Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

18 Jun 2013

Sakit sakit belakangggg ketika hamil


Assalamualaikum..



Semenjak bulan ke-6 kehamilan ni, barulah i terasa saket pinggang yanggggggggggg adoihhhhhhhhh azabbbb.. nak jalan pon kena jalan selowww selowww, jalan tergedek gedek. asyik tetinggal leh hasben jek. hasben suka jalan laju. dulu hasben suka bawak i main kejar kejar, skarang dah i dah pencen, i surrender..he he..



Dalam masa seminggu ni, memang i tak larat ler nak bangun berdiri. nasib baik i dah punggah barang barang masa i bujang dulu, skang dah tak larat, makanya semua tu kena tunggu bila dah bersalin nanti..



kekadang, sengaja buat2 tak larat depan hasben.keh keh. supaya dia tulun tulun i. 



Hasben siap bagi dialog untuk i .. cenggini

 "yang yangggg..nanti kan... kalo orang tanya "ehh emma, ko ni ngandung dah macam sembilan bulan" padahal baru 6 bulan..hahahahahahaha"



huwaaaa! siap gelak sakan kan si hasben i. tak pe, tak pe.. nanti i balas balik..

peh tu, malam tadik i sembang ngan hasben "bang, nanti urut arr ni belakang.sakitt.huhuhu"



hasben pon mula laa pot pet pot pet "tulaaaaa, tak minum susu..abang beli mahal mahal susu tu, semua semua total mau seratuss $$$ lebihhh sudah tu yangggg..bla bla bla bla bla..." 



hmmm hmmm hmmm >.<" pastu ayat hujung hasben yang tak bleh blah..

 "kalo minum susu 3 kali sehari, jangan kata urut ja yang, semua abang sanggup buat, buat apa saja yang sayang suruh, abang sanggup jadi kuli........" 

bahahahaha..so, ini memang memang deal!! jyeah.!!



INFO mengenai sakit belakang ketika hamil..



Sakit Pinggang Dan Belakang (Source: Dr Hamid Arshat)



Sakit pinggang dan belakang seringkali berlaku di kalangan ibu yang sedang hamil. Kesakitan ini menjadi lebih teruk dengan meningkatnya umur kandungan. Keadaan ini disebabkan oleh kelonggaran ligament yang mengikat tulang dan sendi. Ia juga disebabkan oleh posture yang kurang baik akibat kehamilan yang kian membesar. Sakit pinggang ketika hamil ini biasanya tidak ada ubat yang khusus melainkan dengan rehat sahaja, kurangkan berdiri dan berjalan-jalan. Biasanya dia akan pulih seperti sediakala selepas bersalin.



Mengatasi Sakit Belakang Dan Pinggang (Source: Kak Engku Bidan Bersalin)



Sakit pinggang dan sakit belakang adalah gejala sinonim dengan ibu hamil. Ia seringkali menggangu dan membuat ibu hamil tidak selesa malah mengganggu kerja dan aktiviti yang sedang dilakukan. Tiada ubat khas untuk masalah ini melainkan kaedah pergerakan tubuh yang betul bagi mengurangkan kesan masalah ini. Berikut antara cara yang boleh anda jadikan panduan untuk mengatasi masalah tersebut.


  • Senaman khas untuk ibu mengandung baik untuk kesihatan pinggang dan membantu mengurangkan rasa sakit di bahagian tersebut.
  • Postur yang betul semasa mengambil barang di lantai juga memainkan peranan. Elakkan terus tunduk atau membongkok untuk mengangkat barang di lantai. Sebaliknya bengkokkan kaki dan pastikan bahagian belakang anda lurus. Elakkan juga mengangkat barang yang terlalu berat.
  • Pastikan anda duduk dengan posisi yang betul. Letakkan bantal kecil untuk menyokong bahagian belakang. Elakkan menyilang kaki ketika duduk dan jangan mencangkung.
  • Elakkan memakai kasut tumit tinggi. Pakai kasut yang rata dan ringkas.
  • Tidurlah di atas tilam yang tebal kerana ia membantu mengurangkan rasa sakit belakang.
  • Mintalah suami mengurut belakang anda perlahan-lahan menggunakan minyak bayi untuk melegakan kesakitan.
  • Elakkan berdiri terlalu lama.
  • Jaga-jaga dengan pertambahan berat badan anda. Pertambahan yang berlebihan juga mudah membuat anda sakit belakang.

Tips hilangkan sakit belakang sewaktu mengandung (Source: Bengkung Moden)


  • Letakkan bantal kecil dibahagian belakang ketika duduk terutama jika duduk diatas kerusi untuk menyokong tulang belakang sewaktu bersandar.
  • Alas belakang badan dengan bantal sewaktu tidur atau berbaring untuk menyokong bahagian belakang dan tulang belakang. Mengikut kajian, wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur kerana ia membantu pengaliran darah dan oksigen ke plasenta
  • Elakkan dari memakai kasut bertumit tinggi sewaktu hamil kerana ia akan menjejaskan kesihatan tulang belakang anda






Terima Kasih

4 ulasan:

Soffiah berkata...

Tahniah!! awak bakal menjadi seorang ibu. saya sekarang pun sedang hamil anak yang ke-4, dan insyaallah due date saya bersalin bulan Disember ni. Sebelum ni saya pun mengalami sakit2 semua yang awak nulis tu, memang perkara biasa bagi ibu yang sedang hamil dan memang sangat tidak selesa. Tapi alhamdulillah sekarang saya dah boleh atasi semua tu bila saya ambil supplement set hamil shaklee. Maaflah bukan saya nak promosi semata-mata, tapi saya dah cuba dan alhamdulillah ia banyak membantu saya dan saya harap ianya dapat membantu awak juga.kalau awak nak tahu tentang produk tu awak boleh lawat kat sini:
http://syokcariduit.blogspot.com/2013/11/set-kehamilan-shaklee.html

AkuTanpaMu berkata...

Baik punye pancing bisnes...hehe...

AkuTanpaMu berkata...

Baik punye pancing bisnes...hehe...

Time Traveller berkata...

First at all tahniah sebab berjaya mengharungi semua dugaan ketika pregnant..

And second thanks bcoz share your experience here so others can read about it.. Especially advise dan tips2 berguna
..

Tgh cari info isteri asyik mengadu lenguh belakang jer.. Kesian tgk tak smpai hati.. Huhuhuu.. Ok thanks for the tips ya..:D

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign