Assalamualaikum.
21.12.2013
hoyeeeeah!! my son dah masuk 3 months. Cepat naw dah naik angka bulan nye yep.
Dah 3months budak tu baru la aku bukak blog aku ni. fuhhh. Pas ni rajin la kot
aku nak post new entry, ehem. Maklumlah dah ada Internet zasss berdesup laju je
wifii kat umah ni. Asben baru pasang IP TV maxis fiber, siap channel movie pon
banyak memang aku tak dapek nak siapkan assignment la cenggini. muehehe!
Hari ni, dah masuk
hari ke-3 aku masuk kerja, hmm memang banyak dugaan before aku nak masuk kerja
lagi. Memang banyakkkkk dugaan sampai tak terkata dek lidah nak share ngan
family ngan kengkawan, hanya asben tempat aku sharing segala yang terbuku kat
hati ni.
Dugaan pertama -
4hari before aku start kerja, peti ais kat rumahku rosak. oh! memang aku sedih
giler masa tu, tak tahu nak buat cam na. Bayangkanlah, stok susu EBM yang aku
pump selama sebulan lebih, dah rosak kesemuanya. Masa peti ais kiterang rosak
ni, family aku ada kat sini, so ada yang terlupa nak tutup pintu peti ais
sebelum kiterang gi jenjalan kat Bukit tinggi seharian. Pakej la terus rosak
peti ais tu (dahla peti ais baru ni bermasalah betol). Rasa nak nanges je bila
tengok stok susu ebm semua dah rosak... berair jugak la mata masa tu, tapi aku
cover sebab depan family, kalo depan asben jek, sah2! aku nanges lelaju. Asben
je la yang bagi semangat kat aku masa tu, dia kata ikhtiar cara lain..
Dugaan kedua -
aku try la pump jugak siang esoknya guna pump Evelove flexi yang selalu
aku guna tu, aku beli dengan harga rm599 taw~! $$ memang mahai, tapi demi
anak!, demi full bf!! last2 try punya try, motor pump tu low giler. Aku start
hangin dah, time cenggini pulok dia nak rosak. Terus istiqomah diri, ini dugaan
untuk aku. Memang tak leh guna la jawabnya. So, bila ada orang repair peti ais
keesokannya, aku pon pujuk2 asben untuk beli pump yang baru. Asben memang tak
setuju cadangan aku. Sebab, we all da spend duit beli Pump Evelove Flexi dah
berdesup2 duit nak bayar,. Acctually, sifat aku memang turun temurun ikot
perangai emak aku, yang cepat panik, cepat ambil keputusan melulu,.. aku riso
yang sebonanya, aku dah nak start kerja, kalo nak bagi susu ebm bukan sonang
minah oih,. So, kakak aku cadangkan campur susu tepung. Sehari sebelom aku
masuk kerja, aku pujuk jugak asben pegi beli pump baru.. Akhirnya, asben
setuju jugak cadangan aku (ehem..tu pon sebab Malaysia menang bola lawan
Vietnam..he, sonang la hati kak oih).
Aku pon cadang nak
amek pump jenama avent yang manual. Dalam kepala dah set harga RM190(main
hentam harge!).. So, pegi la kedai ‘Manjaku’ nun kat Bangi. Ahhh sudah!! Dalam hatiku.
Harga bukan rm190 tau tapi rm 299. Makooih.. mana nak carik duit ni. Aku gosok
mata 2 3 kali, bukan rm190 yo!!. Dengan prasaan hampeh terkedu tersedak, gtau
asben, beli pump lain yang under rm200 jek,. Last2 akak kaunter rekeman BP
jenama ‘Medela’ yang ada promosi set. Aku belek harga, RM266 (skali dengan
collerbag pink, botol kecik 3 bijik, ngan Pump manual, ada kepala & puting botol
susu skali).. habaq kat asben,. So, dua2 setuju amek medela je. *dalam hati,
happy sangat!!
Dugaan ketiga –
dek kerna dak fiyyaz jarang jarang guna botol kat rumah, selalu direct jek. Tu yang
masa fiyyaz dok umah pengasuh, budak tu susah sikit nak nyonyot susu. Dia tak
biasa. Aku, kemain risau kat office, takot dia lapar. Aku dah belikan dak
fiyyaz memacam jenis botol, yang paling selalu aku bagi dia botol avent. Tapi dia
tak suka, sebab keras. Dia amek masa yang lama nak nyonyot. Tapi, pengasuh dah
fiyyaz, gtau sebab lubang puting botol tu besaw, so dia tolong tebukkan. Fiyyaz
menyusu gak tapi kauntiti yang sikit. Jumaat lepas balik kerja, ajak asben gi
Alamanda, carik botol susu jenama MAM. Maybe avent tu dia tak suka, bila
pengasuh bagi botol susu MAM, dia abiskan dalam kauntiti banyak. Tu yang cadang
tukar botol jek. Alhamdulillah, sabtu
ngan ahad aku dok kat umah, sempat jugak ajar dak fiyyaz menyusu guna
botol guna botol susu MAM.. Avent, terpaksa simpan, tunggu dia dah besar sikit
baru guna semula..
Dugaan ke-4 – Susu stok ebm aku, sah2 la
takde.huhu. so, aku terpaksa pump susu sehari sebelum masuk kerja. Berapa oz
jek pon kan. Air susu tak banyak mana, dalam sehari paling banyak aku bleh
kumpul pon 10oz. spatutnya dak fiyyaz kena minum 4oz skali minum. Tapi dia guna
botol dalam 2oz jek dia mampu, tapi tak tahu la kalo guna botol MAM ni dia nak
brapa oz skali minum. So, aku dah suruh pengasuh bagi 3oz start hari ni. Hopefully
pengasuh bagi la yer. Dek sebab susu ebm untuk bekalan dia kat rumah pengasuh
tak banyak, so, aku ada gak bagi susu tepung if tak cukup. Ntah dak fiyyaz nak
ke idok susu S26 yang aku telah beli ketika aku cemas masa peti ais rosak.
Hanya doa yang mampu aku buat skang ni. Insha Allah dak fiyyaz ok jek kan..
Dugaan ke-5 – dak fiyyaz
slalu nangis2 smenjak dua ni. Nangis manja plak tu. rasa geram, kena kiss kiss
je la dengan ibu dia. Salah satu nak elakkan marah kat anak kena kiss dan pelok
dia. Tu la yang aku buat masa dia nangis, kekadang kita sebagai ibu dan ayah,
bila anak nangis je, mesti kita stress,, (hopefully kat pengasuh fiyyaz ok
kan).. Bila dah kiss dah pelok2, dah pujuk2, hilang segala rasa stress, rasa
sayang je ada masa tu. gunalah tips ni. (ni pon baca kat mana ntah). Aku ada
belikan puting susu jenama MAM.haha, dak fiyyaz kemain suka. Tapi ayah dak
fiyyaz, habis2an haling, last2 dia pasrah jugak. Aku bagi pon sebab dak fiyyaz
slalu hisap jari tangan dia, kekadang masham bau liur kat tangan,hehe tapi aku
suka.. Cuma takot kuman ke kotor ke,. Ntah la nak teruskan ke tak puting MAM tu
ke tak,. Tengok la nanti kan…..
Tu la Antara dugaan2 aku. Kekadang, niat baik
kita mesti jugak kita akan diberi dugaan, dan aku redha pasti ada jalan
penyelesaiannya. Insha Allah..
Aku berharap sangat air susu bertambah2 dari
hari ke hari. Kalo boleh aku memang tak nak dak fiyyaz minum susu FM, biar dia
minum susu bf jek. Susu bf jimat sbenarnya, FM ni, mahal kemain. Aku beli s26
pon dah RM58 satu pack besar,. Tu pon aku amek s26 sebab aku baca kat tenet,
rasa s26 macam rasa susu ibu. Tak pe la.. harap2 dak fiyyaz nak la minum kalo
dah darurat takde susu ibu masa tu..
K lah, nanti aku
kongsikan gambar dak fiyyaz k.. nip on busy sangat bila dah masuk kerja,.
Doakan dak fiyyaz sihat dah sentiasa di lindungi olehnya…. amin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan