Followers

09 Februari 2015

perihal si anak

Assalamualaikum wbt..

‘eh lambatnya anak ko nak berjalan emma’.. err, berdesing telinga haku dengar ayat tu. Tapi apakan daya, nak sakit hati ke, sentap ke, pendam ke, nak balas balik ke, tu semua tak mendatangkan penyelesaian, malah mendatangkan kemudaratan kat akhirat nun. Asyik sakit hati aje, kan kan?, baik aku fikir positif dan maju ke depan. Biaq depa nak cakap ape. Janji, sebagai ibu, terus berdoa untuk anak, keluarga dan seluruh umat islam >.<”…. (hoh, ayat kemain maju ke depan)..

Bab perkembangan Fiyyaz, Alhamdulillah setahun 4 bulan, baru la budak tu berjalan dengan sendirinya. (nak tunggu fiyyaz jalan, lama jugak).. Yep, agak lambat sikit la, tapi dari sumber rujukan nurse dan dari research memang perkembangan bayi tak sama, ada yang dah mula berjalan seawal usia 8 bulan, ada yang paling lambat berjalan usia setahun 7 bulan (ni paling lewat yang pernah aku dengar, maybe ada lagi kot, tapi ni dari orang yang pernah sembang ngan aku je, hehe, kang kalo tokok tambah, tak cantik pulok penceritaanku T_T).,

Agak sedih jugak la, kalo ada yang bagi nada nada pertanyaan yang kurang enak ku dengar, tapi tu lah, dah kita usaha nak bantu anak kita. Kalo di bandingkan anak orang lain, dah pandai ni, pandai tu (dalam hati, err cepatnya), so, aku tak nak push anak aku sangat. Biar dia explore benda baru dengan sendirinya dan sebagai parents memang la bantu si anak dalam membantu perkembangan dia.. (eh, korang ni).. kalo dari segi kepercayaan orang tua, suruh try kat embun pagi sambil jejakkan kaki dia atas rumput yang berembun tu, tapi tu la, haha nak jumpa rumput kat Putrajaya ni, kena gerak dari rumah pon dah amek brapa km, ye dak, lain la kalo ada halaman rumah sendiri. (dalam hidop, jangan kata tak boleh ke arah sesuatu yang baik, cuba try jugak buat). Tak tahu la berkesan ke tak, pengasuh fiyyaz kata, rumput yang berembun tu, buatkan baby yang lambat jalan rasa sejuk je nak pijak, lebih kurang gitu laa..

Alhamdulillah, syukur, fiyyaz dah jalan dah, walaupon slow masih, tapi nampak kiut aje kecik kecik gitu kejar ibu dia.hehe >.<.. sebenarnya, pengasuh Fiyyaz la yang banyak bagi nasihat, pendapat, gurau2 nak bantu si fiyyaz, salah satu gurau2 pengasuh Fiyyaz, dia kata, nak bagi dia jalan cepat, *bagi dia adik*. Bahaha.. Insha Allah, kalo ada rezeki cepat atau lambat, kami terima aje :D.. Pengasuh Fiyyaz ni, kira dah berumur, tapi still kuat, dah macam family sendirik dah, Alhamdulillah, berkat doa aku dan asben dijumpakan dengan mereka ni.. syukur.

Dah lama aku tak nak publish Fiyyaz jalan ke belom, kenkadang kat FB depe tanya dah jalan dah ke Fiyyaz?, pernah skali buat buat tak nampak komen tu, then biaq gitu, bahaha.. sebab malas nak dengar nada nada gitu, lebih baik aku elak. Ye dak? Bukan malu yer, tak, aku tak nak stress je, maklumlah, anak first, memang la banyak kekurangan yang belom kita expert. Kan.. tapikan, anak lambat berjalan, tak semestinya tak cerah masa depan nye kan? Hehehe.


“Moga anak ibu sentiasa diberi hidayah, menjadi anak yang soleh, menjadi anak yang berguna di dunia & akhirat, bertanggungjawab, berdoa kepada org tua & seluruh umat islam, hormat org tua & semua org, anak yg bijak, anak yang pandai mengurus dlm semua hal, dan semua segala kebaikan di dunia yang boleh di jadikan bekal utk di bawa ke akhirat kelak, aminnnnn”




Terima Kasih

1 ulasan:

Azizah Green Line berkata...

ye..lain anak lain pekembangannya..asalkan ikut carta perkembangan dah cukup..lau 2thn still xpandai jalan tu yg kita takut..

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign