Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

03 Januari 2014

adess pening!



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, settle hantar borang kat Perbadanan dengan bantuan my asben *thank abg* sambil tu pegi JPN buat IC baru, urus MY kID dan Bayar sewa rumah..mak aihhh berkejar... Dah pagi2 ngedate ajak asben breakfast sesame kat KPDNKK. Almaklumlah, selalu bertiga dengan dak cenonet tu. tetiba rindu kat budak tecik itu. Kesian anak ibu sebab tak sihat…

Aku skarang dalam dilemma. Wow ko! Ayat~.. Aku nak carikan dak fiyyaz TASKA. Asben pon on je, bila wife dia bagi suggestion. Actually, ni sebab kawan office kata, subsidi TASKA kan ada, kenapa tak pohon.? Ha’a, baru aku ingat. Selama ni aku buat kew8, kelayakan isi rumah bawah rm3000, memey tak layak.Now syarat dah berubah ke RM 5000, tu yang ajak asben cari TASKA. Cuma, aku tak tahu lagi cane suasana TASKA, sesuai tak untuk baby?
Agak kebingungan daku di buatnya. Lagipon, kita nak anak kita selesa, duit semua tu tak penting. Lagi2 anak first, memang jiwa keibuan cam aku ni memang asyik ingat anak je la di buatnya. So, buat masa ni aku masih berfikir dan takmo buat keputusan melulu. Lagipon proses sesuaikan Fiyyaz dengan pengasuh, still on.

Aku pon takde pengalaman dalam bab2 TASKA ni cane. Tapi, bagi aku, kalo dok umah pengasuh, baby relaks je, if kat TASKA maybe dia bleh dah start belajar memacam. Cuma kerisauan bagi sang ibu tu la, takot crowded, riso baby tak selesa la, memacam~……

Tengah aku dok fikir menda ni, hah! baca kat akhbar, dok citer pasal baby 4 bulan meninggal lepas mak dia amek dari TASKA.. Inalillahiwainalillahirajiun.. kesian baby tu, tak tahu sakit ke apa ke. Kita tak tahu lagi sebab masih dalam siasat. Bila aku baca je pasal khabar berita yang menyedihkan tu, terus aku takde mood.. Ya Alla, engkau lindungilah anakku, hanya engkaulah yang Maha berkuasa..aminn aminnn.. *ibu rindu Fiyyaz..

Terima Kasih

02 Januari 2014

Happy new Year!



Assalamualaikum.

Eh.! 2014 dah. Macam tak sangka je, macam tak sangka je. Pangg!!! Kena penampo skali.

2013, aku dah bergelar ibu kepada dak fiyyaz cenonet tu. Budak tu pon makin lama makin membesar tanpa aku sedari. Dari dia tecik 2.7kg je hah, skang dah berkilo kilo, jenuh jugak ibu nak angkat. Tangan ni, asyik terseliuh je. Muscle ketul2 budak tu, still ada lagi,hehee. Alhamdulillah, budak tupon dah ok dok kat pengasuh. Terpaksa kawal emosi, buang kecerewetan ku bab bab jaga anak. Hari2, dok fikir nak cari pengasuh yang perfect. Hmm, ikotkan hati nak je benti.ahhhhh. kerja seyyh penting!

2013 jugak, saat ku nantikan telah tiba. Jeng jeng.. 30hb Disember 2013 haritu. DOk ngadap pc nak tahu result jam 12pm. Dah check layak ke idok, tak Berjaya.err, sedih frust masa tu. Tapi, dalam hati kata ‘sabar’.. Siri 1 pon tak Berjaya. Pehtu, bawak hati yang lara, balik rumah jak waktu lunch nak hantar stok EBM. Lepas balik umah, jam 2pm tu, aku check lagi. THINK POSITIVE!!. Okeh. Bismillahirahmanirahim……

Jeng jeng….



Alhamdulillah.. happy sangat masa tu. walauponnnnnnnnn. Mahai komain harga rumah ni.. dah la, aku pilih type B.haha. ko memeyh! emma! memeyh! Geng office, rata2 pilih type A. Asben la ni suruh pilih type B.haha. cane la nak bayo ni haih.. asben suruh pilih type B sebab nanti nak dapat type A tu susah sebab beribu orang pohon. So, aku ngan asben beranikan diri pilih type B. Asben ada pohon, tapi nama asben takde. Ntah napa reject, maybe sebab suami istri, so kena drop sorang. Asben pohon type A, dah takde nama. Rezeki kat  nama aku, takpelah.. mahai pon mahai laa… Cuma aku percaya kat kuasa Allah,.InshaAllah ada jalan penyelesaiannya.. Lagipon rumah kat Putrajaya ni la, harga rumah melambung2.. Kalo we all pindah balik Sabah skalipon, bleh sewakan je ke.. ye dak??

Dok fikir mende ni haih..dok excited pulok pasal rumah ..hehe,.step satu, Step kedua dah ok, Step ke3  plak untuk terima secara rasmi tunggu 70% rumah tu siap. Tu pun next year..haha. lama lagi, ye dak eh?

Lagipon, rumah sewa we all ni pun tak besaw mana, aku dok bayangkan cane dak fiyyaz nak main dalam walker dia nanti,. Walaupon dak Fiyyaz dah 2 tahun kot dok umah baru, takpe lah.. kot2 rakyat dah bertambah,,,anak2 selesa la kat umah baru..ececehhhhhh. Hikhikhik.. opssss planning planning..

Dah nama dapat cabutan, ntah napa daku terlalu happy. Dok sebut pasal rumah baru jek kat asben, walaupon before ni, aku la orang yang dok bantah masa asben suruh apply rumah ni..So, tu sebab kongsi kegembiraan kat you alls.hehe..

Meh, I bagi bonus tahun baru gamba anak bujang i.hahaha.. my KIM JONG KOOK. Uwaaa :’)



Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign