Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

10 Julai 2014

Madu Arab asli Al-Egypt

Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita pasal Madu Arab asli Al-Egypt. Aku baru beli online dari facebok. Err tak pernah beli online. Ini la firstime. Aku jarang nak beli online sebab sini senang nak dapat apa yang di mahu. Lagi satu aku takot2 kalo benda yang di nak tu tak dapat. If nak beli baju online, cam tak konfiden sesuai kat badan.. ahh dah melalut ke lain dah..

Dek kerna udara kat Putrajaya ni tak berapa nak bagus sangat, kenkadang bau asap tu kuat je, hujan ke tak ke sama je, dan haba panas. Anak pulak memang cepat kena sakit, maybe antibody tak kuat, walhal ibu dan ayah jarang demam, jarang sakit.. *Cuma lepas bersalin ni, aku cepat kena sakit*.. Aku pon cari la inisiatif nak kurangkan sakit dan kuatkan antibody dia.

Aku beli ahad lepas, before bayar tu, tanya dulu kat asben, ok tak produk nak hilangkan selsema & kahak baby?.. asben on je masa tu. harag RM62.  Lagipon untuk Fiyyaz, sanggup la buat apa sahaja.. walhal, aku just tengok facebook produk tu, tapi tak tahu jenis produk tu apa, macam mana dll. Kiranya, rembat tanpa tahu rupa sebenar.. lagi satu, feedback dari orang ramai pon ok.. anak dia yang selsema berbulan-bulan terus ok.. aku pon beli je.

Lusanya, kawan ofis pegi outstation kat area kedah nun, so, dia offer sapa nak madu tualang nanti dia beli. Aku pon deal dengan kawan ofis sorang lagi, nak share je madu tualang tu. RM50 sebotol, bagi dua. Deal! Madu tualang lagi ok, sebab dia cari madu ni dalam hutan, tu mahal sikit.

Tup-tup, produk yang aku beli online pon sampai. Aku bukak..laaa madu jugak.. Madu Arab asli.. ok, kawan yang aku deal tupon tak kisah nak share ke tak, sebab dia pon macam aku jugak, koleksi madu kat rumah banyak..hehe..


Antara kelebihan Madu Arab asli Al-Egypt
-madu yang termahal
-lebah yang menghisap madu ini menghisap nectar dari pohon kurma dan pohon sidr yang memiliki penyembuhan yang baik
-madu arab lebih likat (keran kuantiti air dalam madu adalah dangat sedikit
- Mengandungi vit A,B,C dan E
- Mempunyai zat galian dan kecergasan minda
-Merawat demam dan sebagai antibody
-Merawat lelah dan paru-paru berair
-Menegangkan kulit muka / awet muda
-Memudahkan proses penghadaman
-Menambah hormone
-Merawat luka
-untuk orang yang bekerja kuat dan bersukan

Cara pengambilan / dos
Dewasa - 1 sudu pagi sebelum sarapan
Kanak-kanak - 1/2 sudu pagi sebelum sarapan

*Pengambilan Madu Mesti Menggunakan Sudu Plastik Dan Elakkan Simpan Dalam Peti Sejuk.

"Madu Arab Diimpot Dari Iran Yang Mana Lebah Disana Sangat Gemar Menghisap Madu Dari Bebunga Pokok Kurma , Tin, Delima Dan Zaitun. " Itulah Kelainan Madu Arab 

Terima Kasih

09 Julai 2014

Menu simple bulan Ramadhan..



Salam..



Hai.. aku rajin nak update blog. Ye, yang ni je rajin..

Yang lain cam lemau kemainn.



Aku nak ceghite pasal makanan..

Ramdhan kali ni, aku rajin sangat masak kat rumah.

Asben pon pelik.. siap ayat sindir bini dia taw (^,^)”

“yang, puasa kali ni rajin masak kat rumah”

Ok.. bisa ayat asben tu..haha



Yep, tahun lepas ada alasan kalo buka kat luar atau ke baazar ramdon..

Tahun ni, idokler dapat alasan indah ibu ngandung..

Better berbuka kat rumah..

Lagi jimat, lagi sedap, lagi berkualiti.kah kah kah..



Lagi-lagi si anak yang aktif naw tu.

Bila kat walker, rajin naw dia lawat ibu dia kat dapur.

Kalo merayap, pon sampai gak ke dapur.

Kenkadang singgah stor bilik satu sambil ketak ketuk kat sana.

Bila ibu munculkan diri depan dia, laju je menyerbu kat ibu.

Kalo tak pandang wajah ibu ni, hah! merengek la dia..

Padahal, ayah dia ada je depan tv tu hah!..



Kalo bawak buka kat luar, contoh kat restoran.

Ok. Dia punya ragam, nak di dukung, nak mintak makanan.

Memacam laaa..hehe..

Tu yang lebih elok duduk rumah diam2,

Berbuka kat rumah.



Ahad lepas, aku, asben ngan dak fiyyaz pegi baazar Ramadhan.

Fiyyaz diam aje duk diam di dukung leh ayah dia.

Maybe dia kepanasan tu..hehe.. tapi dia sonok dapat jenjalan..

Beli la beberapa jenis makanan..

OK la jugak RM16 je total semua..

(roti john+nasi goreng+mee goreng+jus tembikai+cucur udang+mee sup)

Ok tak??

Banding sbelom ni, kemain sampai puloh puloh..



Menu berbuka slalunya masak simple aje..

Antaranya ni..

Yang lain tak snap pon..hehe..

(masak cepat, siap cepat sebab before puasa aku dah siap-siap blender semua bawang merah, bawang putih dan cili kering.)

Sila buat cam gini, gerenti masak cepat..




Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign