Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

09 Julai 2014

selfie*



Assalamualaikum..



Hmm.. aku cam lemau giler pagi ni. Takde mood gitu.. semalam kemain hu ha hu ha kat office. Ni lemau sebab malam tadi Fiyyaz berjaga.. dari kul 1 lebih ke 2 stengah pagi dia dok panjat2 badan ibu.. tu cara dia nak kejutkan aku.. kalo tak jalan jugak, dia memekik la kejutkan ibu dia. Satu pangsapuri dengar suara nyaring dia. Err.. berdesing telinga kalo dia nangis tengah malam..haha. dah la ngantok giler time gitu kan..



Esok esok, ko dah ada anak baru paham, lena tak lena tidur ada anak kecik. Ok, baru aku paham.. kesian kat mak aku.. 6 orang dia kena layan kerenah. Nasib baik la jarak umur jauh sikit, dapatlah emak lena tidur bila dah umur 3-4 tahun. Iye ke lena? Ok, tunggu Fiyyaz dah umur gitu, baru aku bleh citer, takde pengalaman, blagak ada pengalaman pulak.. heee *sengih comel*



Fiyyaz, dari bulan ke bulan, ada je perangai baru dia. Dari nak tidur buai, tak nak buai, skang dah buai balik. Lenguh tangan enjut buai tu, kenkadang join skali lelap, kenkadang Fiyyaz diam je kat dalam buai, sambil perati ibu dia tidur tak hengat dunia. Ok, kenapa aku tak beli je mesin enjut buai tu? aku dah beli satu, tapi letak kat pengasuh. Nasib baiklah pengasuh dia tak mintak beli buai baru,.. ada buai lama kat umah dia yang tak pakai, so, dia bagi Fiyyaz guna.. kat umah aku pulak belom ada mesin enjut. Err.. tunggu la dulu kot, sebab mesin enjut baru tu pon baru beli,. Tunggu ada duit lebih..hehe.. terpaksa lah enjut tangan..



Orang kata, tidur buai ni tak baik..blaa blaa blaaa.. tak pe la.. dah anak nak buai, bagi jela, nak ke bersengkang mata paksa dia tiduq tapi tak nak tiduq. Ke nak jadi mata panda?. ni pon sebab pertukaran bulan dia.. Gara-gara dia sakit masuk ward hari tu, start tu la dia nak tidur buai.. malas nak fikir..haha



Actually, kalo tengok perkembangan anak orang yang baya fiyyaz dah merangkak, dah berdiri.. Fiyyaz still tak merangkak lagi dan tak berdiri lepas tangan lagi. Bak kata depa, lain baby lain perkembangan, nurse pon aritu kata takpe.. lagipon Fiyyaz baby yang sangat aktif, dan kehulu kehilir meniarap.. suka panjat badan ayah ibu dia.. depa kata pulak, kalo baby lambat merangakak tapi nanti cepat berjalan.. sokayyy, ibu fiyyaz ok je, tapi ibu selalu jadi pendorong kat blakang dia..Fyi, gigi fiyyaz baru dua, ingatkan demam haritu nak tambah gigi baru.. tapi, cam tak de je.. baby lain dah 4 gigi kot. Ehh ibu fiyyaz tak kisah lahh.. yang penting anak ibu sihat..



Ni la si budak yang selalu cari pasal dengan ayah dia..

Selfie bersama ibu

Winkkk*



Terima Kasih

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehehe...comelnya dia.. :) xpa.. len baby len perkembangan.. ada yg cepat ada yg lambat... :)



p/s : yup sabah.. Ranau mari.. hehehe

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign