Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

24 April 2013

Gender baby i apa yek?

--> -->
Assalamualaikum..


Semenjak dah jagi preggy mommy ni, asyik makan je la. Mesti ada je nak di kunyah. Lepas makan, confirm rasa full tang peyut. siyesly I happy sangat bila baby bump semakin maju ke depan. Kalo nak timbang berat mesti akan naik dan terus naik.hik hik. Yaaaa, ini la saat yang sudah lama ku tunggu tunggu.. :) next week ada check up, tak sabar rasanya..

Next month jugak my emak, dan my kakak2 datang sini. Bleh arr plan bawak depa jenjalan.. tapi hubby pulok tak dapat nak cuti lama, sebab cuti dia dah tak banyak. Kena simpan cuti la dia pas ni kan T.T … dan mybe my emak mertua (MIL) datang minggu ni ngan adiq ipaq skali..

Nak tahu, smenjak dua ni I dah start sakit2 blakang.. terpaksalah kerah hubby untuk urutkan.. nasib baiklah hubby raaaaajin sesangat (kena puji lelebih sket) layan krenah wife dia ni.hik hik. Sekarang ni, kalo nak duduk, mesti ada alas bantal, kalo tak mesti saket2 blakang ni hah..

Next month pulak ada scan untuk baby bump. Maybe dah bleh nampak gender kot.. tsk tsk. Cepat leww. ini pon tak sabar jugak nak menunggunyer taw.hmm. bila dah tahu gender, bleh arr bawak si ayahnye shopping weee..

Kat bawah ni saya senaraikan tip2 untuk mengesan gender baby kita ye.. dan yg berwarna pink tu yg sedang i alami.. tapi janganlah percaya sangat2, sekadar suka2 je k.. lagipon ibu ibu ngandung ni memang over excitednye.hik hik. jom check it out..

-->
Tanda2 Bakal Mendapat Bayi Perempuan :.

Mengalami Morning sickness di awal kehamilan (buat masa ni takdelah morning sickness nye, kalo muntah pon jaranggg2.. semua orang tegur I cam tak nampak cam preggy sebab steady je “,)

Merasakan beban berat pada bahagian punggung dan pinggul (kalo duduk kat bawah dah start susah nak bangun, tu pon kena slow seloww)

Payudara kiri lebih besar berbanding kanan

Rambut anda berwarna agak kemerahan berbanding sebelumnya

Bentuk perut condong ke arah atas

Perut tampak agak lonjong

Mengidam makanan manis

Sukakan buah-buahan (selalu paksa hubby singgah pasar demi membeli buah2an, kalo tak dapat memang monyok la muke I sampai ke rumah)

Suka minum air atau jus yang bersifat masam

Anda jadi lebih cerewet semasa hamil

Mudah moody berbanding sebelumnya (ya ya memang, selalu marah hubby..hehee)

Kulit wajah mudah bermasalah berbanding sebelum hamil (masa awal2 preggy memang teruk giler, mengelupas kering dan gelap tapi jerawat takde pulok)

Tidak suka makan roti bersama kulitnya ( I bedal je)

Payudara kelihatan mengembang (dari mula2 preggy lagi,,sebab normal nak proses susu kan T_T)

Suka menghadap muka kearah selatan semasa tidur (I mmg feel gilak kalo nak tau arah timur barat selatan utara,wkwkw)

Tanda2 Bakal Mendapat Bayi Lelaki :.
Anda tidak mengalami morning sickness yang teruk pada awal kehamilan atau mungkin tiada langsung (yang ni iye)

Degupan jantung bayi kurang dari 140 kali seminit

Anda rasakan beban berat pada bahagian hadapan tubuh

Perut anda kelihatan bulat sempurna (kalo I tatap peyut bam bam ni memang bulat)

Bahagian aerola akan menjadi lebih gelap (#.#)

Bentuk perut condong ke arah bawah

Sukakan makanan yang masam dan masin (kalo masakan nak masin je, walaupon my kakak dah tegur jangan makan makanan yang masin masin, masam tak pulak)

Suka makan daging dan keju

Tapak kaki selalu berasa sejuk

Tangan selalu kekeringan (kadang kadang)

Suka menghadapkan wajah kearah utara semasa tidur

Bukan hanya anda, tetapi suami juga mengalami pertambahan berat badan (haha, yang ini semestinya, kan hubby kan, asal timbang berat selaaaaluuu naik..hehe) 

Anda akan kelihatan lebih berseri semasa hamil (masa awal2 preggy tak berseri wajah, sampaikan rakan sekelas dah ramal I dapat baby girl, pastu skang kawan@ tegur wajah I berseri2, so.. I confius…)

Hidung tampak lebih mekar

Selalu sakit kepala ( selalu sakit kepala, hubby la yang akan urut kepala ni jika terasa sakit)

Agak2 baby i pompuan ke lelaki?hehe.. ekceli i tak kisah pon, kalo pompuan pon okey, kalo lelaki pon okey.. kalo pompuan bleh tolong jaga adik bila dah besar nanti,,hehe.. kalo lelaki, confirm hubby ajak main game dia jer..heeee.. wahai emma bersabarlah untuk tahu gender baby yekkkkkk..

ok.. 

terima kasih sebab sudi mebaca belog i, muah3

Terima Kasih

1 ulasan:

Unknown berkata...

hehee jijah dah 21weeks baby malu2 nak tunjuk..tp jijah dpt rasa baby apa..hehe

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign