Followers

24 Februari 2015

Fiyyaz suka keluar ambil angin :D

Assalamualaikum..

Every weekend, aku dan husband terlalu malas nak keluar jenjalan. Kalo planning nak ot ke, pastu kerap tak jadi, he he. Tapi, dalam malas malas tu pon, mesti terfikir jugak nak keluar jalan. Ya la, kesian si anak. Mesti dia bosan dok umah aje kan.

Kenkadang, rasa nak bawak Fiyyaz lepak taman permainan kat bawah rumah ni, tapi selalunya ramai orang termasuklah budak budak dari yang kecik sampai la dak sekolah menengah  camtu. Kiranya bahaya le jugak time dorang nak main bola ker, main 'skateboard' ke, kang kena plak kat budak tecik tu.. tu pon cakap pasal dah kena...

Masa nak ajak Fiyyaz turun bawah, tetiba ada 'skateboard' laju, terus langgar kat Fiyyaz. Masa tu husband tengah pimpin tangan Fiyyaz, sbelah tangan dia angkat stroller, tak sempat nak tahan. Masa kena tu, apa lagi, meraung la Fiyyaz nangis, aku yang kat depan bawak sampah, terus tergedek-gedek lari patah balik, nak tahu punca anak melalak. Bila husband explain, tapi husband pon tak tahu kena area mana, aku cepat2 belek kaki dia.. Nasib la Fiyyaz nangis kejap aje. Budak yang empunya skateboard, memang dah lama kat tepi kiteorang terus mintak maaf kat husband. Takpe  lahh, redho aje laa, benda nak jadi.. Fiyyaz kan hero!.. Nasib tak langgar skali ngan budak tu, kalo tak.hurm tak tahu laaa, syukur laaa tak..
selepas kejadian, belek balik, hurmmm lebam ke dua dua kaki Fiyyaz.. sabar je laa :'(
Ok sambung bab keluar jalan, he he he..kenkadang tu, demi anak, turun jugak lah, pegi bawak dia makan kat luar dan beli barang keperluan dapur. Fiyyaz paling suka kalo boleh kluar rumah, mesti senyum sampai telinga kalo boleh jalan. Sebab tu ayah dia gelar dia 'Raja Jalan'..he he he.. (acctually, ikut perangai mak bapak dia, tapi semenjak dua ni, ayah dia dah pencen dahhh)..

Ada masa ot bawak la dia sekali pegi ot. Dia okey aje time nak bawak gi ot, Cuma dia suka sangat bebas, suka membelek kertas kertas kerja, suka pusing pusing ke hulu ke hilir, sokey, biasalah budak budak, kena pantau. kan kan..

Nah, untuk tatapan korangggg.. :)









Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign