Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

06 Disember 2012

Terima kasih...

-->
Assalamualaikum…

Aku tak tahu kenapa, skarang aku teramatlah sensetif dengan bunyik bising yang kuat or sewaktu dengannya.. Hati aku rasa cam lain macam jer.. maybe memang kot, sebab aku masih lagi bersedih. Dalam beberapa hari ni jugak aku selalu mimpi arwah bapak,. Tapi mimpi aku tu, macam lebih kepada bercuti bersama family.. sebab, tiap kali aku balik kampung, kekadang aku bawak family jenjalan.. last aku bawak dorang masa pegi pulau Manukan raya hari tu… Tak sangka, itulah kali terakhir percutian kami sekeluarga bersama dengan arwah bapak.

Bila aku fikir-fikir balik, rupanya dah banyak kali tuhan bagi kesempatan kat aku untuk bertemu arwah bapak. Sebenarnya, aku tak kan balik kalo bukan ada majlis pertunangan dan perkahwinan ni.. maybe aku akan balik pada Januari tahun depan. Tapi, kita hanya merancang, Tuhanlah yang menentukan segalanya…

Tuhan jugak beri kesempatan kat family aku iaitu dalam tempoh sebulan selepas bapak keluar dari hospital,. Pada masatulah bapak banyak bersama emak dan familyku.. aku tak tahu, kenapa tiap kali melihat gambar-gambar bapak aku akan sedih. Ya Allah, kenapalah aku ni kannnnnnn..

Ya,, aku tahu, kita semua akan ke sana jugak suatu hari nanti, hanya masa yang menentukan semua tu kan.. aku bukan meratapi pemergian bapak.., tapi Cuma merindui bapak.. mungkin jugak selama ni bapak banyak menahan kesakitan yang dia alami, mungkin juga arwah bapak nak lawan sakit dia dan nak tunggu di hari perkahwinanku, tapi bapak dah tak mampu katanya.. sebab bapak seorang yang kuat.. bapak banyak menyembunyikan sakitnya……

Banyak yang sedih baca entri aku sebelum ni.. bukan niatku untuk membuatkan para pembacaku bersedih.. aku Cuma mahu menjadikan hasil coretan ku sebagai kenangan.. apa yang kita lalui hanya sekali dalam seumur hidup.. Insha Allah, banyak hikmah dugaan ku ini.

Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak memberikan kata2 semangat, walaupun ianya hanya setakat kata-kata tapi itu sudah cukup bermakna bagi ku sekeluarga.. banyak yang simpati, ambil berat dan berdoa untuk kami dan untuk arwah… terima kasih terima kasih dan terima kasih.. hanya tuhan yang membalas jasa kalian.. :’)

Dahhh,  dahhh.. aku kena kuat, yang pergi tetap pergi.. Insha Allah pa, anakmu ini sentiasa berdoa untuk bekalan mu di sana……







Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign