Followers

09 Jun 2014

Fiyyaz my baby muchuk



Assalamualaikum..

Hari isnin, alah biasalah kalo mood kerja tu agak slow motion gitu. Ginilah lar gamaknya bila dapat kije seawal usia jagung. 5 tahun lebih keja ni, rasa dah macam 15 tahun kerja. Ahh over lah engko emma.. Ni, dah ada anak, lagilaa. Pale otak ni dok pikiaq anak je. Hmm, lemah semangat sangat.

Dah semangat buat kerja ni, rasa penat pulak rasanya. Dah la pagi tadi aku awal bangun, siap kemas rumah, maklumlah rumah ada anak kecik ni, selalu sepah sana sini..

Aku nak sangat story pasal fiyyaz masa dia sakit haritu.. tapi aku kena amek mood dulu baru boleh share ngan korang. Kena carik mood dulu la skang ni ye..

Khamis lepas, moyang lelaki Fiyyaz  sbelah asben dah pergi buat selamanya. Aku pulak yang cam terasa kesedihan tu, sebab aku dah pernah rasa kehilangan di kalangan keluarga sendiri, arwah bapak,. Fiyyaz tak sempat pon jumpa moyang dia.. apatah lagi datuk (arwah bapak) pon tak sempat jugak… Al-Fatihah..

Ni ada gambar terbaru fiyyaz. Maybe ada yang rindu-rinduan kat dia.. hehehe







Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign