Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

18 Julai 2013

29 weeks and 3 days check up



Assalamualaikum..



Checkup – 18.7.2013



Berat : 51.3

Tekanan Darah : 103/67

Tinggi Rahim : 27cm

Kencing (albumin/gula) : (N/B)

HB : 11.6



Alhamdulillah, hari ni semua ok :).. boleh senyum lebarrr. Selalu I mesti ber masalah tentang berat.. ye laa, tiap kali timbang naik berkilo kilo. Kali ni tak naik sangat. Maka tersenyum lebar la akak nurse mengucapkan “kali ni berat puan tak naik banyak..”. ngeh ngeh ngeh.



HB I sebelum ni 12.4, kurang sikit laa.herm sedihh.. dulu memula 13. Makin la makin turun naik turun naik.. tapi belum ke tahap kritikal laa..syukur Alhamdulillah..



Nurse baru nak suruh I buat kiraan tendangan baby. Before ni, dia just suruh pantau2 jek.. semua tanya I pasal bila nak start bla bla bla… maklumlah anak first, banyak yang I tak tahu kan..



Dua minggu lagi, I kena jarum untuk kancing gigi.. bulan lepas skali.. kena dua kali suntikan. Masa cucuk jarum cam biasa lerr saket, lagi tak best bila lengan akan lenguh seharian sehingga ke malam. Keesokkan pagi, kesan jarum akan mula lebam..huhu. mulalah I bermanja manja suruh hubby tolong  itu ini sebab tak larat..hik hik hik



Al-kisah kat office



Adalah hamba Allah ni, datang dan bertanya kenapa kew8 yang I buat bertarikh sekian sekian haribulan. I pon explain bla..bla…bla…. dia nak gaji dia dapat cepat. And so, what happen? Dia membebel dengan speaking London nye, bertapa dia nak bagi tahu yang ilmu di dada and pangkat dia adalah tinggi.ok sekian! dia kata, banyak nak pakai duit before raya ni, nak bayar toll lagi pegi office, minyak, anak bla bla bla.. lastly unfair! Katernyer laa. Yes, kita tahu semua orang perlukan duit..kan. tapi kalo dia cakap elok elok, maybe boleh kot. Benda boleh bincang maaaa~ kalo bab keluarkan gaji itu urusan unit lain, and dia datang just nak tanya why the date begini begitu. So, takde la dia nak kait dengan I sangat.



But, what happen to me? Ada pulok simpati kat I, dan kecoh la warga office kononnye I di marah. Bagi I, biasalah kadang2 kalo kita dalam keadaan terdesak kita akan jadi macam tu jugek. Cuma!, please stop talking about her and me. I takde pon kena teruk sangat. Tapi semua orang cakap “kesian ko emma,” “terberanak la si emma ni karang” “blacklist la kalo dengan pegawai tu” “eh, teruknya pegawai tu” and so on.  Ia sangat sangat men stresskan jiwa i..







Bagi I, diam2 sudah la kan.kalo nak lawan cakap dia, siapa lah kita kan ehh I kan.. I ni kerani jewwwwwww,.



Balik rumah jer, I terus moody. Bayangkanlah, I bleh pulok ter merajok dengan kedai runcit bawah rumah I tu sebab layanan dia hampeh. Sampai I pulang barang dan tak jadi bayar. Isk isk, macam tu skali stress I masa tu..



Ekceli I banyak diam jek, takpe. Before ni pon I slalu buat orang macam tu. apa salahnya bagi kita merasa sendiri. Biar istiqamah diri ni. Bulan ramadhan bulan mulia, jadi marilah bersama2 menjaga bulan yang penuh dengan keberkatan dan amalan pahala yang tinggi bila berbuat baik.



So, abaikan benda yang boleh di abaikan. Toksah fikir, toksah fenin. Nanti stress. I nak cool jek..



K bai bai..

Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign