Followers

13 Oktober 2013

Pengalaman Bersalin Part II


Assalamualaikum wbt..

Ok. Meh.. Aku nak continue ceghiter pasal pengalaman bersalin aku untuk part II pulak..ehe. *baru skang berkesempatan nak continue cerita. Curik curik masa bila time dak #BabyFNA tido maka si ibu cepat2 taip ilham nak taip itu ini ke belog. Terpaksa taip dengan gelojoh. Nak nak dak tu terjaga, nak nenen nak nenen jek, *fuh,,,berjujuran peloh ibu bekejar  ni nak..hehe.. ok, aku nak sambung cerita, maybe story kali ni menggunakan ayat tergopoh sikit, harap puan puan tuan tuan abe abe akak akak bersabar.

21hb.sept.2013

12am-4.30am – dek kerna, akak nurse dah pesan, agar aku standby awal untuk check bukaan dah berapa, so malam tu memang tido agak kurang lena laa. Dengan contraction 10 minit, tapi kurang menyengat. Masih boleh tido nyenyak lagi. Kah kah.. tapi bila contraction, kira ibu contraction datang, fuhhhhhhhh memang buat tidur terjaga dan terpaksa duduk dan menahan saket, dengan mata terbeliaq..adoihhh. sssaaaakiiiiittttttttttt maaaakkkkkk! Tiap kali terjaga, aku mesti pandang akak sbelah katil aku, bayangkanlah, akak tu langsung tak tidur, dia duduk je atas katil malam tu, kalo dia tidur pon Cuma tidur dalam keadaan duduk. Akak tu keluar tanda sama ngan aku, Cuma contraction dia cepat, aku tggu nak dekat petang baru ada,.

4.30am-6.30am – aku dah start menahan saket. Cuma dalam jarak 5 minit. So, still boleh tarik  nafas. Nurse suruh masuk bilik untuk check bukaan, aku pon pegi la, yang lain still tidur kat katil masing2, kecuali akak tu. Masa check bukaan, pagi tu baru 3cm.fuh. lamanya dari petang smalam contraction baru 3cm.hmm. dalam hati hanya mampu berdoa, dah la aku trauma masa check bukaan, nasib la akak nurse kali ni, dia buat macam tak sakit dan pandai pujuk aku, yang penting, lembutkan badan..okeh!

6.30-10.30am – Masa ni, ya Allah.. betapa sakitnya contraction tu. Hanya Allah yang tahu..Aku hanya berdoa dalam hati agar Tuhan mempercepatkan proses bersalin sebab aku dah tak tahan sakit tu. Dari 5 minit makin lama contraction hanya tinggal 10 saat, yang lain sakit memanjang. Masa ni, semua benda aku dah tak larat, merah padam muka menahan sakit, Doaku hanya doa nabi Yunus, zikir, dan doa dalam melayu macam2 aku doa.. Nak cakap dengan orang sekeliling dah memang tak laa. Akak yang bagi sarapan pagi tupon, dah berkali2 suruh aku makan, aku Cuma mampu cakap “nanti sy makan”, dua tiga kali jugakla akak tu nak angkat makanan, tapi makanan still tak sentuh. Semua orang still dapat makan, tapi aku,? Nak pegang senduk pond ah tak mampuuuu..tsk tskk tsskkk.. Masa awal pagi tu, aku termuntah. Banyak jugek la keluar. Ya Allah dalam hati, kenapa ni.. akak2 aku contact aku, semua tak terbalas, kalo balas pon darurat dan balas “ndak tahan, sakit”. Dorang suruh sapu air selusuh kat perut dari atas ke bawah, so aku buat, sampai tumpah2 la air sebab tangan dan kaki dah gigil..hehe.. Aku tak brani minum air tu, sebab semua nurse pesan jangan minum kalo bukaan belom 7cm, akak angkat aku nurse pon berkali2 pesan2 jgn minum dulu,. Aku pon tolak tepi dulu. Aku tengok akak sbelah aku sempat lagi mandi, walaupon berkali2 ckp kat aku, dia sakit yang amat..fuhh, aku tabik kat akak tu, aku nak pegang kepala paip pon dah gigil..hikhik..

Asben aku Cuma call aku, dan cakap “sabar arr yang..tahan arrrtahann..” dua tiga kali sms dia cakap sakit sakit. Aku tau, dia pon nervous jugak. Walaupon yang bersalin nya aku, bukan dia..hihi.. Oh ya, paling klaka lawok guling2, aku bleh pulok taip sms, mintak kebenaran nak bersalin 21hb, sebab dah tak mampu bertahan untuk 22hb.ehem, maklumlah besday asben aku..hehe. Asben hanya jawab “abang nda kisah yang”..

Tengah dok menahan sakit tu, aku asyik ulang alik gi toilet, aku gi toilet, Cuma nak menahan sakit dank at dalam tu Cuma aku dan alat2 toilet je tahu apa aku buat..kah3, nak buat mimik muka pon ok.. aku dah tak larat nak baring atas katil, aku cume mampu duduk atas kerusi,. Bila contraction hilang (itupon Cuma dalam beberapa saat) aku mesti akan terlelap, walhal aku cukup tidur, maybe tenaga dah berkurangan kot. Last2, aku terfikir, kot2 sakit aku kurang sikit kalo tengok wajah baby. Aku pon pegi la ward tempat ibu yg dah bersalin.huh! aku langsung tak bleh kuar suara, aku hanya mampu pandang baby akak tu dan tak say hi or somthing.. Akak tu just ckp, “akak paham sakit yang di rasa tu macam mana”...hmmmm

Tetiba, nurse panggil kiterang berdua, aku dan akak  sbelah katil aku dia nak check bukaan. So akak tu la yang start dulu..

1045am – lepas akak tu dah keluar, aku sempat Tanya “kak dah buka brapa??” akak tu jawab 6cm lebih.. aku terus meluru ke toilet. Sakit yang amat masa tu sebonanya, aku tanak check bukaan, sebab aku tau belom lagi. Konon! Aku pon kuar toilet, nurse dah tunggu nak check bukaan. Aku pon pegi, sambil cakap, sakittt sakittt sakitt. Nurse tu cakap “sakit tu la yang bagus, supaya bukaan cepat buka”... aku pon baring, nurse pon check,.. lepas check, dia pon cakap “ok, dah boleh masuk labour room, bukaan 7cm”.. hah!! Masa tu aku macam tak ready mo branak..kah2.. dalam hati “sakit ke tu??” Nurse cakap, terus masuk LR, dan Tanya aku larat ke nak amek baju baby.. aku jawab tak larat.. keluar je bilik tu, aku laju je pegi katil aku amek baju baby..kah3,,cakap tak larat,..poodaaahh..

11am – nurse pon prepare barang2 dia,.. yang sambut baby nurse jek. Aku ingatkan la dokter yang akan sambut. By the way, dokter kat spital Sipitang tu, banyak lelaki,. Takot la jugek sebab darurat tak pe, tapi nak elak laa.. masa nurse tu tengah prepare, aku meneran, tapi cara aku tu salah jek..sebab aku rasa memang baby dah nak kluar, Aku call asben “cepat, masuk labour room suda!”.. belom sempat asben jawab  ya, aku dah letak.. nurse Tanya nak ajak asben masuk ke. Aku jawab ya!.. ntah dalam brapa minit, aku dengar suara asben kat luar. Macam dlm 5 minit asben dah sampai,.. so, nurse dah bagi isi boring untuk teman istri kat LR.. tetiba, nurse yang nak sambut baby aku tu, macam tak sudi je asben temankan, alas an dia tu la ni la.. aku tetiba terpengaruh, cakap tak payah la asben masuk..haha.. tapi kuasa di tangan aku, tetiba kesian kat asben dah isi boring, suruh je la dia masuk..

Bila semua orang dah ready, nurse dah standby kat bawah, asben dah bagi semangat pandang aku, (aku Cuma sekilas pandang asben, yang aku prasan dia Cuma pakai baju kaler putih yang spital sediakan) bagi semangat, aku pon teran.. teran tapi teran ada suara, nurse cakap salah, aku ingat info kat gugel “teran tarikkkk nafasss, tahannnnnn hembusss panjangggggg panjanggggggggg.. ok, nurse kata dah betul! Dalam dua tiga kali teran.. dalam masa 15 or 10 minit tepat jam 11.30am – 21hb.9.13 aku selamat melahirkan baby boy.... ayah dia azankan kat dalam LR tu jugek..

Syukur Alhamdulillah.....legaaa, hilang terus sakit contraction, tapi masa baby kluar, aku tak rasa sakit pon, keluar uri pon tak sakit dan tak lekat, masa jahit pon tak sakit sangat banding sakit contraction,,..syukur.....

Keluar dari LR, aku yang bawak baby aku, semua family aku dah tunggu kat luar, kawan aku masa skolah pon ada.. Alhamdulillah hanya kepada mu Ya Allah, aku bersyukur sebab di permudahkan masa bersalin...syukur syukurrrr...




Terima Kasih

1 ulasan:

zafairMAS_shakleeSITE berkata...

Alhamduliilah.. Tahniah emma.. Smue slmt.. Hopely nant sy pn dpt buat y trbaik..
Jom singgah my blog..
ZafairMAS.com..

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign