Followers

25 Jun 2014

Fiyyaz dah dapat pengasuh baru :)



Assalamualaikum..



Hmm. Smenjak dua ni, kerja asyik tak putus putus. Dok tengok kerja makin hari makin bertimbun ni rasa berpinar-pinar mata.

Ohhh makkk, daku nak cuti. Ohh makkk rindu kampungg..

Dah jadi ibu2 ni, homesick dah jarang menerpa. Dah terasa muda diri ini (sebaliknya) kwang3..



Ok baiklah.. aku tak tau nak cerita apa kat blog aku ni,,

Dari blog aku sunyi sepi, baik aku cerita pasal life aku kat sini.bahaha!

Dah emangnye blog ni wujud nak cerita pasal diri sendiri.

Abehtu? Nak cerite pasai engko pulak ke? Ko tu sape?? *peeehhhh*



FYI, eceh.. my baby fiyyaz ohh dah bujang dah anak aku,,hihi

Aku nak cerita pasai dia je la yer, asal korang idok ler bosan sangat engko baca.

Behehe.

Aku dah tak hanto fiyyaz kat taska skang ni.

Dek kerna Fiyyaz kerap sakit dok taska. Idokler salahkan taska..

Dah memang taska ni sejuk, ramai budak, penjaga tak menang tangan..

So, tutup je la mata hanto gi pengasuh..



Actually, belom pon habis bulan, aku dah hanto gi pengasuh. Kira rugi la jugak ni.

Tak kisah laaaa.. bayar lebih, rugi banyak ke rugi sikit..

Yang penting keselesaan fiyyaz..



Acane aku boleh jumpa pengasuh baru ni..meh sini aku habaq maih..

Sminggu yang lalu, aku, asben ngan fiyyaz terserempak ngan sorang pakcik ni..

Dia gelar diri dia Pak Mat isteri dia pulak Maksu..

Pak Mat ni yang offer nak jaga Fiyyaz, memang sbelom ni mmg tengah dok cari pengasuh. Cuma nak cari pengasuh yang betul2 di jiwa ni susah..

Pak Mat dah offer, siap nak confirmkan pulak tu..hee

Alhamdulillah, sebab style Pak Mat ngan Maksu ni, dia cam layan kita ni macam family dia.. susah nak carik yang gini..



“Ya ALLAH, aku bersyukur kepadamu,

Mungkin aku pernah meminta kepadamu,

dan engkau telah makbulkannya..

Aku bersyukur bertemu keluarga seperti ini, yang boleh menjaga anakku sebaik yang mungkin..

walau apa pun, engkau lindungilah anakku, walau di mana ia berada..”

Aminnnnnnn



Alhamdulillah, kesihatan Fiyyaz bertambah baik..

Insha Allah, Pak Mat dan Maksu dapat jaga anakku sebaik yang mungkin





Terima Kasih

19 Jun 2014

sedih gitu



Assalamualaikum..



Masa ni aku free sikit. ye sikit je. Kira cam mengulor tu ada jugak. Eh.

Dapat la nak post something kat blog ni. Cam bosan je ayat aku kan.

Bio ajelaa.. dah sakit2 gini, ada ke mood nak cerita gebang.

Cukup le skadar kunyah kunyah kacang.



Beberapa hari ni, aku tak sihat.

Anak sakit, maka ibu pon sakit.

Anak tak lena tidur malam, ibu pon tak lena jugak,

Begitulah seterusnya…



Merasalah jugak sakit anak cane..

Faham la prasaan anak time sakit cane..

Anak manja, ibu manja

Anak nangis2, ibu nangis2

Anak takde selera, ibu gitu juga..

Allah.. semua2 lahhh



Bila sakit gini, nak bebuih mulut kawan ofis suruh gi klinik..

Apakan daya, tak larat nak pegi.

Kbetulan, asben busy yang amat hari ni dan semalam.

Dek kerna aku tau selok belok kerja asben,

Tugas aku buat kew8, then asben buat gaji.

So, ada tarikh tutup setiap bulan.. Tarikh changes gitu la kot.

Tarikh yang sama, so bini dia tahu la betapa seboknya sang suami.



Macam semalam, aku kena balik naik bus.

Dek kerna asben busy yang amat2. Sebab tak leh hantar balik.

Gigih la naik bus. Sampai rumah, tetiba handpon dah lowbat.

Terbiar gitu tak pegi charge hanphone.



Ghupernye asben call banyak kali, dapat SMS

“abang beli makanan”

SMS ini pon aku tak bace..

Aku tak larat, just focus fiyyaz je,

tupon 2 3 kali terlelap masa tengok fiyyaz gi merayap sekeliling ghumah.

Asben balik,,

Asben kata dia risau.. sebab aku tak contact dia.

Dia kata, nak ikutkan dia nak OT sampai kul 11pm gitu.

Tapi dok fikir pasal isteri dia ni, tu yang balik awal jam 9pm..huhu..



Dia balik, dia letih..

Makanan yang dia tapau balik umah, tak usik pon.

Dia tanya aku lapar ke, aku cakap takde selera.

Dia tapau makanan 4 jenis tau?? Kesian dia.

Dia tak larat nak makan sebab letih sangat, aku lagi tak larat sebab tak sihat.

Last2 dua2 tak makan. Makanan masuk peti ais.

Tetiba, pagi tadi, peti ais rosak.

Hmmmmmmm. Sedih…



Terima Kasih

12 Jun 2014

kata-katamu.amat.bisa



Assalamualaikum.



Actually, skang ni office aku dok kecoh pasal ***tet. Malas nak cakap detail or gitau direct kat sini. Maybe, u all pon dah tahu. Aku dok fikir nak apply tukar ke idok. Semalam, bila aku dok tak nak isi pertukaran, terus mulut2 kata

“hah, ni nak stay la ni tak nak pohon tukar bla..blaaa..blaaa”

Bukan ler aku tak nak, Cuma aku tak nak tergesa2. Relax sudah. Ye dak..



Then balik rumah, buat buat tak fikir pasal pertukaran hal itu hal ini.

Relax cool macam biasa. Ok, fine.. hari ni tetiba hati ni kata apply la tukar tu kat hrmis. Bila aku dah isi tapi tak send lagi ada suara kurang enak di dengar. Ok takpe,. Kita senyum sokmo dan do no.



Aku ada gak mintak pendapat dengan orang otai2 yang dah berpengalaman or orang yang mudah beri pendapat atas dasar tidak memihak dan mendesak untuk memilih. Ok. Orang cenggini lah yang aku carik dalam mengatasi kebuntuan dek pale hotak ni, tak lama botak kepale dok pikiaq benda yang tak pasti.



Bagus jugak pendapat tu, “kita kena buat pilihan sendiri, bukan semata nak ikut orang. Bukan semata takot mulut2 orang. Tapi, apa2pon jangan tergesa2. Tenang dan ikut kata hati sendiri, toksah risau sangat. semua sudah di tentukan oleh Allah” ya.. aku suka pendapat ni. Kenkadang, ada yang bagi pendapat dengan mendesak dengan menunjukkan sesuatu kepada tekanan. Dah jiwa tertekan kang betambah dok tekanan.



Style aku ni pulak, suka memikirkan sasuatu masalah tu macam masalah Negara. Haish.



Aku ni, dok office cuma takut pasal mulut orang je. Sila buang tabiat ni emma.



Wahai orang orang yang membaca setiap ayat2 post aku ni, tolong la jaga hati dan perasaan orang lain. Jangan la cakap sesuatu tu tanpa memikirkan perasaan orang lain. Mungkin sekali, dua hati masih mampu bersabar, tapi bila suatu tahap tu kesabaran tu akan meletus dek gunung berapi. Sila pahami, sila mengerti, sila memerhati, sila selami.



Lagi satu, bila menasihat, jangan lah dok berikan nasihat kearah sesuatu yang negatif.. Nasihat tu boleh, tapi kalo segala mende syirik pon nak habaq maih jangan la. Nasib la aku ni waras lagi, kalo tak waras, mau tak nye aku aku follow tahyul mahyul tu semua. Yang penting, ingat Allah, hanya Allah yang berkuasa, hanya Allah yang maha mengetahui, hanya Allah yang menetapkan sesuatu itu. Bila  cenggitu cara nasihat, aku hanya mampu sengih je la. Nasib laa aku bukan jenis blacklist dan tak mo kawan da, aku pulak kang yang tambah dosa. Ishk ishk ishk.. ok.



Dah luah menda gini jangan nak terasa ke apa. amek yang baik, yang buruk tu datang dari aku sendiri.



Nah hadiah gambar fiyyaz untuk korangggg sebab mampu membaca sampai ke titik noktah ni …………



Terima Kasih

09 Jun 2014

Fiyyaz my baby muchuk



Assalamualaikum..

Hari isnin, alah biasalah kalo mood kerja tu agak slow motion gitu. Ginilah lar gamaknya bila dapat kije seawal usia jagung. 5 tahun lebih keja ni, rasa dah macam 15 tahun kerja. Ahh over lah engko emma.. Ni, dah ada anak, lagilaa. Pale otak ni dok pikiaq anak je. Hmm, lemah semangat sangat.

Dah semangat buat kerja ni, rasa penat pulak rasanya. Dah la pagi tadi aku awal bangun, siap kemas rumah, maklumlah rumah ada anak kecik ni, selalu sepah sana sini..

Aku nak sangat story pasal fiyyaz masa dia sakit haritu.. tapi aku kena amek mood dulu baru boleh share ngan korang. Kena carik mood dulu la skang ni ye..

Khamis lepas, moyang lelaki Fiyyaz  sbelah asben dah pergi buat selamanya. Aku pulak yang cam terasa kesedihan tu, sebab aku dah pernah rasa kehilangan di kalangan keluarga sendiri, arwah bapak,. Fiyyaz tak sempat pon jumpa moyang dia.. apatah lagi datuk (arwah bapak) pon tak sempat jugak… Al-Fatihah..

Ni ada gambar terbaru fiyyaz. Maybe ada yang rindu-rinduan kat dia.. hehehe







Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign