Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

12 Disember 2012

KAD JEMPUTAN KU

-->
Assalamualaikum..

Susah sangat nak luangkan masa kat sini. Siyesly, hati aku dah berada kat kampung.. walaupun baru minggu lepas balik sini. Ekceli, tak lama lagi, aku akan menamatkan zaman bujang sweet sweet gitu la. Kiranya, darah manis. Camtu la kowt.. skarang, aku masih lagi dalam kekejutan di atas pemergian ayahanda tercinta. So, perasaan untuk happy, hu ha hu ha or sewaktu dengannya, mungkin agak suram sedikit.. aku masih lagi menjalankan kehidupan macam biasa. Masih ok~!. Tapi, still jugak dengan perasaan merindui arwah bapak. Selepas kengkawan tahu dengan khabar berita menyedihkan, ramai kengkawan tanya aku. Tanya samada aku OK ke tidak.. memang aku sangat2 sedih dengan pemergian bapak, sebab aku tak merasa untuk menjaga arwah bapak kat hospital. Masa balik kampung masa e-day tupon bapak ok sihat Cuma tak batuk2 dan demam..

Aku ada call emak, tanya emak macam2 dan aku kata kat emak yang aku nak ziarah kubur bapak sebelum hari pernikahan ku nanti. Emak kata, nanti pegi ramai-ramai :’)..  kenapa ehh, kekadang aku rasa bapak masih ada kat kampung, dan aku cam tak percaya yang bapak dah takde. Sampai termimpi mimpi, yang seolah olah, bapak masih ada. Bila tersedar, oh semuanya hanya mimpi dan kenangan bersama bapak.. Yang sebenarnya, apa yang aku alami skang ni bukan mimpi, tapi realiti.. macam tu skali kan? Baru skarang, aku terasa, sangat sangat kehilangan..

Seperti yang kalian tahu, majlis perkahwinan aku akan diteruskan. Kami sekeluarga mengambil keputusan untuk meneruskan majlis dengan kesederhanaan. Maybe majlis doa selamat.. haritu, arwah bapak, nak sangat edarkan kad jemputan kat saudara mara dekat beaufort.. tapi hajat bapak tak kesampaian, dan kakak dan abang aku yang akan pegi edarkan kad2 jemputan ku……..





Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign