Assalamualaikum…
Hai..(sambil lambai lambai tangan).. memula
pagi tadik agak moody sedikit. Lepas tu control tarik nafasss dan mula mengawal
geram geraman. Biasalah, ibu ibu ngandung ni agak emo sikit, kadang-kadang emo banyak
jugek. Sila berhati hati la yaa. Pepagi mrajok ngan hubby, ntah hape
ntah..bende remeh nak mrajok. Hubby pulok kuat naw sakat I, I dah warning hubby
awal awal, dengan ayat cenggini
“abangg, urat sayang jadi tenggang ni skarang.. jaga abang..jaga!(means awas),.”
Tu la kerja si hubby, smakin di suruh stop,
smakin menjadi jadi. Biasalah, hubby suka sakat2 bini dia ni,..sakat manja
la..hehe. last last dia pujuk jugek.. haa, tau pon ada si baby dalam perot,
bagus pujuk..hee..
Last weeks, adik ipar I dua orang datang
sini, yang lelaki ngan pompuan.. so, bila adik ipar datang, mesti hubby buli
dorang dua ni.. sorang di suruh masak, sorang di suruh macam2.. paling dasyat
adik dia yang lelaki tu ( c awa), kemain kena buli oleh abang dia. (geleng
kepala!).. dah la dia buli c adik gi mandi toilet cangkung. Pastu, c hubby
dengan hati girang mandi kat shower.. pehtu, dia siap mandi siap gelak sakan
sampai semput2 ceghiter kat bini dia ni ha!.. paling I tak dapat tahan gelak
bila hubby buli c awa tu jadi penjaga
lift. Saket perot I gelak.. dek kerna pintu lift kat apartment I tu ada
masalah, kadang2 pintu tu tak bleh nak tutup.. so, dia buli adik dia supaya
pintu lift tu tertutup rapat..haha, kemain la si adik tu bersungguh2.. kat lift
tu yang ada 3 akak tu, ngan 3 budak tecik, c hubby, I ngan c awa..haha..
hubby2..jahat betul kat adik dia..hee..
Sbelom tu… kali ni I nak share gambo masa I
kat GH (Genting Highland)..by the way, we all tak pegi pon naik atas. Just kat
bawah genting jek.. we all gi tempat petik strawberry.. memey mahal kalo pegi
timbang strawberry yang di petik tu.. compare beli kat cold storage or jusco or
carefour or mana2 yang ada jual strawberry import tu, I rasa berbaloi
lagi..hehe. I baru petik dua tiga biji, dah kena seploh hinggit, kalo kat cold
storage tu, dah strawberry besar gedabak, manis pon manis jugek. Tapi keinginan
si ibu ngandung, memang cenggitu la, kena la turuti jugek. Ye dak…hish.
Eh, gambo kali ni, gambo kat taman lavender
GH.. bagi yang minat purple tu, pegi la sini..best best.. tempatnye wangi dan
tenang..takde stresss..tomei jek tempatnya.. k bebeh moh cuci mata dengan
keindahan lavender..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan