Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

16 Januari 2014

Alahai anak ibu

Assalamualaikum.

phew!~

Mata sembap plus ada iras-iras panda CUTE. Akibat jadi pak guard, anak asyik merengek tak mahu tidur. Ibu mana la yang tak pernah alami cam aku rasa semalam,. aiseh. ahh, baby lagi, belom tahu apa-apa. Anak first la katakan, memanglah banyak cabaran.

Dah ibu pujuk suruh tidur, tanak tanak!. Siap bagi jelingan manja kat ibu. Ajak ibu main malam tu, gelak gelak, nangis nangis.. Alahai nak...ibu ngantok. Terpaksa gagahi mata ni, on TV, on Astro, Wifii dah on jugak, bukak recorder drama Korean yang ayah record kan. Ok, jom Fiyyaz teman ibu tengok. Fiyyaz tak nak baring, nak dekat2 ibu jugek. Ibu layann jugak, duduk kan fiyyaz kat riba ibu, sambil fokus translate kat tv. Ayah, kemain tidur sakan. Tak pe, maybe ayah penat. kita dating berdua je. Fiyyaz merengek lagi..ahh dalam hati "nak, ibu nak fokus tengok drama ni, sabar ya sabariah".. Ibu pon direct BF kat Fiyyaz.. Akhirnya Fiyyaz tidur, ibu pulak tak bleh nak tidur, teruskan layan drama korea sampai habis satu episode..

Anak dah mula berjaga malam, ibu pulak dah makin kuat tidur. alahai anakku. Takpe, ibu akan sentiasa layan Fiyyaz. Ibu janji.. Maybe, ni cara Fiyyaz nak spend time bersama. Dulu, masa ibu tak kerja, boleh la ibu tak tidur pon, skarang ni je, ibu kuat naw ngantok. Memang terbit perasaan STRESS. tetiba mengucap.. anak kita, kena bersabar.. kena tahan mata, tahan hati, tahan telinga..hehe. masa kecilnya hanya sekali, nanti dia besar, dia pulak yang akan jaga ibu dia. ye kan ye kan..?hee.

Alahai anak ibu, skarang anak ibu alami sembelit. Maybe tu sebab anak ibu merengek tak tentu pasai. Cian anak ibu. Tak pe, ibu try ikhtiar cara lain pulak. Kenkadang, ibu ada tanya pendapat kawan2 ibu, sebab ibu suka tanya kawan2 ibu, dapat la info pasal nak jaga anak if ada problem sikit. Ibu suka tanya semua orang, walaupon kenkadang yang takde anak pon bagi pendapat kat ibu. Ibu ok je, cuma ibu akan pertimbangkan semula walaupon pendapat tu ada yang ok ada yang tak ok. Contohnya minum air putih/suam. Ada yang siap marah ibu, sebab tak bagi air suam kat Fiyyaz. Bukan ibu degil, tidak! cuma ibu selalu terbaca mengenai info2 bahaya air putih/suam untuk bayi, kecuali dia dah start makan and bagi susu FM.. Dulu ibu bagi Fully BF, sampai ibu di sindir2.. sedih ibu.. Tapi, ibu sabar je.. lain orang lain cara jaga nya. Lastly, masa Fiyyaz tak BAB (buang air besar) 4-5 days, habis ibu di perli salahkan ibu ngan ayah, tapi ayah tolong backup (thanks ayah). Masa tu, sedih jugak. Cuma ibu nak berusaha jadi sorang ibu yang POSITIVE. Ok ibu terima.. sob sob..

21 Januari ni, dak Fiyyaz dah 4 months. Cepatnya anak ibu membesar. Fiyyaz slalu kena kata demok omei omei.. Pernah skali, ibu, fiyyaz di dukung oleh ayah tetiba pakcik tu tegur "eh, baby..ha, besar lagi baby dari awak (anak dia dalam 2 tahun).." ho ho. jauh naw..tak pe, yang penting dak Fiyyaz membesar dengan jayanya, walaupon ada geng office, orang kampung dan emak ibu sendiri kata macam bukan anak ibu je Fiyyaz ni, sebab demok..he he. takpe,,

Nan, kalo ibu dah ada masa, ibu sambung lagi alkisah ni. mihihi

KIM JONG KOOK ku~


Terima Kasih

06 Januari 2014

Masalah masalah...



Assalamualaikum.

Hok aloh!

Kalo senin je, huru hara dunia ku. Dah la smalam, nak tercabut nyawa ni mikirin masalah yang baru wujud. Tak tenang jiwa, slagi masalah tak settle.. monyok mencuka je la ngadap pc tengah-tengah malam pulok tu, , search gugel gugel nih, kot2 masalah boleh settle.haha (gelak paksa).

Pas gugel pon tak dapat jawapan, tambah serabut jiwa tu adalah kot. Asben, kemain kuat lentang tengok bola tengah malam. Aku?? Terus landing katil, ngadap handphone la pulok. Bukak fb, kot2 masalah lupa kejap (Astaghfirullahalazim, zikir emma zikir..tu yang tenangkan jiwa bukan dok tenet yang ntah pa pe).. Ehh, terus nampak gambar profil someone. Giler, laju aku chat dia.

Banyak aku tanya itu,, tanya ini.. Alhamdulillah, dapat la kurangkan beban batu bata dok kepala ni. Malam tu, aku pon tidur agak tenang sedikit sambil pelok2 dak Fiyyaz..

Ntah jam brapa aku terjaga, jam 4am kot, aku terjaga,.. then aku duduk.. bukak mata.. aku pandang skeliling, samar samar je cahaya. Anak tidur, asben tidur (dalam seminit gitu).. tetiba asben bersuara

“yangggg.. kenapa??”

“haa??”

Terus aku kebingungan, terus membaringkan diri, tutup mata lelaju..krohhhhh tidur.

Laaa, pagi tadi, aku bangun je.. aku fikir cam mimpi ja bangun jam 4am gitu. Ntah mimpi ntah idok.. rasa cam mamai/separa sedar. Ni semua gara2 terlalu panik memikirkan masalah yang tak sudah sudah..uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Ni laa perubahan bila dah jadi emak budak. Pe tak nye, dak Fiyyaz dah 3 hari tak berak, kat rumah dok fikir masalah anak je la. Tetiba, muncul masalah baru. Bergabung dah, tu yang huru hara idop aku sbentar.. emma yang skarang ni, banyak pelupa.haha. dulu bagus orangnya. Kwang kwang! *kasi bold

Pagi tadi, dok fikir masalah lagi,, sikit lagi orang langgar aku, nasib la pegawai tu slow bawak kereta, fuh semangat,.! (Monday Blues emma, ko jangan memain, kalo pegawai tupon mamai cam ko? Tak ke arwah gamaknye), focus emma focus,,!!

Alhamdulillah.. skarang dah elok dah. Semua dah settle. Takde mende nak di fikirkan.. yang penting ingat ALLAH, ALLAH maha mengetahui segala yang perlu dan tak perlu bagi umatnya, dan ALLAH maha mendengar segala isi hati doa hambanya yang benar2 ikhlas… Syukur Allahamdulillah..

Note : dak fiyyaz dah 3 hari tak BAB(buang air besar), tp nurse kata normal kalo fully BF.. Insha ALLAH semuanya akan ok.. yang penting nak cari Sunkist, makan sayur bebanyak dan minum air banyak2 juga.. sbb semua Fiyyaz yang akan kongsi rasa dengan ibunya..ok!!



Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign