Followers

28 Februari 2015

Happy Birthday to me..

Assalamualaikum wbt..

28 Februari 2015

Genap usia ku yang ke 25 tahun. Happy Birthday Emma! Alhamdulillah.. 

Planning nak celebrate birthday aku, just nak beli cake Baskin Robbins. So, husband pon setuju nak beli untuk wife dia ni hah. Pegi Alamanda, Putrajaya singgah kedai BR japp, hermm, boleh tahan jugak mahal nyer. Lagi-lagi di bulan tua ni, gaji pon lama lagi, azam baru pon nak berjimat cermat, hanya keperluan yang di perlu. Terus cancel T.T.. (tak mampu, jangan lagak mampu plak kan?kekeke).. Maka, kami pon blah dengan rela & redha. aiseh.

Husband kata, jom la pegi Restoran Manhattan Fish. (aikk, ni nak celebrate besday aku ke, dia yang nak di celebrate kan?, sebab dia nak gi situ).. Aku pon okay je. Sebab, takde hal sangat pon, celebrate ke tak ke, sama aje. SO, makan la kami bertiga kat Manhattan Fish, tanpa cake BR.. Tak kan la, nak celebrate kena ada cake? ye dak? Jenis aku pulak, memang takde nak celebrate sangat.hehe.. Just makan makan, apa yang ada.. kannn? 











Terima Kasih

25 Februari 2015

Farm in The City

Assalamualaikum..

Aku nak share experience masa kat Farm In The City, Seri Kembangan.. Kat belakang Giant.. Kalo dari rumah aku, kiranya dekat je.. Tapikan, lalu highway, tu je la yang buat jauh..hehe.. bosan kan? kena pusing jauh lagi. Ada jalan shortcut, agak susah gak jalan berlubang lubang.. better jalan highway la kan..

Ok, bab pengalaman kat FITC, so far, dari pengamatan aku, kalo umur2 Fiyyaz masih tak berapa nak feel lagi, tapi just untuk sesi perkenalan and first sight boleh lah untuk si anak. Ada animal yang fiyyaz takot, ada yang dia suka, ada yang dia just tengok sipi sipi. 

1st facility yang ada kat FITC, ada laluan untuk stroller & wheelchair. Sangat best!, sebab area ni, tak la luas sangat, tapi still provide route kan? Masa we all kat sana, nampaklah family yang salah sorangnye oku, Alhamdulillah, aku respect dengan mereka yang memuliakan orang yang istimewa ni, masih mengutamakan golongan ni, you know, mereka adalah chinese families. Then, aku nampak lagi, mixed families husband chinese, wife omputeh + anak2 yang mixed, so cute. Anak dia ramai, dalam 4 orang, so, nak handle bukan senang. Kan? jadi, wife dia bawak stroller and husband pulak bawak anak2. Nasibla, anak tak jenis hiper, kalo tak susah nak control kan?

Fitc, ada banyak station persinggahan.. Semua tempat boleh bagi makan haiwan, just yang tertentu saja.. Nak suruh Fiyyaz bagi makan, aku takut kena ngap aje. Lagi-lagi yang bergigi tajam, kan? ishk. aku je yang manjakan sangat anak bujang aku tu hah. 

Memula masa kat rumah, nak sediakan detol, pencuci tangan etc, untuk kegunaan Fiyyaz. Adeh, last2 lupa.. Biasalah, emak emak ni, busy tak menyempat. Ye dak? Bila dah pegi sana, dont worry semua tu dorang dah sediakan. Semua station ada tempat cuci tangan + sabun.. So, tak ada yang perlu dirisaukan. Maklumlah, anak mudah terkena sakit, tu yang beringat,.

Kat fitc ni jugak tak panas sangat. Nasiblah tak beli payung kat luar fitc tu, kalo tak melayang $$. Kat sana semua ada tempat berteduh, tepi laluan kolam. Tak panas sangat, cuma masa keluar tu je panas kemain.hehe. Nak pegi, datang la awal pagi atau masa matahari dah tak atas kepala..

Bab harga masuk, dewasa RM28, kanak2 RM23, senior citizen RM19, Baby bawah 2 tahun Free. hehe, Fiyyaz still kategori free. Jimat la sikit. hehe..

Overall, bagi mereka yang nak pegi Farm in the City, tempat ni sangat menarik untuk kanak-kanak yang dah lahir2 duduk pulak kat bandar. Kalo yang macam aku ni, memang budak kampung, hehe, dah biasa segala haiwan-haiwan, lagi2 yang liar. Fitc, haiwan jinak2. Aku dulu zaman kecik, sarang burung mesti nak panjat, ambil telur + anak burung, bila burung mati, pegi bedah la. adeh, itu zaman budak2 kuuueee, Allah, ganas pulak aku masa tu. itu belom aku naik blakang kerbau, pegi kaji bangkai ular (yg masih fresh je bukan yg dah busuk yer), kena kejar dek angsa jiran, pegi bawak balik arnab ternakan pakcik, pegi tangkap anak ayam, kejar ibu ayam, pegi tangkap, pegi tangkap berudu, tangkap anak ikan yang kena pelihara,, err banyak lagi laa.. Masha Allah... T.T..

Memula nak masuk tu, ada kedai Pets. Tapi just jenguk dari luar jak, tak masuk pon..

Nak masuk ke kaunter kena turun bawah tu,,

Kat sini, wheelchair and stroller friendly!, agak agak kalo anak letih ke malas nak berjalan ke kan, senang!

Masuk je FITC, terus jumpa turtle area.. So, banyak jenis turtle ada.. 
hurm, Fiyyaz, dah baru sekor nampak pon dah takut..

Dua tiga kali Fiyyaz dok tengok, kot kot kena ngap kaki ibu..hihihi




Besar giler ular ni kan?

hihihi, gelak gelak pon, tak tahu pon ape kat atas tu..

husband kata, look up, aku dok tengok atas kat dalam sangkar tu,
 ler, atas kepala..hehe
kat dalam kawasan ni, kecik je, crowded sangat..

lerr, kemon laa, pipit je. dulu zaman mak aku tanam padi, paling di benci ni..
hehe

eh ayyash, apsal tengok mamam burung tu,
cam sedap ehh..hehehe



Fiyyaz still takot kat haiwan haiwan ni..
ok tak pee...

nak pegang rusa ni, tapi dah asyik cuci tangan dua tiga kali..
hehehe

berebut budak2 nak bagi makan kambing..hehehe.

My hero dah lemah dah..hehehehe.
macam tak shuke aje ibu&ayah bawak gi sini..kekekek


omei kan binatang tu ayyash...
(natah, tak baca pon nama menatang ni apa, nasiblah si anak tak pandai cakap lagi)

Area ni, ada ikan2 kolam ngan angsa.. banyak ikan woo, boleh bagi makan jugakk..

woo, kat sini boleh main tangkap anak ikan..

ler, ibu tonggeng tonggeng nak tangkap ikan, kemain susahhhhhh..hehe

Yeay, kat sini ayyash suka..
Dia tertarik ngan Arnab&tikus..hehe..
Tapi aku malas nak suruh dia pegang, just tengok2 aje la yash..


Ayyash gerammmmmm

hehe, dia tak nampak pon iguana kat depan dia tu ha!

Spesies Landak..
Dulu zaman aku budak, arwah bapak ada bela ni.. tapi kecik sikit aje..
Tapi dah lama,, Kalo nampak landak, aku akan panggil dinasour..itu zaman masa kecik..



hehehehehe, gelak gelak..

'Ibu, amek gambar ayyash kat site ni..'

eh budak ni, ade ke dia nak budak pintu tu..

Ntah, apa eh nama binatang ni?

ngeeeee

anyonyooo omeinyerrr

Last picture, gelakkkkkkkkkkk
bye bye, xoxo
*panjang plak post ni ye..hehe
Terima Kasih

24 Februari 2015

Fiyyaz suka keluar ambil angin :D

Assalamualaikum..

Every weekend, aku dan husband terlalu malas nak keluar jenjalan. Kalo planning nak ot ke, pastu kerap tak jadi, he he. Tapi, dalam malas malas tu pon, mesti terfikir jugak nak keluar jalan. Ya la, kesian si anak. Mesti dia bosan dok umah aje kan.

Kenkadang, rasa nak bawak Fiyyaz lepak taman permainan kat bawah rumah ni, tapi selalunya ramai orang termasuklah budak budak dari yang kecik sampai la dak sekolah menengah  camtu. Kiranya bahaya le jugak time dorang nak main bola ker, main 'skateboard' ke, kang kena plak kat budak tecik tu.. tu pon cakap pasal dah kena...

Masa nak ajak Fiyyaz turun bawah, tetiba ada 'skateboard' laju, terus langgar kat Fiyyaz. Masa tu husband tengah pimpin tangan Fiyyaz, sbelah tangan dia angkat stroller, tak sempat nak tahan. Masa kena tu, apa lagi, meraung la Fiyyaz nangis, aku yang kat depan bawak sampah, terus tergedek-gedek lari patah balik, nak tahu punca anak melalak. Bila husband explain, tapi husband pon tak tahu kena area mana, aku cepat2 belek kaki dia.. Nasib la Fiyyaz nangis kejap aje. Budak yang empunya skateboard, memang dah lama kat tepi kiteorang terus mintak maaf kat husband. Takpe  lahh, redho aje laa, benda nak jadi.. Fiyyaz kan hero!.. Nasib tak langgar skali ngan budak tu, kalo tak.hurm tak tahu laaa, syukur laaa tak..
selepas kejadian, belek balik, hurmmm lebam ke dua dua kaki Fiyyaz.. sabar je laa :'(
Ok sambung bab keluar jalan, he he he..kenkadang tu, demi anak, turun jugak lah, pegi bawak dia makan kat luar dan beli barang keperluan dapur. Fiyyaz paling suka kalo boleh kluar rumah, mesti senyum sampai telinga kalo boleh jalan. Sebab tu ayah dia gelar dia 'Raja Jalan'..he he he.. (acctually, ikut perangai mak bapak dia, tapi semenjak dua ni, ayah dia dah pencen dahhh)..

Ada masa ot bawak la dia sekali pegi ot. Dia okey aje time nak bawak gi ot, Cuma dia suka sangat bebas, suka membelek kertas kertas kerja, suka pusing pusing ke hulu ke hilir, sokey, biasalah budak budak, kena pantau. kan kan..

Nah, untuk tatapan korangggg.. :)









Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign