Followers

16 Disember 2014

cerita ceritun si anak

Assalamualaikum.

Hopefully hari ni mata steady je k. jangan duk senyap, tup tup tidoq hentuk hentuk. Risau pulak aku, malam tadi, fiyyaz meragam je. Mood kurang baik. Demam tak jugak, lapar tak jugak, entahlah kenapa. Masuk rumah baru kot, tu yang dia buat perangai. Kan? Harap2 hari ni fiyyaz dah ok mood dia.. dari kul 6pm dia merengek, kul 10pm baru aku paksa dia tidoq..memang nanges la kat buai. Nak buat camne, dah jatuh sana sini sebab mamai lawan mata ngantok.

Time dia dok meragam, buat susu untuk dia dua tiga kali, pegi urut perut dia, pegi hangkut dia sana sini, pasang tv channel bbtv dengan sound besaq, bagi mamam dia, baring sebelah dia, itu ini semua tak jalannnn, pastu dia nak bukak sluaq dia. Aku pond ok bukak la, pastu dia try bukak pampers dia, aku bukak jugak time tu. tapi still jugak meragam. Pastu aku tukaq pampers baru.. entah apa la yang dia meragam sangat tu. penah jugak terjadi sebelum ni, tapi tu masa dia baby lagi, masa tu aku syak dia sakit perut macam kembung perut gitu. Kali ni, ntah susah nak habaq. Kalo dia pandai nak habaq, dah lama dia jerit jerit gitau sakit kat mana mana, ye dak?

So, malam tadi, memang mencabar la jugak layan dia.. sampaikan aku nak suruh hasbeng bawak fiyyaz pegi luar jenjalan, padahal kat luaq dah gelap gelitaaa.. wawawaaa.. macam dia nak bermanja pon ada jugak laa. Harap harap si anak dah okey mood dia, subuh tadi pon masih merengek jugak..

Kenkadang aku rasa suami pengasuh Fiyyaz sangat caring pasal kiterang satu family ni. Pernah skali tu, aku hasbeng ngan Fiyyaz baru lepas shopping barang dapur, then hujan lebat, dia cam marah kiterang sebab hujan hujan pon kluaq, (haha, walhal hujan baru turun time sampai rumah).. banyak lagi dia sangat prihatin kat kiterang, rasa terhutang budi juga sebenarnya, hanya Allah yang mampu balas jasa mereka, nak balas tak termampu, hanya mampu sikit2 je.. biasalahkan, dia dah anggap kite cam kluarga sendiri, tu yang tegur kalo ada yang tak kena.. hargailah dan mereka seperti keluarga kita sendiri jugak. :) 


Aku share gambar dak Fiyyaz, aku selitkan cerita setiap gambaq k..

 gambar ni masa nak on the way ke Johor. Saje bawak ipar pegi JB, sebab kbetulan dia jaga Fiyyaz sebulan masa Fiyyaz HFMD oktober lepas.. Fiyyaz paling suka jenjalan. Ayah dia gelar dia dengan gelaran *Raja Jalan*.haha

 Tak sah kalo tak terhentuk sana sini kepala dia ni. hero la katakan. yang ni, dia kena kat restoran kat The Mines, meragam merengek nak mintak lepas time aku dukung, pastu, terhentuk bucu meja tang kening dia, berapa cm je lagi nak kena mata, nauzubillah. tu la, staring sangat...


 yang ni masa bawak dia pegi sunway Pyramid.. haha, sewa kreta tecik tomei ni, alih2 dia nak jadi mekanik pulak kat dalam tu, siap berdiri, bertenggek kat pintu, menari. dasattt, last2 hantar semula, bayo pon mahal nak sewa ni. T.T

 if nak bawak dia makan kat luaq, restoran ke kedai makan ke, susah benaw nak duduk diam2 dalam baby chair. asyik nak berdiri je,, kenkadang tu terpaksa ikat guna tali kat baby chair.haha, kenkadang ada baby chair yang nazak dah, memang sah2 terlepas. adeh..

last picture, ni operasi menyepah hanger. senyap2 je kat luaq, rupanya dia sembunyi kat bilik buat sepah.. hobi budak kecik la kan, suka menyepah. kat ruang tamu dia sangat suka sepah, now, dah pindah umah, kat ruang tamu semua dah takde buku buku, ke kat meja tv dah takde isi dah.haha kosong habis, kalo tak, si kenit tu akan sepahkan, sampai la dia puas, the dia tinggalkan bersepah gitu. Nampak handbag ibu ke, beg ayah ke, memang dia korek habis habisan apa yang ada dalam beg, dompet yang berisi duit tu, semua termuntah, bersepah duit ayah Rm50 san sini, singgit singgit tak main ahh kan ayash.kah3. handbeg ibu, paling suka dia buat onar, sampai ofis bila nak bukan handbag, memacam ada isi dalam tu, pernah nampak betri, biskut, mainan dalam handbag tu. haha T.T..

Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign