Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

27 Januari 2014

Fiyyaz si manja ibu ayah

Assalamualaikum..



Tetiba, rindu kat budak tecik ni. Dia la yang selalu buat ibu dan ayah rasa nak bergegas amek dia waktu balik kerja. Geram sangat dengan telatah dia, selalu kena kiss kiss oleh ayah dan ibu. Tapi, Fiyyaz dah pandai marah2 kalo ayah dia kiss, sebab ada misai2  serta janggut tajam tu..hee. Maybe dia rasa rimas kot, budak tu pe lagi teriak sambil nangis tak nak di kiss..hehe. 

Rutin harian Fiyyaz, kalo awal pagi masa nak bersiap gi kerja, macam biasa, Fiyyaz akan terjaga tiap kali aku on switch lampu. Masa tu la aku akan tukar pampers, bagi susu dan time aku mandi dia akan main sensorang sambil baring di sbelah ayah. muehee. 

Waktu balik kerja, ayah selalu lewat sikit nak balik. Macam biasalah, lelaki memang ada masa2 nak spend time with his friends, aktiviti main pimpong. kan? Pernah sekali tu, aku dah mesej ayah Fiyyaz ni, "syg tunggu di basement" . tup3, tunggu punya tunggu, takdok. Sabo je la aku tunggu lama kat basement, dah la panas.hehee.. Dalam hati dah membebel2 nak marah asben, last2 aku nak kenakan asben konon nak diam je bila asben datang. Dari opis sampai la ke rumah pengasuh dak Fiyyaz, aku diam jek. Kemain glabah asben kat sbelah. hak3. Kalo diam seribu bahasa lagi berkesan ye puan2 kalo nak kenakan suami, dari kita dok membebel macam mak nenek. hihiii. Pengasuh Fiyyaz prihatin orangnya, selalu risau kalo fiyyaz sembelit or sakit. So, asben tanya, "kenapa Fiyyaz ni selalu sembelit?" asben tanya aku, lepas aku dok diam memanjang..hehehe. aku dengan slamber jawab "Fiyyaz sembelit ni sebab ayah dia main pimpong".. hahaha, terkulat asben kat sbelah. kwang3

Now, fiyyaz still berak tak macam biasa. hmm, hati ibu ni selalu risau. Macam cara dah aku buat. Kat office selalu tak tenteram jiwa ni. Ingat anak je. Tak tahu dah nak buat cane. Takpe, aku ikhtiar lagi supaya dia berak macam biasa..

Doakan Fiyyaz sihat walafiat ye,,





Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign