Followers

20 Oktober 2013

Kesian anakku :'(

Assalamualaikum.

Dah ada anak ni, duniaku mataku telingaku tubuh badanku semuanya tumpu kat anak. Perasaan cenggini hanya untuk wanita yg bergelar ibu. Perasaan yg sangat manis bagiku.

Tidur ku yg lena sbelom ni betukar menjadi seorang yg ber "mata panda". Kesian..anak ku... ni dah masuk malam ke 6 anakku meragam tatkala malam. semua penghuni rumah risau bila anakku meragam tapi dia tak nangis lama. nangis kejap dan muka macam kebiruan. 

Malam tadi, anakku menangis dan tidur kejap pastu terjaga. Emakku pon turut serta berjaga kejap sebab malam tu dah kul 2am aku cuma terlelap stengah jam je. Emak kata, esok dia nak bawak anakku gi berubat..Aku cuma mengangguk tanda setuju. Kesian anakku, Andai dia pandai cakap sakit dia apa, senang lah hati sikit. Bayi sakit, kita tak tahu sakit tang mana2.

Pernah aku ternangis duduk tepi katil sambil pegang anak yang tengah menyusu. Ku usap dahinya supaya dia sihat dan sembuh dari sakit yg dia rasa skang. 

Esoknya, ada sorang pakcik datang  tengok anakku.. Dia kata, sah!anakku memang kena angin pasang. Dia kata, dia ada ubat untuk budak yg kena angin pasang. Dia kata ramuan yang dia buat tu just gosokkan kat bawah pusat.. Aku berharap sangat sakit yg dia tanggung tu berkurangan.

Aku ada baca info2 angin pasang kat gugel. If bawak ke spital orang kata kena operat if teruk. Aku risau jugak kalo operate. penah aku terbaca ntah kat mana, if operate nnti anak tu bila dah kawen susah nak dapat zuriat..hmm. ntah betol ke tak, semua tu dengan izin Allah juge kan.. Aku try ubat kampung dulu. if taksembuh baru bawak gi spital.

Tiap2 malam aku cuma tidur dalam 2jam paling lama. penah aku lelap stengah jam slebihnya aku berjaga hingga ke siang. Bila siang, anakku ku akan tidur lena. masatula aku akan ambil masa untuk tidur. tp tu pon kejap2.Kepalaku dah start magrain. aku tako kalo aku pulok yg demam. Dah la aku BF baby aku. Kalo aku sakit, mesti anak akan sakit jugak. 

Skang ni, anak tengah tak sihat, ibunnya pon kena jaga makan.. kesian anakku..hmm..

Doakan Anakku sembuh sepenuhnya...

aminnnnnnn
Terima Kasih

2 ulasan:

si gebu berkata...

assalam emma...
sian emma..jaga diri baik2 tau..klau emma sakit lg susah...
ni la cabaran kita sbagai ibu..emma kena tabah..kuat...
Insyaallah tak ada apa2 yg serius...klau tak ok bwak je ke hospital..kita tak tau dia mcmana..lagi2 klau dalaman..
ok emma..sabar ye...

shaheeda berkata...

emma,

1st akk nk bgtau, mak akk dulu selalu balut kan "buah" adik2 lelaki akk, dgn daun mengkudu, setiap hari hingga habis pantang, utk mengelakkan angin pasang

2nd.. istighfar byk2,akk dgr ustaz2 kata, penyakit anak ni adalah kafarah dosa2 kita dulu, so istighfar byk2, mohon keampunan byk2, doa stp masa minta anak sembuh

Sian fiyyaz :(

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign