Followers

13 Februari 2014

my iyash muahahaha



Assalamualaikum.

Sekarang ni, aku busy sangat. Dunia ku penuh kepada anak, bukak mata anak, tutup mata juga anak. Ehh, ayat apekah ini? Terabur sangat T.T .

Jadi emak budak, mesti lah busy. Kalo tak busy tu, memang agak pelik la namanya. Gelaran supermak, itu memang patut pon. Lagi2 yang dok jauh dari family macam we all, terkulai kulai la jugak diri ni. wey, berdiri lah di dunia yang nyata. pfffttt.

Kalo hujung minggu pon, aku rela berkorban demi menuntut ilmu. Tak pe tak pe, semua ni pon demi asben, demi emak, demi arwah bapak dan demi anak!. Adalah jugek yang boleh dibebelkan di masa akan datang kat anak. Emak emak kan gitu, berhujah benda yang sama saja setiap hari.ahh jemu jemu pon, itu jugak yang akan di kenang sampai bila bila.. tsk tsk tsk..

*lap air mata sekali sedut sedut hingus. Sedeh!

Cepatlah abis study. Banyak impian yang aku belom kecapi. Yaaa, banyak sangat. Tapi yang berlegar di kepala ada dua, ehh tiga. Fikirkanlah, dalam hidup kena ada impian ada matlamat ada halatuju. *ni belom tang asben berkunyanyang(berceramah) kat bini dia.hoho,.T_T

Dah gitau asben, so before memulakanya, aku cadang nak buat kertas kerja. Cuma, si asben jarang nak focus time aku nak present depan dia.haih. Yang ini pasal matlamat ku. Asben Cuma kata, dia akan sokong saja. Ok. Baiklah!

Insha Allah, semuanya telah ditentukan Allah S.W.T..aku hanya merancang, hanya Allah S.W.T yang akan menentukan.

JOM, tengok gambar iyash yang cekci mekci. He he he







Terima Kasih

05 Februari 2014

#copy

#Copy&PASTE


PETUA DIDIK ANAK CERDIK & LEMBUT HATI

PETUA 1
Setiap malam bila anak dah tido, kita wiridkan Ya Latif  kat ubun2 kepala diorg sebanyak 100x atau sebanyak mana yg boleh.

PETUA 2
Baca surah Al-Fatihah 1x, surah Al-Insyirah (Alam Nasyrah) 1x, Ayat Kursi 1x & tiupkan pada ubun2 kepala anak. Nak tambah bacakan surah Al-Ikhlas pun bole..

PETUA 3
Bercakap2 atau memberi nasihat, pujian pada anak bila mereka dah tido atau tido2 ayam sebab waktu ni lah paling bagus sebab fikiran bawah sedar mereka adalah paling optimum masa ni..yang tido hanyalah minda sedar aje..
Percakapan atau nasihat kita pada waktu ini sangat berkesan pada jiwa & roh mereka.

PETUA 4
Ayah & ibu yg lepas amik wuduk tu bole la sapu lebihan air wuduk tu kat muka & ubun2 kepala anak kita.

PETUA 5
Bila anak dah bangun tido pagi tu, Selawat 3x & tiup kat ubun2 kepala diorg..

Terima Kasih

04 Februari 2014

Milk Booster

Assalamualaikum.

Frust giler giler aku skang ni.huh!. kenapaaaaa? Kenapa jadi cenggini?? Errr. Takpe takpe. Anggap ini sebagai dugaan.

Sedih sangat..errghh! sobs sobs!

Baru jap tadi aku gi pump susu, hmm. Susu dah makin merudum. Gelisah betol hati ni, start dari last week lagi. Fiyyaz selalu nangis2 kat rumah, aku rasa sebab dia tak puas nenen la kot. Ya, memang Fiyyaz dah campur dengan susu formula skang ni. Masa t upon aku frust giler, tapi cane kalo tak bagi susu Formula kang lapar pulak dia.

Kalo lepas cuti bersalin dulu, waktu office 7.00am – 4.30 pm aku dapat akan dapat 12oz (ahh,ni kira banyak da bagi aku) bila pump kat office. Tapi skarang 8oz jek. Bagi aku, mana cukup. Fiyyaz kuat sangat nenen. Pagi tadi aku pump Cuma dapat 2oz only.uwaaaa! nanges*

Dek masalah Negara ni, memang sukar dibendung daaa. Petang ni nak ajak asben gi pasar kejap. Nak cari 3 menda alah for milk booster.

Aku ada terbaca kat kelab ibu & anak tu. ok jugek dapat info pasal milk booster. Meh kite share kat u all

Firstly, petua milk booster ni, kena cari ‘jantung pisang’. Rebus jantung Pisang ni dan makan sebagai ulam.
*alamak, kalo kat kampung senang la aku carik jantung pisang ni, siap dapat free lagi, tapi kat sini deme kata kat pasar ada. So, terpaksa lah beli. Bagi yang lepas bersalin, ramai yang tak suggest JP ni. Sebab sejuk, tapi demi anak for my milkbooster also. Orang kata, yang ni kira kuat sikit fungsi milk booster, siap melimpah ruah. Tak kisah lahh, :’[

Secondly, daun betik yang sederhana muda. Air rebusan, minum 2 ke 3 kali sehari.
*pernah dulu nak minum air rebusan ni, sebab air susu tak keluar2 lepas bersalin. Sampi 4 hari la aku tunggu, terpaksa la Fiyyaz minum susu Formula, sebab kesian dia lapar nak susu. Tapi tak sempat nak minum tetiba air kolostrum pon keluar..girangnyaa hati aku masa itu.wawawa..

Tirdly, Lobak putih dan kisar halus.
*hoho. pestime aku gi rasa haritu, buat sup sayur.hoho. memey rasa obat pahit,err.. pepaham ler, aku ni kalo sayur yang berperisa kepahitan ni, sah2 tak ndak. Tapi skang dah berubah laaa, dah mula suka sayur kepahitan ni..ngehe!

Ok.. yang tu lebih kepada petua2 tradisional.. kenkadang, lain orang lain cara milkbooster nyer.

Masa nak masuk kerja dulu, aku panik giler bila takde stok susu. Segala problem pasal BF tanyak kat x-housemate. Tanya itu ini, kesian dia kena fikir masalah aku..hehe..

Dia suggest produk shakle.hmm. Aku direct kata, tak minat and tak nak. Pastu, dia pon kata, ada kawan dia makan supplement shakle tu utk milk booster, Cuma produk susu ebm dia cam kaler kehijauan. Terus xhousemate kata, suruh aku ikhtiar cara lain.hoho.

Longan dan kurma.

*Dua2 ni aku jarang dan tak pernah amalkan lepas bersalin ni. Lepas ni, kiranya nak pegi mencari dan minum hari2 semampu yang boleh. Jus kurma or makan kurma, memang makanan amalan nabi. Tapi…. Aku tak berapa minat makan kurma..sedih :’(. Dah banyak kali try makan sebanyak yang mungkin, sebab kurma elok untuk ibu hamil and ibu yang susukan anak..tapiiii… aku susah nak telan.. kenkadang berlambak2 kurma masa puasa, tapi tak makan, sebab aku tak pandai sangat makan..huhu… Kali, nekad! Nak makan kurma dan longan..huhu

Hot Chocolate with Fenugreek.

*aku ada terbaca kat belog mana ntah, dia kata ni bagus untuk milkbooster. Ok. Nanti ajak asben gi pharmacy mana cari mende alah ni. Coklet2 ok..asalkan bukan yang lain2 tu.

Horlicks, milo

*Horlicks masa lepas bersalin dulu, aku suka sangat minum suam2. Tapi skarang, kalo nampak Horlicks je, cam nyampasss lol.haha. ahh, kali ni, aku nekad! Nekad! Kena jugak minum sehabis yang boleh.

*Milo, aku selalu minum hari2, yang suam2. Lepas pantang tu lagilahhh. Patutlah aku sembelit masa lepas bersalin, gile kena bertapa dok toilet sebab tak tahan sakit. Skang aku takot nak minum milo, sebab fiyyaz tengah sembelit, still berak tak teratur.hmm.  minum Horlicks je la nampaknya.

Actually banyak lagi yang membantu untuk milk booster ni. Tapi apakan daya, itu je yang aku mampu sampaikan kat ibu2 kat luar sana. selagi mampu, aku akan usaha untuk anak aku. Biarlah dia dapat zat2 susu ibu. :) :)))


 kim jong kook ku ;)
*kekuatan ibu di dunia

 Bakal hafiz ku :')
*kekuatan ibu & ayah di akhirat kelak

 My Fiyyaz Nur Amsyar @ Fiyaz 
*Kekuatan ibu & ayah di dunia & akhirat..aminnnnn

Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign