Followers

08 Oktober 2013

Pengalaman bersalin PART 1

Assalamualaikum.

wah. bravo! lama giler tak update blog. almaklumlah..smenjak kedatangan orang baru ni memang sebok semacam la kot. mesti ada yang tertunggu-tunggu story pasal "orang baru". kan?

aku nak cerita kat blog ni. tapi ceghiter dari awal la yer. bleh kan.. ok moh moh!

25.8.13
Tengahari tu, aku naik flight. usia kandungan ku pada masa tu baru nak masuk 34week 5days. before 9monthtempoh yang last untk naik flight kalo MAS. Pada awalnya, aku ngan asben cadang nak bersalin kat Putrajaya jek. memandangkan ini baby first kiterang, So, aku pon pilih untuk bersalin kat kampung jek. lagipon sana sini deme dok leter agar bersalin kat kampung. sebab takde pengalaman la katakan. Masa aku nek flight tu dgn hati yang agak sedih2 chicken, lagi2 kesorangan dengan perot memboyot. lagilah sadis. Tawakal aje dalam hati, harap takde la mende yang tak elok terjadi, sebab asben tak ade masa tue.. Kat tepi aku pulok buat aku jelos .kemain ko! pasangan yg kira berumur gak la, romantik giler kot. terus sebak bertubi2. Aku?? sensorang je masa tu.. sob sob.

26.8.13 - 18.9.13
Tempoh yang agak lama jugek la kan. tak ketemu asben. ohhoiii. rindu rindu. Aku kat rumah, dok buat benda sama jek tiap hari, tidur, sarapan, masak, kemas rumah, cuci kain, tengok tv, tidur. maka itulah yg aku buat. ohoi. Dalam ati merungut jugek "hmm, bila lah baby nak kluar ni. cepatlahhhh cepatttllaaahhh, aku bosan, aku nak jaga baby.. aku nak gomol baby, aku nak cuci berak baby, hmm, aku nak jumpa asben"..hee.. tu je la hari2 aku ngomel dalam hati.. 

19.9.13
Asben kata dia nak balik 20hb (keesokannya). Dia rindu istri dia ler tu..hik hik. walhal masatu aku belom ada tanda2 nak bersalin lagi. Asben dah tempah tiket nak balik. dia amek fligt petang esoknya. Maybe sampai kul 6pm cenggitu. So, kbetulan kakak aku, esoknya nak gi KK. ada urusan.wahhh. aku pon excited nak jumpa asben. Lagipon asben nak balik Kota Belud dulu, baru gi kampung aku. Kalo aku follow kakak aku gi kk, bleh ar jumpa asben and ikot dia gi Kota Belud. Actually, kakak2 aku dah halang, tak bagi aku jalan jauh. memandangkan aku dah masuk 38weeks. kira tunggu hari la kan. tapi aku degil. Oh, nak sangat jumpa asben, sanggop tu!haha

20.9.13
Tetiba dalam pukul 12am tepat2, tengah aku tidur nyenyak, ada cam binatang tengah jalan2 kat pergelangan tangan. Aku buka mata, aku nampak samar2 camtu, binatang tu, aku tau lebah. sebab kat umah aku ni ada Lebah madu. aku tepis2 supaya dia lari, ahhh..tup2 lebah tu sengat tangan aku. Hmmmmm..saket woo, dah lama tak rasa sengatan lebah kat umah aku ni..Aku dah glabah masa tu, maklumlah, dalam perot ada anak kecil takot sengatan tu sampai ke perot.haha,. macam2 aku fikir masa tu. giler wehh. Terus pegi bilik emak, kejutkan emak. emak bagi ubat sapu, itupon aku nak tak nak je, sebab ghisau kalo ubat tu, kesan kat anak..haha. lawok. Emak n kakak kata, takde apa. jangan risau. Aku pon tenangkan diri, gi toilet kencing jap, rutin tu sebab preggy mummy tiap malam dua tiga kali bangun kena gi toilet buang air kecil..pas gi toilet, aku langsung tak bleh tido.. aku pegi main handpon.haha. dalam kul 1.30am cenggitu, aku rasa ada cecair or lendir. Tapi, aku malas nak gi check. aku biar sampai kol 2 lebih, baru gi toilet.. tengah dok kencing nampak cam darah fresh.. ehhh.. Alamak!! dalam hati..

Kejutkan kakak, dua2 cam tak nak bangun. Terus amek kputusan gitau dorang esok masa dorang dah bangun. Tapi aku sempat la jugek SMS asben ngan kakak aku sorang yang kat KK, sebab dia pon ada tanda yang sama cam aku, lendir darah. Masa tu memang tak sakit lagi, dari info yang aku baca, if tanda lendir tu, kiranya lama lagi bukaan nak bukak. Aku pon try lelapkan mata, tapi cam susah aje. last2 lelap dalm kul 3 lebih. Akak aku bangun dam kul 5pagi, aku terus gtau. Dua2 terkejut. Kakak aku pon gtau emak, gtau yang aku dah kuar tanda. emak suruh packing barang and cepat2 gi spital. Aku gitau kakak aku, relaks arr, tak sakit lagi..Aku pon packing la barang aku ngan baby.. Dua2 kakak aku dah bersiap, yang sorang tak jadi gi kk yang sorang lagi bersiap nak gi kerja skali hantar aku gi spital..

6.30am - aku dah check in ward 4 kat Hospital Sipitang. No katil pon No 4. masuk je, terus check bukaan. Bukaan aku baru 1.5cm, yang check aku nurse gempal, so jari agak gebus. adoyaiii sakit nauzubillah. trauma pulok aku masa tu. 

7am - 4.30pm,, awal pagitu, asben terus amek flight pagi. Dia dah start risau. sampai jek KKIA terminal, my FIL amek dia kat airport, terus pegi spitang.. Aku ada jugek borak2 ngan dua orang yang nak sebaya ngan aku, kira dorang sehari sbelum dah check in. Agak sekepala jugek laa, walaupon dorang dua nak sambut anak yang ke3 dan ke4.. Dorang kawen usia muda dalam belasan tahun..Masa ni aku masih bertenaga lagi, sebab sakit contraction belom ada, boleh makan, mandi, gelak2, jalan2, update status fb,hehe.. Tengahari tu, ramai yang ziarah aku, sampai la ke petang. Walaupon orang tak tahu pon aku dah berada kat kampung, tapi ramai gak yang datang ziarah..hehe..Alhamdulillah..

4.30pm - asben dah sampai, aku happy  dan sebak sebonanyer. Tapi ku pendamkan saja, sebab ada my fil kan. so seganlahhh.. tengah borak2  ngan asben, tetiba contraction datang. tapi jarak masa yang jauh, tapi tak la kuat sangat. Pada awalnya aku tak tahu pon, apa tu sakit contraction, aku tanya akak2 aku 3 orang tu, jawapan berbeza2. Sorang kata sakit cam senggugut tapi amat kuat daritu, sorang kata sakit perot macam nak berak tapi lagi dasyat, sorang lagi kata cam kena parang kat bontot hidop2, cam tu la rasa contraction. masa contraction pertama, aku rasa sakit macam nak patah pinggang.. tapi sakit tu, still boleh bawak tarik nafas laa..hee..masa melawat habis kul 6.30pm..terus sebak didada, kejap je dapat jumpa asben.. sob sob..

7pm - 12am nurse pesan kat aku malam tu, Dia kata sok aku kena bangun awal sebab dia nak check bukaan aku. Kira aku orang first la..dari petang ke malam, ada 3 orang baru masuk, tapi sorang dah bersalin, cepat je, sebab dia pecah ketuban awal. Malam tu kami berlima la kat ward bilik bagi ibu yang belum bersalin.


Ok lahh Nanti aku sambung lagi k..

bersambung......

Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign