-kan ku. Agak cemolot jugek la. Yaaa,, ni tick main hafal jek. Means, malas mau jalan ambik buku, so hafal sudah brapa kali baby kicking..muehehe.. yaaa laaaa, berat naw nak bangun. Tu pon banyak yang termiss. Maklumlah, penyanyok datang tanpa di sedari..kah kah kah..

Ok lah. Sudah terlama aku lepak sini termasuk lepak bilik termenung. Mau sambung kerja. Besok2 kerja menghadap baby jek laaa..hee.




Terima Kasih

15 Ogos 2013

Hidung Berdarah ketika hamil




Assalamualaikum.. 

Kali ni, I nak share pasal symptom ibu hamil yang kadang-kadang bikin scary kadang2 bikin weird. Kenn?

Cerita nye cenggini (~~,)”

Dalam area jam 7pm, I gi mandi. So, bila gi mandi ni mestilah kita bersihkan diri dari segala kekotoran or bacteria.ehee. antaranye, I pegi la wash my nose, gune jari.aha! agak sopan la sikit ler bila kata wash, instead of “korek” kennn. Hew hew. Tetiba, bila I bersihkan, ada darah. Ehh, terkejut jugek cam takot la pulok. Kenapa la ni erk,? Pehtu I cepat2 cuci. Tapi sikit aje, tak banyak pon. Takdok le meleleh sangat. Lepas mandi, baru cakap kat hubby, tu pon takot2. Cam buat salah pulok.

Lepas cakap kat hubby, I peg ilah gugel. Bahaya ke hidong berdarah?

"Sesetengah ibu hamil mudah mengalami gejala hidung berdarah. Selalunya keadaan ini berlaku pada trimester kedua dan terakhir. Gejala hidung berdarah ini selalunya tidak serius. Ini berlaku kerana perubahan hormon kehamilan yang turut menimbulkan kesan keradangan pada hidung. Keadaan ini menyebabkan penghasilan lendir atau cecair dalam hidung berlebihan dan ditambah dengan pelebaran pembuluh darah yang menyebabkan gejala ini mudah menyerang ibu hamil.

Berikut tip yang boleh cuba diamalkan bagi mengatasi masalah ini.
  • Apabila hidung berdarah, elakkan mendongakkan kepala ke atas semata-mata tidak mahu darah mengalir keluar. Cara ini salah kerana darah boleh memasukki saluran pernafasan. Sebaliknya tegakkan kepala dengan pandangan lurus ke depan dan tekan kedua hidung agar darah tidak mengalir.
  • Bagi menghentikan pengaliran darah, tekan kedua hidung anda dengan jari selama 10 minit.
  • Apabila pendarahan sudah berhenti, berhati-hati agar tidak bersin terlalu kuat bagi mengelakkan pendarahan berlaku lagi.
  • Anda boleh cuba lekapkan ketulan ais (yang dibalut dengan kain) pada sekitar hidung agar pembuluh darah mengecut dan membantu menghentikan pendarahan.
  • Jaga kelembapan hidung. Minum air yang cukup dan hindari berada terlalu lama dalam udara yang kering.
Jika pendarahan serius atau terlalu kerap berlaku, anda perlu mendapatkan pemeriksaan doktor.
dari blog dr zubaidi

beberapa langkah berikut dapat mengurangkan pendarahan.antaranya:
- hembuskan hidung secara perlahan-lahan
- buka mulut ketika bersin
- elakkan berkerja dalam persekitaran kering (seperti dalam bilik berhawa
dingin) terlalu lama dan elakkan dari habuk dan asap, termasuk asap rokok
- jika hidung terlalu kering, boleh dapatkan ubat titik saline dari farmasi"

Bila dah baca2 ni, harap2 takde la teruk sangat kan. Memang risau la jugek. Hopefully semua ok kan. Doakan lah I yer..hehuuu. kalo berlarutan, nanti I pegi klinik, maybe next week kot.

Kalo bab kekejangan kaki ketika tidur, itu memang perkara biasa jugek, lepas I gugel2. Kenkadang, untuk betulkan urat tu yang saket cam menarik kuat,huhu terpaksa lah I bangun dan berdiri,. Sebab cara tu jek I boleh hilangkan kekejangan kaki waktu malam. Memang saket sebonanyer, dah la mamai2 kena bangun terus pulok tu. dah la berat..hik hik..

Semalam, hubby tegur i. “kenapa usap2 perut tu,? jangan…” haha, jangan konon dia cakap.. I cakap letih pulok tu yang usap2 perut sambil menyandar kat seat kreta. Hubby kater, “yang, kalo mama abang nampak ni perut syg, mesti dia cakap comel ni. Ada orang tegur ke perut syg d ofis?”haha. lawok laa.. I pon tengok dah cam buntal sangat dah i. ekceli kaki still ok, Cuma baby kerap mengeras jek kat peyut ni. Maybe sebab ruangan dah sempit kot. I pon dah rasa berat naw peyut I ni.

Kenkadang bila nak bangun dari katil or tengah duduk punyalah macam mak nenek..hehe. slow2 nak bangun. Kekadang hubby la yang tolong tolakkan dan tarikkan..he he he.. 





Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign