Followers

15 Disember 2014

Cerita campur campur

Assalamualaikum.

Fuh! Ke sana kemari aku ngan asben gi kejar ofis bawah rumah sewa aku tu, tup tup tak bukak. Ape hal la pulak tutup time aku nak hantar kunci rumah lama.. time aku tak de urusan memanjang je bukak. Sabaq emma sabaq. Aku risau jugak depa marah aku sebab lewat pulangkan kunci rumah lama, siap dah atur ayat nak jawab apa kalo derang dok marah kat aku nanti. Seb baik masa hantar kunci kat ibu pejabat dia tadik, takde bebel or marah. So, blah cecepat lepas serah kunci ngan isi borang keluar rumah.

Memandangkan, next week kami akan terima tetamu, so, aku tengah dok kemas rumah yang tak settle lagi. Yang kat bilik tetamu tu la aku dok longgok kain kain bak banjaran kroker. Tu pon sebab aku main hangkut kain masa pindah haritu, yang lipat semua dah kucar kacir, alamatnya kena lipat semula, kemas kemas!

Bab peti ais aku yang selalu rosak tu, ingatkan takde waranti dah, sebab slalu kan time kita beli barangmesti nak bayo plus plus year warranty. Rasa cam tak tambah tahun, bila dah call kedai tempat beli tu, kata ada lagi waranti, cecepat suruh depa deal ngan Hitachi. Slagi free ni, claim je la. Kalo panggil tukang repair alamatnya kena kluaq duit sratus dua..adehh..

Aku tak tahu la, kenapa mata asyik ngantuk aje start dari pindah rumah haritu. Tidur malam ok je, maybe sebab letih otak dok pikiaq ngan dok letih badan badan sakit sakit lenguh lenguh.

Sabtu lepas, aku, suami dan fiyyaz pegi tengok LAMPU Putrajaya. Haha, kemain berhujan bertiga. Nasib la hujan lebat kejap je, lepas tu cuma hujan renyai. Kira basah jugak la walaupon guna payung. Giler ramai manusia masa tu. dah la perasmian lambat nak mula, meragam la si anak. Masa nak tunggu perasmian t upon 10 minit 20 minit boleh ler Fiyyaz relaks je, tapi bila dah bosan dok tunggu kat situ, mula lah merengek rengek. Semua dok tengok fiyyaz dah berkungfu dengan aku. Adeh. Terpaksalah bawak dia pusing pusing before lampu mula kat istana kehakiman. Settle je, terus cecepat balik. Nasib baik si anak tak demam, aleh aleh si ayah pulak yang selsema skang.hehe.


Aku pon tak tahu, cerita aku dah bercampur campur macam ABC, takpe. Baca je.hehe. nah gambar ibu dan anak :)






Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign