Followers

21 Oktober 2013

Dak fiyyaz dah sebulan!

Assalamualaikum teman-teman..~

Alhamdulillah.. 21.10.2013 maka genaplah sebulan usia staring ku itu. Tak terasa masa berlalu dengan pantas skali yep. Aku cam tak percaya jek, baby depan mata ku ini adalah insan yang selama ni dok dalam rahim ku ,, teringat lagi tatkala aku n asben pegi scan 4D, my staring siap tutup2 muka, main chak! chak! kat ibu dan ayah dalam tu, siap bagi muncung2 bibir yg seksi tu yer. Sanggup gi scan semata2 nak tau wajah my staring, walhal bukan jelas pon.. T.T

Oh ye, aku tak habaq kat para pembaca ku, apa nama anak aku kan? Full name dia,, Fiyyaz Nur Amsyar. #babyFNA

Gambaq pon x upload lagi kan..

jeng..jeng..jengg.. ni la dak fiyyaz ngan ayah


Masa ni ayah ngan fiyyaz sodap sodap tidoo,, otw ke kampung ibu fiyyaz..hik hik. ibu fiyyaz dok kat tepi siap snap snap gambo. tomei jek dak fiyyaz kena balut ngan towel leh my mil. My Mil yg drive masa ni.huh! kemain my mil pandu, laju. Dia kater, guna kemri kena laju, lagipon kalo laju tak terasa huyung hayang orang dok dalam tuh. Nervous i kat blakang, siap dok lompat2 dah la i sakit mon***. ahhh~~~ sakitt.. siap kaki aku pon tekan2 brek kat seat blakang.hoh! kemain ko!

Ni gambo dak fiyyaz dah fullmoon! lepas dari klinik.



Dak fiyyaz masa kat klinik meragam. Sebab ngantok sangat. maklumlah tengah hujan2, sejuk plak tu, ahh sodap ehh tido. Nanes nanes masa tunggu ibu dia checkup. Nasib ada emak no dua fiyyaz, my kakak. Pandai dia pujuk. haku! hmm sedih.. tak expert. Tu laa,malam dak fiyyaz x tido sangat. tiap jam nak nenen.

Dak fiyyaz cam kurang2 dah meragam pasal sakit dia tu. Tadi, pakci tu dtg lagi, bacakan surah2 yang blh kurangkan sakit dia.. harap2 dak fiyyaz sembuh sepenuhnya. Kalo ada arwah nenek mesti dak fiyyaz berubat ngan moyang dia..

k lahh.. ibu fiyyaz dah ngantok. jap gi dak fiyyaz nak kejutkanibu dia. kena rehatkan mata jap. Dak fiyyaz tido je dari klinik tadi. Kesan ubat kot. k lahh. 

Terima kasih atas kalian yg doakan dak fiyyaz. Insha Allah dak fiyyaz akan sembuh cepat. Senamg lah ibu jaga masa kat Putrajaya nanti sebab kat putrajaya takde nenek fiyyaz,xde emak2 no 2345. ibu sensorang jaga..wuu.

Terima Kasih

20 Oktober 2013

Kesian anakku :'(

Assalamualaikum.

Dah ada anak ni, duniaku mataku telingaku tubuh badanku semuanya tumpu kat anak. Perasaan cenggini hanya untuk wanita yg bergelar ibu. Perasaan yg sangat manis bagiku.

Tidur ku yg lena sbelom ni betukar menjadi seorang yg ber "mata panda". Kesian..anak ku... ni dah masuk malam ke 6 anakku meragam tatkala malam. semua penghuni rumah risau bila anakku meragam tapi dia tak nangis lama. nangis kejap dan muka macam kebiruan. 

Malam tadi, anakku menangis dan tidur kejap pastu terjaga. Emakku pon turut serta berjaga kejap sebab malam tu dah kul 2am aku cuma terlelap stengah jam je. Emak kata, esok dia nak bawak anakku gi berubat..Aku cuma mengangguk tanda setuju. Kesian anakku, Andai dia pandai cakap sakit dia apa, senang lah hati sikit. Bayi sakit, kita tak tahu sakit tang mana2.

Pernah aku ternangis duduk tepi katil sambil pegang anak yang tengah menyusu. Ku usap dahinya supaya dia sihat dan sembuh dari sakit yg dia rasa skang. 

Esoknya, ada sorang pakcik datang  tengok anakku.. Dia kata, sah!anakku memang kena angin pasang. Dia kata, dia ada ubat untuk budak yg kena angin pasang. Dia kata ramuan yang dia buat tu just gosokkan kat bawah pusat.. Aku berharap sangat sakit yg dia tanggung tu berkurangan.

Aku ada baca info2 angin pasang kat gugel. If bawak ke spital orang kata kena operat if teruk. Aku risau jugak kalo operate. penah aku terbaca ntah kat mana, if operate nnti anak tu bila dah kawen susah nak dapat zuriat..hmm. ntah betol ke tak, semua tu dengan izin Allah juge kan.. Aku try ubat kampung dulu. if taksembuh baru bawak gi spital.

Tiap2 malam aku cuma tidur dalam 2jam paling lama. penah aku lelap stengah jam slebihnya aku berjaga hingga ke siang. Bila siang, anakku ku akan tidur lena. masatula aku akan ambil masa untuk tidur. tp tu pon kejap2.Kepalaku dah start magrain. aku tako kalo aku pulok yg demam. Dah la aku BF baby aku. Kalo aku sakit, mesti anak akan sakit jugak. 

Skang ni, anak tengah tak sihat, ibunnya pon kena jaga makan.. kesian anakku..hmm..

Doakan Anakku sembuh sepenuhnya...

aminnnnnnn
Terima Kasih

15 Oktober 2013

harapan - Suami akan ingat sampai bila2

*Di harap suami akan ingat sampai bila2

Assalamualaikum kalian.

Salam Aidiladha untuk para pembaca belog ku.

baca dan pahami screen capture dari my handphone.. ;)


Masa 3hari lepas aku bersalin aritu, tengah aku ber-pesbokwalking ketika tu, tetiba aku terbaca la depa adik bradik dok replay comment. Salah sorang nya tu my asben. Sob sob.. sebak dada ini bila asben kata cenggitu. aku rasa asben aku cakap ikhlas dari sanubari apa yg dia comment. Siyesly terkedu tran tan tang aku masa tu. Asben aku mana nak cakap semua2 tu, kadang2 tu ada la jugek. hihi.

By the way, bagi yg idok tahu makna Screen capture tu, oklah..meh sini kita story morry.

Fyi, my asben telah ikot aku masuk LR, di saat aku tengah bertarung nyawa nak kuarkan benih kiterang berdua. ohh.. Asben dah isi borang lepas aku beri kbenaran asben masuk.Haishh, kuasa nak bg asben masuk tak masuk itu di tangan ibu ya teman2. Memang nurse yg sambut anak aku cam tak nak, maklumlah keja bidan bukan senang. deme kena fokus.Tambahan pulok kalo ada asben kita yg pnakot darah or tak kuat smangat, lagi larh ganggu keja depa. Aku kat dlm LR tu fikiran tak menentu. sakit CONTRACTION fuhh mmg dahsat!! tu yg asben dah isi borang, tup2 aku tak izin masuk. kah3

Tapi, memikirkan asben dah isi borang, aku pon suruh dia masuk teman aku..

Bila asben dah masuk, semua dah ready nk sambut my baby, dalam beberapa minit kmudian, my baby kluar. Asben macam2 bg smangat at tepi sambil pegang bahu n bisik kat tlinga. aku pon dgr tak dgr jek. Sebab nak kerah tenaga masa tu. Bila nurse kata baby dah kluar pastu baby aku di letak atas badan aku. Nak tahu apa yg kluar kat mulut asben aku??haha

"Nurse, kenapa warna dia macam tu???"

Klakar pulok asben aku ni. Kan kaler baby yg baru lahir akan warna putih pucat.Sebab baby dok dalam air ketuban, tapi dalam beberapa minit pastu kulit baby akan brubah kmerah merahan. Macam tak percaya je bila nurse letak baby ku kat dada, ni ke yg dok kat perot selama 9bulan 2minggu 5 hari..hehe. Aku pegang kat tepi supaya dia tak menggelongsor sebab badan dia licin. Asben azan kat tlingga dia masa baby aku dok baring kat badan. aku rasa lebih afdal terus azan supaya ayat yang memula baby dengar ialah azan. kan??..

Lepas aku di jahit dan salin pakaian, aku kluar dari LR dan tengok asben takde.  Rupanya asben gi beli ayam kampung ngan FIL dan suruh restoran masak sup. Balik je dari restoran, aku tengok asben banyak diam. Mybe dia nervouse and masih trauma dok kat LR kot. Dia cam cemas and nampak ke sana kemari bila aku nak ni nak tu.

Bila pak guard dah halau semua plawat masatu, asben di amanahkn untuk tanam uri anak kiterang. Dalam hati aku, pandaike dia ni. tapi, penah lepas aku  bersalin, aku  godek tepon dia, nampak scrren capture cara2 tanam uri dengan bacaan surah2.. Lagipon masa dia tanam uri tu, emak cuci, my fil n abg ipar bantu dia gak. Uri tu kan kembar anak kita. Mestilah tanam elok2..

Alhamdulillah. Asben pon pandai dah dukung n tukar pampers anak dia.hihi

Kalo sbelum ni, tido ngan sorang lelaki, skang dah tido ngan dua hero...hihi..



Terima Kasih

13 Oktober 2013

Pengalaman Bersalin Part II


Assalamualaikum wbt..

Ok. Meh.. Aku nak continue ceghiter pasal pengalaman bersalin aku untuk part II pulak..ehe. *baru skang berkesempatan nak continue cerita. Curik curik masa bila time dak #BabyFNA tido maka si ibu cepat2 taip ilham nak taip itu ini ke belog. Terpaksa taip dengan gelojoh. Nak nak dak tu terjaga, nak nenen nak nenen jek, *fuh,,,berjujuran peloh ibu bekejar  ni nak..hehe.. ok, aku nak sambung cerita, maybe story kali ni menggunakan ayat tergopoh sikit, harap puan puan tuan tuan abe abe akak akak bersabar.

21hb.sept.2013

12am-4.30am – dek kerna, akak nurse dah pesan, agar aku standby awal untuk check bukaan dah berapa, so malam tu memang tido agak kurang lena laa. Dengan contraction 10 minit, tapi kurang menyengat. Masih boleh tido nyenyak lagi. Kah kah.. tapi bila contraction, kira ibu contraction datang, fuhhhhhhhh memang buat tidur terjaga dan terpaksa duduk dan menahan saket, dengan mata terbeliaq..adoihhh. sssaaaakiiiiittttttttttt maaaakkkkkk! Tiap kali terjaga, aku mesti pandang akak sbelah katil aku, bayangkanlah, akak tu langsung tak tidur, dia duduk je atas katil malam tu, kalo dia tidur pon Cuma tidur dalam keadaan duduk. Akak tu keluar tanda sama ngan aku, Cuma contraction dia cepat, aku tggu nak dekat petang baru ada,.

4.30am-6.30am – aku dah start menahan saket. Cuma dalam jarak 5 minit. So, still boleh tarik  nafas. Nurse suruh masuk bilik untuk check bukaan, aku pon pegi la, yang lain still tidur kat katil masing2, kecuali akak tu. Masa check bukaan, pagi tu baru 3cm.fuh. lamanya dari petang smalam contraction baru 3cm.hmm. dalam hati hanya mampu berdoa, dah la aku trauma masa check bukaan, nasib la akak nurse kali ni, dia buat macam tak sakit dan pandai pujuk aku, yang penting, lembutkan badan..okeh!

6.30-10.30am – Masa ni, ya Allah.. betapa sakitnya contraction tu. Hanya Allah yang tahu..Aku hanya berdoa dalam hati agar Tuhan mempercepatkan proses bersalin sebab aku dah tak tahan sakit tu. Dari 5 minit makin lama contraction hanya tinggal 10 saat, yang lain sakit memanjang. Masa ni, semua benda aku dah tak larat, merah padam muka menahan sakit, Doaku hanya doa nabi Yunus, zikir, dan doa dalam melayu macam2 aku doa.. Nak cakap dengan orang sekeliling dah memang tak laa. Akak yang bagi sarapan pagi tupon, dah berkali2 suruh aku makan, aku Cuma mampu cakap “nanti sy makan”, dua tiga kali jugakla akak tu nak angkat makanan, tapi makanan still tak sentuh. Semua orang still dapat makan, tapi aku,? Nak pegang senduk pond ah tak mampuuuu..tsk tskk tsskkk.. Masa awal pagi tu, aku termuntah. Banyak jugek la keluar. Ya Allah dalam hati, kenapa ni.. akak2 aku contact aku, semua tak terbalas, kalo balas pon darurat dan balas “ndak tahan, sakit”. Dorang suruh sapu air selusuh kat perut dari atas ke bawah, so aku buat, sampai tumpah2 la air sebab tangan dan kaki dah gigil..hehe.. Aku tak brani minum air tu, sebab semua nurse pesan jangan minum kalo bukaan belom 7cm, akak angkat aku nurse pon berkali2 pesan2 jgn minum dulu,. Aku pon tolak tepi dulu. Aku tengok akak sbelah aku sempat lagi mandi, walaupon berkali2 ckp kat aku, dia sakit yang amat..fuhh, aku tabik kat akak tu, aku nak pegang kepala paip pon dah gigil..hikhik..

Asben aku Cuma call aku, dan cakap “sabar arr yang..tahan arrrtahann..” dua tiga kali sms dia cakap sakit sakit. Aku tau, dia pon nervous jugak. Walaupon yang bersalin nya aku, bukan dia..hihi.. Oh ya, paling klaka lawok guling2, aku bleh pulok taip sms, mintak kebenaran nak bersalin 21hb, sebab dah tak mampu bertahan untuk 22hb.ehem, maklumlah besday asben aku..hehe. Asben hanya jawab “abang nda kisah yang”..

Tengah dok menahan sakit tu, aku asyik ulang alik gi toilet, aku gi toilet, Cuma nak menahan sakit dank at dalam tu Cuma aku dan alat2 toilet je tahu apa aku buat..kah3, nak buat mimik muka pon ok.. aku dah tak larat nak baring atas katil, aku cume mampu duduk atas kerusi,. Bila contraction hilang (itupon Cuma dalam beberapa saat) aku mesti akan terlelap, walhal aku cukup tidur, maybe tenaga dah berkurangan kot. Last2, aku terfikir, kot2 sakit aku kurang sikit kalo tengok wajah baby. Aku pon pegi la ward tempat ibu yg dah bersalin.huh! aku langsung tak bleh kuar suara, aku hanya mampu pandang baby akak tu dan tak say hi or somthing.. Akak tu just ckp, “akak paham sakit yang di rasa tu macam mana”...hmmmm

Tetiba, nurse panggil kiterang berdua, aku dan akak  sbelah katil aku dia nak check bukaan. So akak tu la yang start dulu..

1045am – lepas akak tu dah keluar, aku sempat Tanya “kak dah buka brapa??” akak tu jawab 6cm lebih.. aku terus meluru ke toilet. Sakit yang amat masa tu sebonanya, aku tanak check bukaan, sebab aku tau belom lagi. Konon! Aku pon kuar toilet, nurse dah tunggu nak check bukaan. Aku pon pegi, sambil cakap, sakittt sakittt sakitt. Nurse tu cakap “sakit tu la yang bagus, supaya bukaan cepat buka”... aku pon baring, nurse pon check,.. lepas check, dia pon cakap “ok, dah boleh masuk labour room, bukaan 7cm”.. hah!! Masa tu aku macam tak ready mo branak..kah2.. dalam hati “sakit ke tu??” Nurse cakap, terus masuk LR, dan Tanya aku larat ke nak amek baju baby.. aku jawab tak larat.. keluar je bilik tu, aku laju je pegi katil aku amek baju baby..kah3,,cakap tak larat,..poodaaahh..

11am – nurse pon prepare barang2 dia,.. yang sambut baby nurse jek. Aku ingatkan la dokter yang akan sambut. By the way, dokter kat spital Sipitang tu, banyak lelaki,. Takot la jugek sebab darurat tak pe, tapi nak elak laa.. masa nurse tu tengah prepare, aku meneran, tapi cara aku tu salah jek..sebab aku rasa memang baby dah nak kluar, Aku call asben “cepat, masuk labour room suda!”.. belom sempat asben jawab  ya, aku dah letak.. nurse Tanya nak ajak asben masuk ke. Aku jawab ya!.. ntah dalam brapa minit, aku dengar suara asben kat luar. Macam dlm 5 minit asben dah sampai,.. so, nurse dah bagi isi boring untuk teman istri kat LR.. tetiba, nurse yang nak sambut baby aku tu, macam tak sudi je asben temankan, alas an dia tu la ni la.. aku tetiba terpengaruh, cakap tak payah la asben masuk..haha.. tapi kuasa di tangan aku, tetiba kesian kat asben dah isi boring, suruh je la dia masuk..

Bila semua orang dah ready, nurse dah standby kat bawah, asben dah bagi semangat pandang aku, (aku Cuma sekilas pandang asben, yang aku prasan dia Cuma pakai baju kaler putih yang spital sediakan) bagi semangat, aku pon teran.. teran tapi teran ada suara, nurse cakap salah, aku ingat info kat gugel “teran tarikkkk nafasss, tahannnnnn hembusss panjangggggg panjanggggggggg.. ok, nurse kata dah betul! Dalam dua tiga kali teran.. dalam masa 15 or 10 minit tepat jam 11.30am – 21hb.9.13 aku selamat melahirkan baby boy.... ayah dia azankan kat dalam LR tu jugek..

Syukur Alhamdulillah.....legaaa, hilang terus sakit contraction, tapi masa baby kluar, aku tak rasa sakit pon, keluar uri pon tak sakit dan tak lekat, masa jahit pon tak sakit sangat banding sakit contraction,,..syukur.....

Keluar dari LR, aku yang bawak baby aku, semua family aku dah tunggu kat luar, kawan aku masa skolah pon ada.. Alhamdulillah hanya kepada mu Ya Allah, aku bersyukur sebab di permudahkan masa bersalin...syukur syukurrrr...




Terima Kasih

08 Oktober 2013

Pengalaman bersalin PART 1

Assalamualaikum.

wah. bravo! lama giler tak update blog. almaklumlah..smenjak kedatangan orang baru ni memang sebok semacam la kot. mesti ada yang tertunggu-tunggu story pasal "orang baru". kan?

aku nak cerita kat blog ni. tapi ceghiter dari awal la yer. bleh kan.. ok moh moh!

25.8.13
Tengahari tu, aku naik flight. usia kandungan ku pada masa tu baru nak masuk 34week 5days. before 9monthtempoh yang last untk naik flight kalo MAS. Pada awalnya, aku ngan asben cadang nak bersalin kat Putrajaya jek. memandangkan ini baby first kiterang, So, aku pon pilih untuk bersalin kat kampung jek. lagipon sana sini deme dok leter agar bersalin kat kampung. sebab takde pengalaman la katakan. Masa aku nek flight tu dgn hati yang agak sedih2 chicken, lagi2 kesorangan dengan perot memboyot. lagilah sadis. Tawakal aje dalam hati, harap takde la mende yang tak elok terjadi, sebab asben tak ade masa tue.. Kat tepi aku pulok buat aku jelos .kemain ko! pasangan yg kira berumur gak la, romantik giler kot. terus sebak bertubi2. Aku?? sensorang je masa tu.. sob sob.

26.8.13 - 18.9.13
Tempoh yang agak lama jugek la kan. tak ketemu asben. ohhoiii. rindu rindu. Aku kat rumah, dok buat benda sama jek tiap hari, tidur, sarapan, masak, kemas rumah, cuci kain, tengok tv, tidur. maka itulah yg aku buat. ohoi. Dalam ati merungut jugek "hmm, bila lah baby nak kluar ni. cepatlahhhh cepatttllaaahhh, aku bosan, aku nak jaga baby.. aku nak gomol baby, aku nak cuci berak baby, hmm, aku nak jumpa asben"..hee.. tu je la hari2 aku ngomel dalam hati.. 

19.9.13
Asben kata dia nak balik 20hb (keesokannya). Dia rindu istri dia ler tu..hik hik. walhal masatu aku belom ada tanda2 nak bersalin lagi. Asben dah tempah tiket nak balik. dia amek fligt petang esoknya. Maybe sampai kul 6pm cenggitu. So, kbetulan kakak aku, esoknya nak gi KK. ada urusan.wahhh. aku pon excited nak jumpa asben. Lagipon asben nak balik Kota Belud dulu, baru gi kampung aku. Kalo aku follow kakak aku gi kk, bleh ar jumpa asben and ikot dia gi Kota Belud. Actually, kakak2 aku dah halang, tak bagi aku jalan jauh. memandangkan aku dah masuk 38weeks. kira tunggu hari la kan. tapi aku degil. Oh, nak sangat jumpa asben, sanggop tu!haha

20.9.13
Tetiba dalam pukul 12am tepat2, tengah aku tidur nyenyak, ada cam binatang tengah jalan2 kat pergelangan tangan. Aku buka mata, aku nampak samar2 camtu, binatang tu, aku tau lebah. sebab kat umah aku ni ada Lebah madu. aku tepis2 supaya dia lari, ahhh..tup2 lebah tu sengat tangan aku. Hmmmmm..saket woo, dah lama tak rasa sengatan lebah kat umah aku ni..Aku dah glabah masa tu, maklumlah, dalam perot ada anak kecil takot sengatan tu sampai ke perot.haha,. macam2 aku fikir masa tu. giler wehh. Terus pegi bilik emak, kejutkan emak. emak bagi ubat sapu, itupon aku nak tak nak je, sebab ghisau kalo ubat tu, kesan kat anak..haha. lawok. Emak n kakak kata, takde apa. jangan risau. Aku pon tenangkan diri, gi toilet kencing jap, rutin tu sebab preggy mummy tiap malam dua tiga kali bangun kena gi toilet buang air kecil..pas gi toilet, aku langsung tak bleh tido.. aku pegi main handpon.haha. dalam kul 1.30am cenggitu, aku rasa ada cecair or lendir. Tapi, aku malas nak gi check. aku biar sampai kol 2 lebih, baru gi toilet.. tengah dok kencing nampak cam darah fresh.. ehhh.. Alamak!! dalam hati..

Kejutkan kakak, dua2 cam tak nak bangun. Terus amek kputusan gitau dorang esok masa dorang dah bangun. Tapi aku sempat la jugek SMS asben ngan kakak aku sorang yang kat KK, sebab dia pon ada tanda yang sama cam aku, lendir darah. Masa tu memang tak sakit lagi, dari info yang aku baca, if tanda lendir tu, kiranya lama lagi bukaan nak bukak. Aku pon try lelapkan mata, tapi cam susah aje. last2 lelap dalm kul 3 lebih. Akak aku bangun dam kul 5pagi, aku terus gtau. Dua2 terkejut. Kakak aku pon gtau emak, gtau yang aku dah kuar tanda. emak suruh packing barang and cepat2 gi spital. Aku gitau kakak aku, relaks arr, tak sakit lagi..Aku pon packing la barang aku ngan baby.. Dua2 kakak aku dah bersiap, yang sorang tak jadi gi kk yang sorang lagi bersiap nak gi kerja skali hantar aku gi spital..

6.30am - aku dah check in ward 4 kat Hospital Sipitang. No katil pon No 4. masuk je, terus check bukaan. Bukaan aku baru 1.5cm, yang check aku nurse gempal, so jari agak gebus. adoyaiii sakit nauzubillah. trauma pulok aku masa tu. 

7am - 4.30pm,, awal pagitu, asben terus amek flight pagi. Dia dah start risau. sampai jek KKIA terminal, my FIL amek dia kat airport, terus pegi spitang.. Aku ada jugek borak2 ngan dua orang yang nak sebaya ngan aku, kira dorang sehari sbelum dah check in. Agak sekepala jugek laa, walaupon dorang dua nak sambut anak yang ke3 dan ke4.. Dorang kawen usia muda dalam belasan tahun..Masa ni aku masih bertenaga lagi, sebab sakit contraction belom ada, boleh makan, mandi, gelak2, jalan2, update status fb,hehe.. Tengahari tu, ramai yang ziarah aku, sampai la ke petang. Walaupon orang tak tahu pon aku dah berada kat kampung, tapi ramai gak yang datang ziarah..hehe..Alhamdulillah..

4.30pm - asben dah sampai, aku happy  dan sebak sebonanyer. Tapi ku pendamkan saja, sebab ada my fil kan. so seganlahhh.. tengah borak2  ngan asben, tetiba contraction datang. tapi jarak masa yang jauh, tapi tak la kuat sangat. Pada awalnya aku tak tahu pon, apa tu sakit contraction, aku tanya akak2 aku 3 orang tu, jawapan berbeza2. Sorang kata sakit cam senggugut tapi amat kuat daritu, sorang kata sakit perot macam nak berak tapi lagi dasyat, sorang lagi kata cam kena parang kat bontot hidop2, cam tu la rasa contraction. masa contraction pertama, aku rasa sakit macam nak patah pinggang.. tapi sakit tu, still boleh bawak tarik nafas laa..hee..masa melawat habis kul 6.30pm..terus sebak didada, kejap je dapat jumpa asben.. sob sob..

7pm - 12am nurse pesan kat aku malam tu, Dia kata sok aku kena bangun awal sebab dia nak check bukaan aku. Kira aku orang first la..dari petang ke malam, ada 3 orang baru masuk, tapi sorang dah bersalin, cepat je, sebab dia pecah ketuban awal. Malam tu kami berlima la kat ward bilik bagi ibu yang belum bersalin.


Ok lahh Nanti aku sambung lagi k..

bersambung......

Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign