Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

15 Ogos 2014

my baby shinung

Assalamualaikum.

Dah lama menyepikan diri kat blog ni,. Lagi-lagi busy dengan study la kerja laa, itu belom busy ke anak. Ye, anak bujang aku tu, dah makin aktif makin manja dengan aku. Tu yang berpisah kejap je,, dah mencari.. maybe si bujang aku tu lebih rapat dengan aku, tu yang kalo ada ayah dia pon dia tak pandang sangat. Hehe..

Haritu balik kampung raya 2 minggu lebih. Kat kampung, Fiyyaz memilih orang dah. Dengan mak aku, mak mertua dll, semua dia tak nak dengan ayah dia pon, dia tak nak, laa pulak dahhh.. tapi dah 2 3 hari cenggitu pastu dia ok sikit, Cuma tetap mencari aku kalo xde depan mata dia. Mak aku pulak try guna spek mata, baru fiyyaz nak, kalo tak, memey dia tak nak langsung laaa.hee.. kenkadang tu, aku gi jemur kain kat nun blakang umah pon, mata dia tajam boleh nampak aku. Mula lah teriak ala2 nangis “maaaaaa~~~~ mama~”..skang budak tu dah suka beno sebut bababa….. mamaaaaa, pastu buat bunyi mulut *POP*.. kat kampung ler dia bergiat aktif buat bunyi gitu. Then gelak gelak.




Actually, geng geng fiyyaz dah mula nak berjalan. Fiyyaz baru start nak berdiri, bertenggek kat meja tv, kerusi dan lain-lain. Fiyyaz lambat sikit kot, tapi aku tak nak la mendesak dia untuk cepat, aku ajar dia slow2 melangkah.. lagipon, lain baby lain kecepatan dia. So, ada baby yang dok ngan pengasuh sama2 fiyyaz dah macam sebaya sebab suka dok berdiri berdiri walhal yang gegirl tu baru 8 bulan, yang fiyyaz dah 10 bulan.hehe. InshaAllah, Fiyyaz akan cepat jalan.. dah pandai jalan, mulalah dia nanti nak lawat aku ke dapuq tu.hehehe..

Ok laaa.. nanti kita sambung lagi k,..




Terima Kasih

10 Julai 2014

Madu Arab asli Al-Egypt

Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita pasal Madu Arab asli Al-Egypt. Aku baru beli online dari facebok. Err tak pernah beli online. Ini la firstime. Aku jarang nak beli online sebab sini senang nak dapat apa yang di mahu. Lagi satu aku takot2 kalo benda yang di nak tu tak dapat. If nak beli baju online, cam tak konfiden sesuai kat badan.. ahh dah melalut ke lain dah..

Dek kerna udara kat Putrajaya ni tak berapa nak bagus sangat, kenkadang bau asap tu kuat je, hujan ke tak ke sama je, dan haba panas. Anak pulak memang cepat kena sakit, maybe antibody tak kuat, walhal ibu dan ayah jarang demam, jarang sakit.. *Cuma lepas bersalin ni, aku cepat kena sakit*.. Aku pon cari la inisiatif nak kurangkan sakit dan kuatkan antibody dia.

Aku beli ahad lepas, before bayar tu, tanya dulu kat asben, ok tak produk nak hilangkan selsema & kahak baby?.. asben on je masa tu. harag RM62.  Lagipon untuk Fiyyaz, sanggup la buat apa sahaja.. walhal, aku just tengok facebook produk tu, tapi tak tahu jenis produk tu apa, macam mana dll. Kiranya, rembat tanpa tahu rupa sebenar.. lagi satu, feedback dari orang ramai pon ok.. anak dia yang selsema berbulan-bulan terus ok.. aku pon beli je.

Lusanya, kawan ofis pegi outstation kat area kedah nun, so, dia offer sapa nak madu tualang nanti dia beli. Aku pon deal dengan kawan ofis sorang lagi, nak share je madu tualang tu. RM50 sebotol, bagi dua. Deal! Madu tualang lagi ok, sebab dia cari madu ni dalam hutan, tu mahal sikit.

Tup-tup, produk yang aku beli online pon sampai. Aku bukak..laaa madu jugak.. Madu Arab asli.. ok, kawan yang aku deal tupon tak kisah nak share ke tak, sebab dia pon macam aku jugak, koleksi madu kat rumah banyak..hehe..


Antara kelebihan Madu Arab asli Al-Egypt
-madu yang termahal
-lebah yang menghisap madu ini menghisap nectar dari pohon kurma dan pohon sidr yang memiliki penyembuhan yang baik
-madu arab lebih likat (keran kuantiti air dalam madu adalah dangat sedikit
- Mengandungi vit A,B,C dan E
- Mempunyai zat galian dan kecergasan minda
-Merawat demam dan sebagai antibody
-Merawat lelah dan paru-paru berair
-Menegangkan kulit muka / awet muda
-Memudahkan proses penghadaman
-Menambah hormone
-Merawat luka
-untuk orang yang bekerja kuat dan bersukan

Cara pengambilan / dos
Dewasa - 1 sudu pagi sebelum sarapan
Kanak-kanak - 1/2 sudu pagi sebelum sarapan

*Pengambilan Madu Mesti Menggunakan Sudu Plastik Dan Elakkan Simpan Dalam Peti Sejuk.

"Madu Arab Diimpot Dari Iran Yang Mana Lebah Disana Sangat Gemar Menghisap Madu Dari Bebunga Pokok Kurma , Tin, Delima Dan Zaitun. " Itulah Kelainan Madu Arab 

Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign