Followers

10 Oktober 2014

Virus coxsackie, Hand Foot Mouth Disease HFMD

Assalamualaikum..

Hai koranggg! Lama dah tak soseh kat belog ni. Aku lagi aktif nun kat pesbuk, wechat & IG. Maaflah korangg. Eh. ntah ntah dah takde yang kepingin nak baca blog aku. Takpelahh koranggg.

Sebonanya, aku nak cerita pasal anak. Yaa, pasal Fiyyaz. Fiyyaz dijangkiti virus Coxsackie, Hand Foot Mouth Disease HFMD – sakit tangan kaki dan mulut. Ada dokter yang kata nipenyakit bahaya, ada yang so so aje. Meh aku story dari awal, acaner fiyyaz kena k.

28hb/Sept : Malam ahad tu, Fiyyaz cam demam. Tapi bila aku cek suhu dia just 37.4. kira belom di tahap demam. Sbelah malam, Fiyyaz taknak susu pon, just susu sikit sikit. Malam tu, berharap dia tak demam.

29hb/Sept : Isnin-Esok paginya dia tak demam pon. Cuma suam suam je badan dia. Aku pon hantar gi pengasuh cam biasa. Kiranya nak halfday la. Karang ayat nak gitau cc kat office, dapat ke tak.. tapi tak halfday pon, firstly sbb busy sangat, tapi 2-3 kali call pengasuh, pengasuh kata fiyyaz okay, main-main dengan kawan2 dia.

30hb/Sept : Selasa-Fiyyaz dah taka da panas suam suam tu. sebab dia pon cam sihat. Cuma susu taknak minum sangat. So, aku dah pesan dengan pengasuh, bagi fiyyaz makan lebih, sebab susu dia tak berapa nak sangat. *hati still tak sedap, sebab jarang Fiyyaz camni*

Bila kul 5pm, lepas waktu office, bergegas amek fiyyaz, tengok dia sihat. Still gelak2. Takde apa ponn. Cuma aku terperasan, kat tangan dia ada biji2 air. Tapi satu kelompok je la kat tangan..

So, belah malam, ayah Fiyyaz gi main badminton. Mulalah Fiyyaz menangis menangis sampai la kul 12am dari kul 10pm dia berjaga. Asben kul 12 am lebih baru balik, aku gitau Fiyyaz nangis je. Tak pasti apa puncanya. Dua tiga kali bukak baju tengok kenapa. Tapi ok je. Takut sakit perut, tapi tak jugak. Malam tu sampai ke subuh, aku tak tidur lena, berjaga je. Sebab dia nangis, merengek, walaupon mata tutup je masa tu.

1hb/Okt : pagi tu, aku tengok seluruh tangan sampai ke siku dan mulut ada biji2 air, kaki tak banyak sangat.. aku dah risau dah masa tu. Gitau asben, aku tak nak keje, nak bawak Fiyyaz pegi klinik. Sebab takut chicken pox ke, takot alergic sesuatu ke, atau effect dari injection setahun minggu lepas sebelum tu. banyak perkara aku dok fikir.

Pagi tu, terus bawak Fiyyaz gi klinik presint 11,  dokter pompuan tu kata Fiyyaz kena HFMD. Laa, aku kemain tanya kenapa la, camna nak jaga la, pantang makan apa laa. Pastu, dokter suruh kuarantin seminggu, isi borang ntah borang apa. aku pon isi laa.

Fiyyaz cam ngantuk je, tapi susu dia ok. Aku dua tiga kali dok bukak mulut Fiyyaz, risau ada ulser. Sebab dokter kata, Ulser tu yang menyebabkan dia taknak makan dan minum.
2hb/Okt : Aku ada paper law, btw exam aku tak habis lagi. Bayangkanlah, belah malam just belek2 buku je. Sebab memikirkan azab sakit Fiyyaz. Dia kecik lagi,, tapi dah memacam sakit dia alami. Sedih sangat. So, baca buku, tengok Fiyyaz, malam tu jaga Fiyyaz tengok dia, tapi Alhamdulillah, dia tidur nyenyak, tak merengek pon. Susu pon ok jugak.

Siang tu, Fiyyaz sakit sakit pon terpaksa ikut ibu dia pegi shah Alam. Dia dan asben dok tunggu dalam kereta sampai ibu habis exam. Lepastu, tengok area kaki Fiyyaz, dah penuh dah dengan biji2 berair tu. Ya Allah, sedih sangat tengok keadaan Fiyyaz. Mesti sakit, mesti gatal, mesti pedih. Tapi Fiyyaz ok menyusu banyak, makan banyak. Syukurlah, ulser takde lagi kat mulut dia, just kat luar mulut ada biji2.

3hb/Okt : asben bawak kejap Fiyyaz gi Office sebab nak mintak kebenaran kluar awal, bila semua orang tengok Fiyyaz, dorang kata kali pertama nampak budak kena HFMD sebanyak tu kat tangan ngan kaki. Mulalah aku risau, mulalah aku gelabah. So, aku pon kluar awal dari office, ajak asben gi Hospital Putrajaya gi emergency.

Kat emergency, dokter kata, ada baby yang akan kena sikit, ada yang kena banyak. Tapi dia kata syukurlah Fiyyaz tak kena ulser kat mulut, sebab itu yang paling dorang takut, sebab tak boleh nak minum dan makan. Syukurlah, sakitnya kat luar2 je. So, gigihlah aku sapu lotion, mandikan Fiyyaz dengan detol 3kali sehari.

4hb – 6hb/Okt : sepanjang hari Fiyyaz aktif je, takde pula tanda-tanda dia gatal-gatal, tak meragam, still menyusu dan makan. Bersyukur sangat dia sihat walaupon nampak macam sakit je biji berair tu. Ada yang besar2 ada yang kecik biji2 air tu. so, aku just mandikan dengan detol je, taknak pakai sabun, takut pedih.

6hb sampai sekarang. Ipar dah datang sini smenjak isnin lalu, so dia lah tolong jaga masa aku dan asben gi kerja. Skarang biji2 tu dah kering dah, dah jadi kudis, masa untuk mengelupas. Aku still tak bagi dia makan semua jenis lauk. Aku Cuma bagi fiyyaz sayur dan bubur nasi. Sebab aku takut nanti dia rasa gatal. Alhamdulillah Fiyyaz dah beransur pulih.


Fiyyaz senang di jangkiti virus, sebab dia selalu sakit sebelum ni. Apa2 pon, ibu sentiasa doakan kesihatan Fiyyaz. Moga menjadi anak yang berguna, anak yang soleh sampai akhirat  kelak. aminnn

Otw pegi klinik. kesian anak ibu

Masa kat rumah, dia still aktif main-main gelak gelak

masa ikut ibu gi exam kat Shah Alam.
*ada je gambar full dia kat tangan and kaki, tapi aku tak berani gi tengok korangg, takut korang sedih tengok keadaan dia. aku ni hari2 menghadap lagi la, sedih yang amat. InshaAllah, Fiyyaz anak yang kuat lawan segala penyakit*


Terima Kasih

1 ulasan:

azizah :) berkata...

Alhamdulillah fiyyaz dah sihat.. nasib dia masih aktif.. HFMD ni berjangkit. tu kena kuarantin..

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign