Followers

12 Disember 2014

Pindah Rumah

Assalamualaikum.

Tetiba teringat kat budak cinonet yang tengah duk ngan Mak Su (Pengasuh Fiyyaz). Kalo balik keja petang karang, gerenti aku busy kat dapur,. Mula lah dak cinonet tu cari ibu dia, then merengek *maaaaaa, maaamaaaa, maaa* (panggil mama, tapi aku bahaskan ibu, sokeyy my ayash). Pelik nya, ayah dok depan mata, idok pula dia nak.. pepaham la, dak cinonet tu agak manja ngan aku..

Ramai orang dok kata, my ayash sangat manja & ibu ayah dia terlalu manjakan my ayash. Sokeyy, depa nak kata apa. memang pon, kenyataan nye. Ayah dia kurang la sikit, ibu dia je over kemain, teramat memanjakan ayash. Tak pe, pasni ibu try kurangkan. Sbelom ni, my ayash tak faham lagi kalo nak marah dia, siap gelak gelak senyum manis kemain. *terus hilang rasa nak marah*. Tapi, skarang, bila nak marah dia, terus buat mimik muka kesian, pastu nangis. Kemain manja.

Awal pagi, masa nak hantar dia kat mak su, dia mesti nangis kejap. Sebab dia tahu nak kena tinggal sehari suntuk kat rumah mak tok. Kenkadang tu, rasa macam sebak semacam je, bila nak hantar. Kang resign kang, susah plak.

Bila dua dua kerja, anak kejap je ngan kita. Tu pon dia akan tidur around 10.00pm.. tupon aku dah delay lewat dah, sebab rasa tak puas ngan dia. Tapi, my ayash akan berjaga dalam kul 2am. So, aku akan on tv (pevret channel), bawak lepak ruang tamu. My ayash tidur buai, kalo dah berjaga, lewat sikit nak lelap balik. Kenkadang, aku biar aje dia main kat luar, sambil aku baring kat tepi dia *terlalap jugak, sebab letih*. Masa dia dah nak lelap and puas dah main baru dia akan pegi tempat ibu dia, nak tidur. Baru aku buai sampai dia lelap. Bila dah tak larat nak angkat dia ke bilik, makanya lelap la kami berdua kat ruang tamu.hehehe. cenggitu je kejadiannya tiap pagi buta, bila anak bujang aku berjaga.

Alhamdulillah, my ayash skarang dah makin bijak, makin kuat antibodi. Sbelom ni, slalu demam, sakit memacam. Alhamdulillah, Allah maha menolong hambanya, hujung tahun kan cuti dah tahap darurat,.

Baru baru ni, kami dapat pindah rumah, alaa pindah unit rumah aje. Pepaham la, rumah lama aku tu, bumbung bocor. So, tiap kali hujan yang lebat sangat beserta angin, gerenti akan banjir kat ruang tamu. Aku dah lama besabaq dok ngemop lantai, sebab malas nak pindah hangkut barang, bukan senang nak pindah rumah ni.


Awal bulan November, aku just main apply je untuk pohon tukaq rumah, tu pon sebab my mentua nak datang, maklumlah, hujung tahun kan tengkujuh. Tup2 dapat rumah baru, berkat pertolongan Pak Mat (suami mak su, pengasuh). Cuma, nak angkat2 barang tu, ya rabbi, penat sangat. Habuk kemain, bersin selama 3 hari tanpa henti. Rasa nak demam pon ada jugak. Berkat kesabaran kami, dok angkut barang rumah sikit2, dak cinonet tu pulak, tiap petang mandi dua kali, sebab tolong punggah barang jugak.

Rumah baru tu, Alhamdulillah, dah bersih dah, sebab ada orang yang baru nak masuk sana tak jadi masuk. So, takde kerosakkan, dinding pon cantik jer. Tapi, aku cuci rumah jugak, memandangkan rumah kat Putrajaya ni cepat berhabuk.huhu.

Ok lah, nanti rumah dah cun,dah kemas, baru aku update lagi. Rumah still sepah, sebab, penat sangat, tu yang terbiar tu. letih aku tak hilang lagi sampai sekarang.

Ok bye

muke lepas kena marah...hehehe



Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign