9.39PM (selasa)
Assalamulaikum..
Genap, yeah! Ape yang genap?? Ari ni, genap
38weeks usia kandunganku.hmm. bila agaknya baby dalam peyut ibu ni nak keluar
agaknya. Now, aku lebih releks, tak terlalu mengharap baby kluar ikut ketetapan
tarikh yang aku nak. Memey aku nak baby kuar 22hb ni, ehe. Tapi idokler
mengharap sangat, bagi aku “kalo boleh”..
sebab nak sama besday ngan bapak dia ler katakan. Ehe. Kekadang tu, ada la
jugek sambil gosok gosok perut yang berketinggian 32cm ni sambil berkata:
“anak ibu, nanti kluar 22hb ni hari ahad ye nak.”sambil senyum ikhlas dari sanubari.
Tapi, tu laa..tak mengharap kluar awal, kot2
la esok ke lusa ke atau lebih dari 22hb ke.. semua tu ketentuan tuhan. Aku hanya
berharap baby kluar sihat dan selamat, ibu dia ni pun selamat jugek.
Pagi tadi, macam biasalah. Rutin ada checkup
setiap minggu. Ada dua kali lagi checkup. Hopefully, ni la checkup last.hehe.
sebab next checkup 24hb..huhu.. aku pon cam tak bleh bayang lagi, macam mana
aku jadi ibu di usia 23tahun ni.. aku lebih relaks dan lepak atas katil gara2
sakit tulang belakang.
Masa checkup tadi,nurse check kepala baby
memang dah betul2 kat bawah. Sebab langsung tak bleh gerakkan. Nurse takut nak
sentuh sangat perut ku, sebab dia kata ada ibu2 yang kadang2 rasa sakit kalo di
sentuh. Aku ok jek, masatu. Idokla ada apa2 contrction lagi. Lagi satu, dia
kata baby dah penuhkan ruang peyutku.macam nampak padat..haha.senget benget
kalo montot dia kat kanan..
Baby dalam kandungan pon still aktif. Kalo dia
tak gerak waktu siang, Cuma satu cara aku nak pujuk dia goyang, iaitu masa aku
baring. Kalo duduk, jarang dia nak gerak. Sebab padat sangat kot..
Asal aku bangun pagi, mesti perut ku rasa
mengeras, rasa pedih ulu hati. Orang kata, memang normall kalo dah nak dekat2
ni. Bila nak bangun dari katil dengan keadaan perut mngeras, sakit ulu hati,
sakit pinggang macam nak patah, tiga2 skali gus menyerang, fuh(lap peluh) hanya
tuhan saja yang tahu.. miss v still ngilu2. Aku gtau kakak aku, area bawah rasa
ngilu, dia kata, masa dia dulu takde pula..tapi nurse kata normal akan rasa
ngilu sebab kepala baby dah kat bawah.
Skang aku dok mengahafal doa2 masa bersalin
nanti.. aku hafal yang pendek2 jek. Sebab ada yang kata, kekadang kat dalam LR
tu, dah tak ingat apa. Nak meneran je. Yang mudah, zikir2 dan surah pendek. Harap2
bukaan nanti cepat. Senang mudah dan lancer masa melahirkan..aminnnnn…..
Esok, aku kena jumpa dokter. Dah lama tak
jumpa dokter.patutnya masa 36w. tpi nurse tak alert. So, besok je jumpa. Itupon
nurse tak tahu nak refer aku ni nak kata aku ada masalah apa. Sebab semua
ok.alhamdulillah. so, besok scan je laa..harp2 tak lama jumpa dokter. Malas nak
menunggu lama.fuh..
Okai.. panjang lebiaq aku hujah.. nanti next
entry aku citer lagii.. kot2 next entry dah ada baby dah..hikhik..aminn..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan