Followers

18 Februari 2015

Pengalaman menyusukan anak

Assalamualaikum..

Memandangkan esok & lusa cuti, so hari ni banyak yang cuti dah. Bestnya kalo kampung dekat. Apakan daya, jauh~~ kena naik flight dulu, kena spend fulus banyak sikit.. bulan lepas baru je pon balik kampung, seminggu je pon, tapi skejap je rasanya.. T.T

Nah, ini gambar orang share kat pesbuk. So aku pun nak share sikit experience pasai aku jugak..kekeke


Kannn? Ibu ibu yang breastfeed ni kenkadang cam poyo aje kan cam menunjuk nunjuk.. tidakk,, yang sebenarnya , ibu yg bf anak tu hanya nak luah sacrifice dorang untuk khasiat susu ibu kepada anak dalam tempoh yang lama. Nak menempuhi dugaan rintangan, penat lelah, wuu besar pahalanye tau..

Aku dulu sebelum kahwin -> lepas kahwin -> sebelum bersalin -> lepas bersalin, pertama skali yang ada di benak fikiran ku adalah ‘agak2 Allah beri rezeki anak tak kat aku nanti?’, tapi aku slalu berfikir dan menjawab semua soalan di fikiran aku sendiri ‘semua itu datang dari Allah, teruskan berdoa’.. Alhamdulillah, lepas kahwin, dah dapat tahu pregnant.. time dok pregnant tu, asyik fikir lagi ‘agak2, ada air susu badan tak lepas bersalin nanti?’.. aku fikir cam ni pon sebab influence pembacaan kat gugelan ni..  baca kisah2 ibu2 yang tak dapat menyusukan anak..

Lepas tu, aku jawab jugak sendiri persoalan yang berlegar2 ni sendiri dengan muhasabah diri dan ingat Allah, dorang kata mindset jugak penting, okey.

Hari pertama Fiyyaz lahir, aku tengok takde pon tanda2 air susu nak keluar. Nurse memang kata, ransang bayi supaya menyusu, nanti susu lama2 akan keluar. Aku dok kesian baby lapar T.T. siyesly. Sehari semalam, memang tak de air susu.. akak yang depan katil aku, baby dia asyik menangis aje, laparr  ~.~ ,, nasiblah fiyyaz tak merengek sangat. Nurse semua halang ibu2 bagi susu formula atau guna botol kat hospital.. last2 akak tu bagi air suam guna ibu jari. Siyesly, masa tu aku antara ibu2 yang banyak baca pasal info baby baik atau mudarat, sebab yang lain semua2 akak2 yang duduk kampung (kita boleh tau kan??) , jadi rasa masa tu rasa bersalah kalo tak gitau keburukan bagi baby air putih, baby baru lahir plak tu.. tu laa itu je cara nak diamkan baby tu dari menangis (nyaring la jugak).. Fiyyaz tak nangis pon walaupon xdapat menyusu masa tu laa..

keesokkan harinya, bibir fiyyaz dah start kering, petang baru boleh keluar hospital, spatutnya tengahari dah kluar dah, dek kerna fiyyaz muntah2 air (kononya nurse kata aku bg air putih, walhal tak) tapi muntah tu pagi je. Pastu bawak masuk bilik LB balik, cucuk hos sedut air, maybe still ada air ketuban fiyyaz tertelan ke hape, tapi takde dah doctor kata.. selamat, petang dah boleh balik… sebenarnya, aku rasa kesian giler kat fiyyaz sebab tak dapat menyusu, depan katil aku pon anak first, pon belom ada air susu, sbelah dah ada air susu, teruss down giler masa tu.. ok mindset lagi k..

Pepagi sebelom kluar spital, call asben, suruh getready beli susu Anmum yang kecik je, botol susu yang kecik je (sebab botol yg aku beli semua besaw gabak, avent, susah nak sorok kat spital, haha nanti kena tangkap).. tapi, bila tengahari asben bawak, masa melawat tu, aku tak berani pon nak bagi.. aku sabar je..

Petang, masa maghrib, aku balik rumah dah.. Alhamdulillah, aku masatu sakit amat lepas bersalin, jahitan tu yang aku rasa perit nak gerak sana sini. Azab woo.. jadi, aku dah tak fikir bab air susu badan, aku suruh je kakak aku bagi susu anmum kat fiyyaz. T.T .. bukan apa, aku dah lesu sangat dah masa tu, macam baby blues, aku dengan dunia ku. Fiyyaz pon, kakak yang tolong jaga. Emak aku tolong sediakan tungku, air panas untuk tekap kat perut, towel dan besen ada air suam, senang nak buat tekapan.. masa tu baru rasa bengkak, aku cakap kat mak, siap nak nangis, air susu tak nak kluar. Sedeh tau T.T.. bila nurse datang rumah, cek semua ibu & anak, sikit lagi nak terkantoi bila botol kecik fiyyaz tinggal kat ruang tamu.hehe.. nasiblah fiyyaz tak kuning..

Hari ke-4, alhamdulillah, barulah keluar air susu pertama iaitu kolostrum.. bahaginya rasa masa tu, happy sangat.. giveup dah konon sbelom tu.. last2 kluar..

Masa kat kampung, nam buat stok ebm, memang tak laa, sebab, nak hangkut gi Putrajaya bagai, jaohhh~ tu.. so, releks jeww. >.<.. masa ni, takde pon beli breast pump lagi, dok kumpul duit gaji sebulan, hakhak..

Bila dah balik Putrajaya, start buat stok ebm, bertengkek tengkek kat peti ais. Faktor beli peti ais besar gedabak dua pintu tu pon sebab nak buat stok konon.. lerrr, sebulan lepastu, peti ais rosak. Habis rosakkkkkkkk ebm ku itu T.T…………. siap nak marah kat orang yg repair peti ais tu…sedehh

Memandangkan dah nak masuk kerja, stok susu pon xde, give up.. aku tak ajar lagi si fiyyaz susu formular dan susu botol masa tu, kelam kabut jadinya… pastu redha je, berserah je.. hantar kat pengasuh, dengan stok susu yang di pump kat ofis setiap hari.. pengasuh dah start sound, cakap susu yg aku bekal tu tak cukup, then redha, beli susu formula utk fiyyaz, sebagai backup. Sedehhh…

Akhirnya, pengorbanan aku tu Cuma bertahan 5 bulan lebih, seusia fiyyaz masa tu.. rasa nak nangis kene stop. Sebab mak suruh stop, tu pon sbelah je ada air susu, sebalah dah kering.. sedehhh..

Sehingga kini (eceh), segala peralatan
1.      Bantal menyusu
2.      Beg menyusu & beg pendingin (banyak ko)
3.      Pemanas
4.      Pelapik coli (lagi banyak T.T)
5.      Ponco menyusu
6.      Pek ais
7.      Ubat nipple crack
8.      Bekas penyimpanan susu (banyakkkkk jenis plak tuh)
9.      Breast Pump  2 jenis (medela + Eve Love)
10.  Power inverter
11.  Hands free breast pump bra
12.  Buku panduan (free klinik bagi)


Jadi, rasanya nye ke semua tersebut, simpan lah untuk kegunaan si adik.. Insha Allah, rezeki kepada aku dan kalian….Aminnnnnnn


p/s: sebonanyaa, nak stop dah, nak buat next entry.haha. tapi, aku kan suka janji manis, pastu tak update dah, so, paksakan diri. Nah, upah kat korang gambar fiyyaz.kekekek





Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign