Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 Disember 2012

Jom skodeng gambo romantik.muehehehe!






Romantik ler sangat. muehehehe!
Terima Kasih

21 Disember 2012

Majlis Penikahan Emma + Fame




Terima Kasih

12 Disember 2012

KAD JEMPUTAN KU

-->
Assalamualaikum..

Susah sangat nak luangkan masa kat sini. Siyesly, hati aku dah berada kat kampung.. walaupun baru minggu lepas balik sini. Ekceli, tak lama lagi, aku akan menamatkan zaman bujang sweet sweet gitu la. Kiranya, darah manis. Camtu la kowt.. skarang, aku masih lagi dalam kekejutan di atas pemergian ayahanda tercinta. So, perasaan untuk happy, hu ha hu ha or sewaktu dengannya, mungkin agak suram sedikit.. aku masih lagi menjalankan kehidupan macam biasa. Masih ok~!. Tapi, still jugak dengan perasaan merindui arwah bapak. Selepas kengkawan tahu dengan khabar berita menyedihkan, ramai kengkawan tanya aku. Tanya samada aku OK ke tidak.. memang aku sangat2 sedih dengan pemergian bapak, sebab aku tak merasa untuk menjaga arwah bapak kat hospital. Masa balik kampung masa e-day tupon bapak ok sihat Cuma tak batuk2 dan demam..

Aku ada call emak, tanya emak macam2 dan aku kata kat emak yang aku nak ziarah kubur bapak sebelum hari pernikahan ku nanti. Emak kata, nanti pegi ramai-ramai :’)..  kenapa ehh, kekadang aku rasa bapak masih ada kat kampung, dan aku cam tak percaya yang bapak dah takde. Sampai termimpi mimpi, yang seolah olah, bapak masih ada. Bila tersedar, oh semuanya hanya mimpi dan kenangan bersama bapak.. Yang sebenarnya, apa yang aku alami skang ni bukan mimpi, tapi realiti.. macam tu skali kan? Baru skarang, aku terasa, sangat sangat kehilangan..

Seperti yang kalian tahu, majlis perkahwinan aku akan diteruskan. Kami sekeluarga mengambil keputusan untuk meneruskan majlis dengan kesederhanaan. Maybe majlis doa selamat.. haritu, arwah bapak, nak sangat edarkan kad jemputan kat saudara mara dekat beaufort.. tapi hajat bapak tak kesampaian, dan kakak dan abang aku yang akan pegi edarkan kad2 jemputan ku……..





Terima Kasih

06 Disember 2012

Terima kasih...

-->
Assalamualaikum…

Aku tak tahu kenapa, skarang aku teramatlah sensetif dengan bunyik bising yang kuat or sewaktu dengannya.. Hati aku rasa cam lain macam jer.. maybe memang kot, sebab aku masih lagi bersedih. Dalam beberapa hari ni jugak aku selalu mimpi arwah bapak,. Tapi mimpi aku tu, macam lebih kepada bercuti bersama family.. sebab, tiap kali aku balik kampung, kekadang aku bawak family jenjalan.. last aku bawak dorang masa pegi pulau Manukan raya hari tu… Tak sangka, itulah kali terakhir percutian kami sekeluarga bersama dengan arwah bapak.

Bila aku fikir-fikir balik, rupanya dah banyak kali tuhan bagi kesempatan kat aku untuk bertemu arwah bapak. Sebenarnya, aku tak kan balik kalo bukan ada majlis pertunangan dan perkahwinan ni.. maybe aku akan balik pada Januari tahun depan. Tapi, kita hanya merancang, Tuhanlah yang menentukan segalanya…

Tuhan jugak beri kesempatan kat family aku iaitu dalam tempoh sebulan selepas bapak keluar dari hospital,. Pada masatulah bapak banyak bersama emak dan familyku.. aku tak tahu, kenapa tiap kali melihat gambar-gambar bapak aku akan sedih. Ya Allah, kenapalah aku ni kannnnnnn..

