Followers

06 Januari 2014

Masalah masalah...



Assalamualaikum.

Hok aloh!

Kalo senin je, huru hara dunia ku. Dah la smalam, nak tercabut nyawa ni mikirin masalah yang baru wujud. Tak tenang jiwa, slagi masalah tak settle.. monyok mencuka je la ngadap pc tengah-tengah malam pulok tu, , search gugel gugel nih, kot2 masalah boleh settle.haha (gelak paksa).

Pas gugel pon tak dapat jawapan, tambah serabut jiwa tu adalah kot. Asben, kemain kuat lentang tengok bola tengah malam. Aku?? Terus landing katil, ngadap handphone la pulok. Bukak fb, kot2 masalah lupa kejap (Astaghfirullahalazim, zikir emma zikir..tu yang tenangkan jiwa bukan dok tenet yang ntah pa pe).. Ehh, terus nampak gambar profil someone. Giler, laju aku chat dia.

Banyak aku tanya itu,, tanya ini.. Alhamdulillah, dapat la kurangkan beban batu bata dok kepala ni. Malam tu, aku pon tidur agak tenang sedikit sambil pelok2 dak Fiyyaz..

Ntah jam brapa aku terjaga, jam 4am kot, aku terjaga,.. then aku duduk.. bukak mata.. aku pandang skeliling, samar samar je cahaya. Anak tidur, asben tidur (dalam seminit gitu).. tetiba asben bersuara

“yangggg.. kenapa??”

“haa??”

Terus aku kebingungan, terus membaringkan diri, tutup mata lelaju..krohhhhh tidur.

Laaa, pagi tadi, aku bangun je.. aku fikir cam mimpi ja bangun jam 4am gitu. Ntah mimpi ntah idok.. rasa cam mamai/separa sedar. Ni semua gara2 terlalu panik memikirkan masalah yang tak sudah sudah..uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Ni laa perubahan bila dah jadi emak budak. Pe tak nye, dak Fiyyaz dah 3 hari tak berak, kat rumah dok fikir masalah anak je la. Tetiba, muncul masalah baru. Bergabung dah, tu yang huru hara idop aku sbentar.. emma yang skarang ni, banyak pelupa.haha. dulu bagus orangnya. Kwang kwang! *kasi bold

Pagi tadi, dok fikir masalah lagi,, sikit lagi orang langgar aku, nasib la pegawai tu slow bawak kereta, fuh semangat,.! (Monday Blues emma, ko jangan memain, kalo pegawai tupon mamai cam ko? Tak ke arwah gamaknye), focus emma focus,,!!

Alhamdulillah.. skarang dah elok dah. Semua dah settle. Takde mende nak di fikirkan.. yang penting ingat ALLAH, ALLAH maha mengetahui segala yang perlu dan tak perlu bagi umatnya, dan ALLAH maha mendengar segala isi hati doa hambanya yang benar2 ikhlas… Syukur Allahamdulillah..

Note : dak fiyyaz dah 3 hari tak BAB(buang air besar), tp nurse kata normal kalo fully BF.. Insha ALLAH semuanya akan ok.. yang penting nak cari Sunkist, makan sayur bebanyak dan minum air banyak2 juga.. sbb semua Fiyyaz yang akan kongsi rasa dengan ibunya..ok!!



Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign