Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

16 Julai 2013

Scan 4D




Assalamualaikum..



Ahad lepas, I dah pegi scan untuk 4D kat Equine, Seri Kembangan. I dah booking awal2 kat klinik area Equine tu. entah kenapa, I sangat sangat excited bila nak pegi scan. Hanya tuhan yang tahu perasaan I ketika tu. hasben pulok suka naw ugut bini dia ni haaa. Kononnye kalo I lambat bersiap, tak boleh pegi la itu la ini laaaa.eh eh eh laki I ni.. kang I ngan baby mrajok baru tahu.



Masa kat depan klinik, I pulok yang nervous cam nak perasaan nak tahu result exam lah pulok.heee..



I masuk dalam bilik dokter, I ajak hubby masuk. So, sesame la bleh nengok our baby kan.



Memula Scan 2D, dokter kata kepala baby kat bawah, kepala my baby dekat ngan dinding. Maknenye, mesti tak clear la tuh.. dokter tunjuk satu2.. “yang ni kepala dia, yang ni jantung dia.. yang ni badan dia dan yang ni kaki dia”..dalam hati I “ Ya Allah, betul ke semua ni dari adalah pandangan dari dalam perutku??” rasa cam nak nangis jek.. masa dokter terangkan satu satu pon I diam membisu, I lebih focus tengok pergerakan baby kat skrin..



Scan 4D, dokter kata gambar tak clear sangat sebab banyak benda kat depan muka baby,.. comel sangat bila baby tengah tutup muka dia ngan tangan dia, sambil mulut menguap dua tiga kali..err geram tetiba.. kenapa I terlalu excited ni???



Dokter kater, semua normal, bibir dia pon nampak cantek kata dokter, Cuma dia pon sedih sebab baby pemalu tak nak tunjuk sangat muka dia..



Bila dokter tunjuk ginjal dia, Alhamdulillah.. katanyer baby dah boleh kencing.. (masa tengah taip ni pon I rasa nak nanges, ibu sayang baby)tsk tsk tsk.



Lepas scan dokter pon bagi semua gambar ngan video, walaupon tak clear sangat. I tak  kecewa pon kalo baby tak tunjuk sebab supprise kot, kalo bab cost pon tak kisah mahal macam mana. Cukuplah bagi I dia sihat, normal dan cukup segalanya kat dalam perut i..



Bertapa nikmatnya ketika mengandung ni, I rasa lepas bersalin nanti, mungkin akan merindui saat2 mengandung..heee T.T. siyesly.. bersyukurlah dengan apa yang ada skang..terima kasih Ya Allah.. syukur kepada mu.. Terima kasih Suamiku kerana memberikan zuriat, terima kasih emak dan family sebab merestui perkahwinan kami, terima kasih yang tidak ternilai kepada arwah bapak yang ber’ia’2 agar mempercepatkan tarikh perkahwinan agar anakmu merasa nikmat perkahwinan dan terima kasih yang kepada semua yang mendoakan kesejahteraan kepada bayi ku dan kami suami isteri..T.T..sob sob sob….




Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign