Followers

06 Februari 2013

6 minggu ;)

Assalamualaikum..

Skang ni I tengah aktif baca info info pasal ibu ibu pregnant ni. Baca kat tenet, beli buku2 ibu hamil.. kemain I rembat dua tiga ketul kat mph. memang agak pelik la skang, sebab I suka membaca. I ni la manusia yang jarang jarang membaca, kadang kadang tu adelah. Kiranya bukan ulat buku lahhh. Hubby I jek yang rajin. Kat ghumah semua buku buku hubby. I Cuma ada buku study jek. Hik hik. Kalo I ada beli magazine I just belek belek pehtu tutup dan dah tak baca..begitulah habit i..hehe.. Skang ni I terajin pulok. So, I la paling banyak beli buku banding hubby..

Dek kerna buku dah makin banyak kat ghumah. Semua jenis buku pon ada, I bercadang nak beli rak buku. So, senang la I nak membaca buku2 hubby yang I tak pernah sentuh tu. hehe.. *please hubby nakk rak buku 1 pleaseeeeee..

Hari ni dah masuk enam minggu lebih.. camner la ghuper my baby inside ni ya.. tak sabar rasanya nak tengok pewot ni memboyot.hehe.. *orang kater comel kalo dak tecik jadi mak buyung ni..hihii.. hopefully kandungan senantiasa sihat dan aktif kat dalam tu yep..

Info minggu ke-6 :

“Minggu ke-6 kehamilan, ketika ini ramai wanita mengalami mabuk hamil. Uterus mula membesar dan menekan pundi kencing. Pada masa ini perubahan hormon dalaman tubuh boleh menyebabkan anda rasa letih hingga minggu ke 7. Anda juga mungkin kurang selera disebabkan loya.”

Buat masa ni, I tak mabuk mabuk. Masih still ok, Cuma letih tu iye. Baru jalan sikit letih.. bab selera makan, I ok. Kadang2 sebab malas nak makan.hik hik… tapi ingat kat baby, I makan jugak. Tiap jam I makan.. kawan i yang dah penah pregnant cakap setiap dua jam kena isi perut, jangan biarkan perut kosong..haha, I pe lagi melantak setiap stengah jam, haaa cane laa tuh?..

Tapi, I agak kuat makan la jugak, sampaikan I mintak nasi hubby sikit sebab masih tak kenyang kenyang.muahaha. hubby dua tiga kali cakap “syukur Alhamdulillah”.. pe taknyer, I tak pernah mintak nasi dia, selalu I la yang bagi dia nasi I sebab tak habis. Kali ni dia yang kekenyangan awal.hik hik..

I nak sangat tahu 6 minggu camne keadaannye..

Macam ni la kot.. :))))..

K lah.. I dah mula lapar.. I nak makan dulu. K bai…



Terima Kasih

1 ulasan:

azizah :) berkata...

alhamdulilah tahniah yunk :) biasalah tu sentiasa lapar.. jijah pon sama.. hee jangan tak makan tau!

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign