Assalamualaikum..
Kali ni nak cerita pasal Madu Arab asli Al-Egypt. Aku baru beli online dari facebok. Err tak
pernah beli online. Ini la firstime. Aku jarang nak beli online sebab sini
senang nak dapat apa yang di mahu. Lagi satu aku takot2 kalo benda yang di nak
tu tak dapat. If nak beli baju online, cam tak konfiden sesuai kat badan.. ahh
dah melalut ke lain dah..
Dek kerna udara kat Putrajaya ni tak berapa
nak bagus sangat, kenkadang bau asap tu kuat je, hujan ke tak ke sama je, dan
haba panas. Anak pulak memang cepat kena sakit, maybe antibody tak kuat, walhal
ibu dan ayah jarang demam, jarang sakit.. *Cuma
lepas bersalin ni, aku cepat kena sakit*.. Aku pon cari la inisiatif nak kurangkan
sakit dan kuatkan antibody dia.
Aku beli ahad lepas, before bayar tu, tanya
dulu kat asben, ok tak produk nak hilangkan selsema & kahak baby?.. asben
on je masa tu. harag RM62. Lagipon untuk
Fiyyaz, sanggup la buat apa sahaja.. walhal, aku just tengok facebook produk
tu, tapi tak tahu jenis produk tu apa, macam mana dll. Kiranya, rembat tanpa tahu rupa sebenar.. lagi
satu, feedback dari orang ramai pon ok.. anak dia yang selsema berbulan-bulan
terus ok.. aku pon beli je.
Lusanya, kawan ofis pegi outstation kat area
kedah nun, so, dia offer sapa nak madu tualang nanti dia beli. Aku pon deal
dengan kawan ofis sorang lagi, nak share je madu tualang tu. RM50 sebotol, bagi
dua. Deal! Madu tualang lagi ok, sebab dia cari madu ni dalam hutan, tu mahal
sikit.
Tup-tup, produk yang aku beli online pon
sampai. Aku bukak..laaa madu jugak.. Madu Arab asli.. ok, kawan yang aku deal tupon
tak kisah nak share ke tak, sebab dia pon macam aku jugak, koleksi madu kat
rumah banyak..hehe..
Antara kelebihan Madu Arab asli Al-Egypt
-madu yang termahal
-lebah yang menghisap madu ini menghisap
nectar dari pohon kurma dan pohon sidr yang memiliki penyembuhan yang baik
-madu arab lebih likat (keran kuantiti air
dalam madu adalah dangat sedikit
- Mengandungi vit A,B,C dan E
- Mempunyai zat galian dan
kecergasan minda
-Merawat demam dan sebagai antibody
-Merawat lelah dan paru-paru
berair
-Menegangkan kulit muka /
awet muda
-Memudahkan proses
penghadaman
-Menambah hormone
-Merawat luka
-untuk orang yang bekerja
kuat dan bersukan
Cara pengambilan / dos
Dewasa - 1 sudu pagi sebelum
sarapan
Kanak-kanak - 1/2 sudu pagi
sebelum sarapan
*Pengambilan Madu Mesti Menggunakan Sudu Plastik Dan Elakkan Simpan Dalam Peti Sejuk.
"Madu Arab Diimpot Dari Iran Yang Mana Lebah Disana Sangat Gemar Menghisap Madu Dari Bebunga Pokok Kurma , Tin, Delima Dan Zaitun. " Itulah Kelainan Madu Arab
Tiada ulasan:
Catat Ulasan