Ya,, aku tahu, kita semua akan ke sana jugak suatu hari nanti, hanya masa yang menentukan semua tu kan.. aku bukan meratapi pemergian bapak.., tapi Cuma merindui bapak.. mungkin jugak selama ni bapak banyak menahan kesakitan yang dia alami, mungkin juga arwah bapak nak lawan sakit dia dan nak tunggu di hari perkahwinanku, tapi bapak dah tak mampu katanya.. sebab bapak seorang yang kuat.. bapak banyak menyembunyikan sakitnya……

Banyak yang sedih baca entri aku sebelum ni.. bukan niatku untuk membuatkan para pembacaku bersedih.. aku Cuma mahu menjadikan hasil coretan ku sebagai kenangan.. apa yang kita lalui hanya sekali dalam seumur hidup.. Insha Allah, banyak hikmah dugaan ku ini.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberikan kata2 semangat, walaupun ianya hanya setakat kata-kata tapi itu sudah cukup bermakna bagi ku sekeluarga.. banyak yang simpati, ambil berat dan berdoa untuk kami dan untuk arwah… terima kasih terima kasih dan terima kasih.. hanya tuhan yang membalas jasa kalian.. :’)

Dahhh,  dahhh.. aku kena kuat, yang pergi tetap pergi.. Insha Allah pa, anakmu ini sentiasa berdoa untuk bekalan mu di sana……







Terima Kasih

04 Disember 2012

Al-fatihah untuk arwah bapak :'(

-->
Assalamualaikum..


Seperti yang kalian tahu, hari ni dah masuk hari ke-7 arwah bapak pergi meninggalkan orang-orang yang mencintai dan merinduinya setiap hari. Ya Allah ya tuhanku, hanya tuhan yang mengetahui perasaan ku saat ni dan juga berbagai bentuk rupa perasaan yang ku pendam skang ni. Susah untuk diperkatakan dan hari ni jugak ada kenduri arwah di kampung… 


Pada 27hb November 2012 bersamaan hari Selasa, Arwah bapak telah menghembuskan nafas terkakhir di hospital Sipitang pada pukul 2.30pm. yang mana pada saat itu, aku berada di ofis (BPP,Putrajaya).. sedih yang tersangat.


25hb Nov. (ahad) bapak masuk hospital. Bapak mintak di hantar ke hospital,dia kata dia rasa sakit sangat masa tu. pada masa tu jugak kakak call aku, kakak kata bapak mungkin di tahan dan tunggu keputusan dari doctor. (Dari start jumaat lepas, aku dah rasa macam tak sedap hati,) pada masa tu bapak masih menahan sakit. Dia masih boleh bercakap dengan orang yang datang menziarah. (pada sebelah malam, aku call emak. Kami sembang panjang sangat.. sambil tnya pasal bapak dan emak rasa susah hati sangat masa tu)


26hb Nov (Isnin), bapak mula tenat, tapi bapak masih mampu bercakap dan mampu mengenal orang sekeliling, tapi bapak terpaksa di papah kalo dia nak bergerak.. Bapak mintak kakak urut bahagian perut berdekatan jantung dia. Dia ngadu sakit. kakak dan emak kata, bahagian perut dia macam kesan bengkak. Masa ni aku susah hati, dan aku bagitahu semua kawan-kawan ofis, bapak aku tak sihat dan aku sedapkan hati, mungkin tak ada apa2 yang akan berlaku. Dan aku mohon kawan-kawan aku doakan kesihatan bapak aku.. :’(

Sebelah petang, bapak mintak semua saudara mara datang berkumpul. Dia kata, “dia dah tak lama lagi”.. emak kata, ramaiiii sangatttt orang datang ziarah bapak masa tu, penuh satu  hospital.. semua orang dah berkumpul.. pada awalnya, aku dah nak balik, tapi dorang kata, bapak dah stabil masa sbelah petang tu.


Sbelah malam, emak, kakak, abang, kakak ipar jaga bapak kat hospital.. kakak kata, bapak lelap kejap kejap. Dan bila bapak berjaga, bapak akan tatap wajah seorang demi seorang. tapi, bila kakak buka mata dan tatap wajah bapak, bapak akan toleh muka ke arah lain.. smenjak bapak masuk hospital, ramai yang prasan, bapak akan toleh muka ke tempat lain bila kita tengok dia.


27hb Nov, sbelah pagi, kakak kata bapak macam tu jugak. Kakak bagi dia minum dan alas perut sikit. Sebab bapak kata dia nak isi perut sikit. Tengahari tu, bapak dah mula sakit sakit. Dan pihak hospital sipitang nak hantar bapak pegi hospital kk untuk rawatan selanjutnya..

Jam 2.00pm Sebelum bapak naik ambulance, kakak call, dia suruh aku balik, dia kata, kemungkinan lepas ni bapak tak kan sedar, mungkin koma.. jadi, aku dah nekad, aku akan balik jugak walau apa terjadi. Skurangnya aku sempat nak jaga bapak dekat hospital,.. kakak-kakak ku call, semua nangis-nangis, aku kat sini pon turut menangis dan bila nak cakap dengan rakan skerja, bibir susah untuk berkata-kata.. terkedu untuk bagi tahu keadaan bapak tengah tenat…………..

Masa bapak dah nak di hantar ke hospital KK, ramai sanak saudara berkumpul di perkarangan hospital Spitang,….Masa tu bapak dah naik ambulance, belum jauh lagi, masih dalam kawasan hospital, tetiba bapak dah tenat dan ambulance terpaksa patah balik dan masukkan bapak dalam kecemasan. Masa dekat bilik kecemasan, takde sape dibenarkan masuk, melainkan doktor2 nurse2. Masa tu hanya tuhan yang tahu perasaan emak dan adik bradik bapak yang lain dan adik bradik aku. Sebab dorang semua nak masuk jumpa bapak tapi…...


Jam 2.30pm, bapak telah pon menghembuskan nafas terakhirnya walaupun pelbagai usaha dilakukan…. semua orang sedih yang amat, terutama skali emak………………………….. :’(

Bila bapak dah takde, kakak aku call aku, masatu hanya tuhan yang tahu, badan aku menggigil dan mulut kaku. Aku bangun dari tempat duduk aku, aku tengok sekeliling, hanya dua tiga orang saja officemate yang ada kat tempat.. dan aku terus bangun dan melangkah ke tempat kawan yang tak jauh dari tempat aku, “kakkkkkk,,,,,bapakkkk….. saya………….. dah takde” setiap perkataan yang keluar dari mulut aku hanya berbekalkan air mata,… terus kawan aku datang ke tempat aku dan pegang lengan aku, terus aku menangis semahu mahunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….

Bila keadaan dah tenang, aku call fiancé bagitahu yang bapak dah takde.. aku suruh dia amek aku dan bawak balik dengan segera… sbenarnya, fiancé kena hadiri kursus selama 3 hari bermula 28hb tu hingga 30hb kat janda baik Pahang.. semasa arwah bapak tenat, aku suruh dia pegi kursus dan balik selepas selesai kursus.. rupanya seruan ajal lebih cepat tanpa di jangka, bapak telah pergi dan fiancé jugak ambil keputusan untuk pulang ke kampung..

Petang tu, masa nak pegi airport, kaki aku lemah sangat untuk melangkah, seolah olah semua ni hanya  mimpi, dalam hati asyik berkata “betulkah semua ini ya Allah,,” macam macam perasaan di dalam hati, memikirkan emak, adik bradik yang lain, macam manakah keadaan mereka pada masa tu….

Dekat airport jugak ada beberapa dugaan yang perlu aku dan fiancé tempuhi, setiba di airport aku pegi kaunter untuk beli tiket flight, tapi apa yang menyedihkan, dorang tak bagi beli tiket jam yang terdekat. Terpaksa beli tiket flight jam 6 stengah petang… dalam masa dua jam menunggu, kesian tengok fiancé lapar, aku hanya menangis menangis dan terus menangis,.. fiancé kesian tengok aku jugak siap layan macam tuan putri dan tak nak tengok aku sendirian..tsk tsk tsk.... masa kami otw sebelum pegi airport, my future Father in law (FIL) call aku, dia kater ‘jangan sedih sangat ya emma dan pesan supaya fame tenang jangan memandu laju’, sebab takut fiancé panic or etc.. my family future in law banyak membantu.. terima kasihhhhhhhhhhhhhh :’)

Selepas dua jam lebih menunggu di airport, jam 6.38pm kami dah naik aircraft. Pada masa tu, dugaan tetap ada.. flight terpaksa delay walaupon kami berada di dalam kapal pada masa itu. hanya diberi dua pilihan, samada mahu tunggu ataupon amek penerbangan yang lain. Tapi semua mahu tunggu sehingga kapal terbang dah ok. Sebab aircon kapal rosak.. aku dah mula gelisah, kalo boleh aku nak segera pulang. Hati aku meronta ronta nak cepat sampai ke rumah. Jam 7.45pm, barulah kami terbang………. Pada masatu, aku menangis menangis dan terus menangisssssssss.. fiance di sebelah aku dah terlelap, maybe dia kepenatan, and brader satu line dengan kami, aku rasa dia perasan aku menangis tanpa henti…. Pada masa itu, mungkin itulah qada dan qadar yang Allah dah tentukan. Dalam hati aku sentiasa, “Ya Allah, kuatkanlah semangat emakku ya Allah, Ya Allah, permudahkanlah urusan bapaku di sana” macam macam aku fikir pada masa tu, memikirkan tentang emak yang sentiasa dengan bapak, susah senang, selalu bersama, tak pernah berpisah, tak perna berjauh…………………………………………………….

Sampailah, tiba masa landing di bumi sabah… keluarga fiancé dah tunggu kat airport. Kami terus gerak ke kampungku. Di dalam perjalanan, aku banyak diam seribu bahasa, melayan perasaan.. ku biarkan Future FIL, fiancé dan future MIL berborak. Bila dorang soal, barulah aku menjawab…Makcik fiancé tidur sebab dia tak sihat,.. Future FIL memandu laju dan dalam masa nak dekat dua jam dah sampai kat rumah ku….

Jam 12am, Setibanya di perkarangan rumah aku terus meluru masuk ke dalam rumah, aku dan mencari emak dan terus peluk emak :”( … emak menangis dan terus menangis, ku tahan air mataku dan ku usap blakang emak supaya tenang dan bersabar… dan aku terus meluru di sebalik tirai kain, di sebelah kain tu ada sekujur tubuh yang di selimuti kain yang mengandungi kalimah “lailahaillallah muhammadarrasulullah” air mata ku berjujuran jatuh…………

Aku ingin menangis semahu mahunya, tapi hati ku berbisik “sudahlah emma, relakan bapak pergi, ajal semua di tentukan oleh Allah, mungkin bapak sudah lama menahan kesakitan, tapi bapak sudah tak mampu, bersabarlah emma, jangan terlalu bersedih di hadapan emak, kena kuat ”…………………

Habis jek family fiancé baca yaasin, dorang mintak diri nak carik hotel malam tu. kat rumah kami masa tu dah penuh sesak dengan sanak saudara arwah bapak….

Pada malam tu, aku hanya mampu berdoa di dalam hati, untuk membaca surah yaasin tak dapat sebab pms.. dan pada masa tu, kami berganti ganti jaga jenazah bapak. Tapi, aku langsung tak tidur, dan aku baring sebelah jenazah bapakkkkkkkkkkkkk :’( dan bila kakak-kakak ku buka kain yang menutupi wajah bapak, ku tatap wajah bapak lama-lama, ku usap jugak dahi bapak berkali kali … wajah yang senantiasa menanti kepulangankuuuuuuu.

Bila hari dah siang, mulalah lah orang ramai datang ke rumah sebelum urusan pengkebumian. Ramai orang datang bersedekah, peluk emak,. Terlalu ramai sanat orang datang, penuh di dalam rumah dan di luar rumah…
Aku langsung tak berjauhan dengan jenazah bapak. Dari aku balik sampai lah saat-saat bapak akan di kebumikan.. semasa sebelum jenazah bapak di mandikan, aku tetap duduk bersebelahan jenazah bapak… ketika jenazah bapak hendak di mandikan, aku rasa, jika aku anak lelaki bapak, mungkin aku juga akan jadi macam abang sulung aku, sebab semua urusan dari gali kubur, mandikan jenazah, mengkapankan, sembahyang jenazah dan sehinggalah menimbus kubur semua abang aku buat….. ketika mencium dahi bapak, hanya tuhan yang mengetahui perasaanku ketika itu…
Selepas bapak di mandikan, pakcik ku suruh kami adik bradik semua untuk datang tengok bapak di kapankan… aurat bapak memang dijaga rapi… aku lihat sehelai demi sehelai kain kapan, itulah kali pertama aku melihat… sebab aku seorang yang penakut, dan bila ada kematian, memang aku sangat takut untuk lihat jenazah. Tapi bila dari kalangan keluarga, semua ketakutan lenyapp. Ketika Sehelai demi sehelai kain kapan membaluti jenazah bapak, aku terus menangis, dan emak datang untuk tengok jenazah bapak, emak nangis….. aku usap blakang emak. Aku takut emak tak kuat, tapi emak seorang yang kuat…………..
Ketika jenazah bapak dimasukkan kedalam van jenazah, dalam hatiku berkata ‘bapak, inilah kali terakhir jasad bapak berada di rumah ni’………………………
Sesampai aku di perkuburan, jenazah arwah bapak telahpun di masukkan ke dalam liang lahad. Dan tanah mula menimbusi liang lahad dan sehingga jenazah tidak kelihatan….ketika itu, aku menahan tangis, dan mencari kelibat emak.. dan ku lihat emak di papah oleh kakak… dan bacaan talkin bermula dan setiap kata-kata imam, emak menitiskan, dan aku duduk di hadapan emak, dan berkali kali menoleh untuk melihat emak… makcik-makcik duduk sebelah emak dan usap bahu emak,..
Setelah selesai pengkebumian, seorang demi seorang melangkah pergi dan emak dua tiga langkah dari kubur bapak sambil berkata “kami anak branak balik dulu…………………………………”
Selama tiga hari tahlil untuk arwah dan solat maghrib dan isha’ secara berjemaah di rumah ku.. Ramai sangat kaum lelaki tiap malam dan perempuan pon ramai berjemaah skali..
Fiance jugak ada kat rumah sehinggalah hari ke-3 kenduri arwah. Fiancé guna pakaian arwah bapak. Masa solat Jemaah maghrib dan ishak fiancé guna baju melayu dan kain yang selalu arwah bapak pakai semasa pegi masjid, semua orang tengok fiancé dengan hati sayu, termasuklah emak… masa fiancé nak balik haritu, fiancé pesan, fiancé nak seluar arwah bapak yang dia guna selalu masa kat rumahku.  aku pon gitau emak, emak senyum dia kata ‘bagilah kat fame’……………..  sebab seluar tu arwah bapak selalu pakai..
Sehinggalah sekarang, aku masih lagi macam rasakan yang bapak masih ada,.. mungkin sebab duduk berjauhan…. Semoga bapak tenang di sana…….
Hari ni 4hb November. Aku baru ingat pagi tadi, rupanya semalam dah genap sebulan aku bertunang dengan fiancé… majlis ku, tetap jugak di teruskan, sebab arwah bapak ada pesan kat emak ‘teruskan sajalah kahwin si .. (nama manja), kalo aku nda sempat sudah buat doa selamat saja’.. masa aku gitau fiancé yang bapak ada cakap macam ni, fiancé rasa nak nangis masa kat perkuburan… fiancé kata, “dalam sakit2 bapa.. bapa masih teringat pasal majlis kita”…..
Pemergian bapak, ramai yang menangis, adik bradik bapak yang lelaki dan perempuan semua menangis, kawan2 lelaki yang rapat dengan bapak, ramai yang menangis…
Dalam semua2 tu, banyak pekara yang membuatkan hati ku sayu…
hari terakhir bapak kuar jalan dan memandu sendiri iaitu hari sabtu (24hb) bapak pegi beli kayu papan untuk pelamin ku. Ya Allah, sayu hatiku masa aku balik, kakak tunjukkan kayu plamin yang bapak beli………………………….. :’[
Ke dua, bapak banyak berpesan pasal anak nya yang dua orang ini, iaitu aku dan kakak aku yang sorang yang belum berkahwin. Dia kata kat mak, mungkin dia tak sempat nak mewalikan kami berdua. Pada masa tu, emak tak nak bapak kata macam tu, emak suruh kuatkan semangat kat arwah bapak…
Ke tiga, bapak, bersungguh-sungguh renovate rumah. Dan sampai skang semua dah siap dia buat sampai lah hari2 terakhir yang dia dah tak larat tapi semuanya dah siap…
Tapi, semuanya dah di tentukan oleh yang maha esa… semoga arwah bapak tenang di sana.. anak mu sentiasa mendoakan mu bapak. Kami sekeluarga sentiasa merinduimu mengingatimu dan mencintaimu selalu……… al-fatihah…
-->
Nak tahu,, Emak dan arwah bapak adalah pasangan yang selalu bersama.. ke mana selalu bersama.. aku paham prasaan emak. Memang sukar untuk hilangkan prasaan sedih tu, ia mengambil masa yang lama, 'mak kuatkan semangat mu, anak mu sangat menyayangi mu, jaga kesihatan mu emak'…
(sedangkan putus cinta kita dah nangis bagai nak rak, ni kan lagi kehilangan suami)

Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign