Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

29 Julai 2013

Sedih pulok tengok u-tube ni..






Terima Kasih

31 week now :)



Assalamualaikum..

Hai. Bila dah gajian tu yang semua orang excited senyum senyum sebab ada KGT dan bakalan dapat bantuan kewangan. Lagilah semua happy. Alhamdulillah.rezeki. tapi, diriku sangat sadis. Kerja tambah la banyak. Sebab ada yang tak dapat kgt, so, kena kerah buat perubahan gaji pegawai. “Hmm. Ok baiklah, SYNP!!” /saya yang menurut perintah.

Actually, I suke bab kira mengira tolak menolak, tambah menambah, bahagi membahagikan  jugek darab mendarab. Semua ada, so I suke! Cuma lepas ni, maybe kurang la beban kerja I ngan patner I tu, sebab big bos dah amek orang baru nak bantu kiterang. So, dah bertiga, kena la bahagikan tugas2 lagi. “ko amek yang ne, aku amek yang ni, dan ko amek yang ni” vahh! Ko hengat ko bos, maka, bos lah yang akan bahagikan, bukan we all yang memandai.

I pon skang tengah tungkus lumus buat ot. Sebab nak kumpul cuti gantian. Maklumlah nak bercuti awal before delivery. Senang lah I nak berehat kat rumah dengan menghabiskan masa before bersalin. Wahh. Tak sabar nak menyambut kedatangan orang baru dalam family kiterangni.

Today, dah masuk 20 ramadhan. Alhamdulillah, buat masa ni I masih lagi full puasa, belom eskep lagi. Baby kat peyot bump bump pon still aktif gerak2 gesel2 tendang2 tumbuk2 aduih saket kenkadang..ngeh ngeh. tak sabar nak tunggu next week, sebab I dah masuk 8 month lorh..wahhhhh.cepatnya masa berlalu.

Now, I still tercari-cari nama baby.hmm. nama gegirl dah ok. Nama boboy ni hah, apelah nak letak, spatutnya dah confirm dah, tetiba ayah dia nak tukar pulok. Adess, hubby memang cenggitu, sesuki hatinye saje. Hubby kater

“alaaa, sayang kan dah pilih nama tang blakang dia, biar abang pilih tang depan pula.”

T.T apa I nak jawab, pujuk hubby memang tak jalan dah.. dah la I ni agak kureng kreatif bab2 nama ni. Tu pon dah nak seabad I carik nama, tetiba tak lepas dari tuan besaw.. almaklumlah, hubby nama dia kan agak2 glemerer sikit, kalo I, seconit tu dah cukup nama I, toksah nak bunga2.. by the way, yang penting ada maksud di sebalik nama, tu je..khen khen?

Ekceli, I nak sangat update belog berjela2 jela, tapi memandangkan I slalu ngantok plus malas bila time rest or free free. Tu yang I jadik tak sempat nak ngapdate belog. Maaflah yer.. kalo I rajin lagi I update lagi.. bye bye..

Salam ramadhan dariku dan baby bump :)

Terima Kasih

18 Julai 2013

29 weeks and 3 days check up



Assalamualaikum..



Checkup – 18.7.2013



Berat : 51.3

Tekanan Darah : 103/67

Tinggi Rahim : 27cm

Kencing (albumin/gula) : (N/B)

HB : 11.6



Alhamdulillah, hari ni semua ok :).. boleh senyum lebarrr. Selalu I mesti ber masalah tentang berat.. ye laa, tiap kali timbang naik berkilo kilo. Kali ni tak naik sangat. Maka tersenyum lebar la akak nurse mengucapkan “kali ni berat puan tak naik banyak..”. ngeh ngeh ngeh.



HB I sebelum ni 12.4, kurang sikit laa.herm sedihh.. dulu memula 13. Makin la makin turun naik turun naik.. tapi belum ke tahap kritikal laa..syukur Alhamdulillah..



Nurse baru nak suruh I buat kiraan tendangan baby. Before ni, dia just suruh pantau2 jek.. semua tanya I pasal bila nak start bla bla bla… maklumlah anak first, banyak yang I tak tahu kan..



Dua minggu lagi, I kena jarum untuk kancing gigi.. bulan lepas skali.. kena dua kali suntikan. Masa cucuk jarum cam biasa lerr saket, lagi tak best bila lengan akan lenguh seharian sehingga ke malam. Keesokkan pagi, kesan jarum akan mula lebam..huhu. mulalah I bermanja manja suruh hubby tolong  itu ini sebab tak larat..hik hik hik



Al-kisah kat office



Adalah hamba Allah ni, datang dan bertanya kenapa kew8 yang I buat bertarikh sekian sekian haribulan. I pon explain bla..bla…bla…. dia nak gaji dia dapat cepat. And so, what happen? Dia membebel dengan speaking London nye, bertapa dia nak bagi tahu yang ilmu di dada and pangkat dia adalah tinggi.ok sekian! dia kata, banyak nak pakai duit before raya ni, nak bayar toll lagi pegi office, minyak, anak bla bla bla.. lastly unfair! Katernyer laa. Yes, kita tahu semua orang perlukan duit..kan. tapi kalo dia cakap elok elok, maybe boleh kot. Benda boleh bincang maaaa~ kalo bab keluarkan gaji itu urusan unit lain, and dia datang just nak tanya why the date begini begitu. So, takde la dia nak kait dengan I sangat.



But, what happen to me? Ada pulok simpati kat I, dan kecoh la warga office kononnye I di marah. Bagi I, biasalah kadang2 kalo kita dalam keadaan terdesak kita akan jadi macam tu jugek. Cuma!, please stop talking about her and me. I takde pon kena teruk sangat. Tapi semua orang cakap “kesian ko emma,” “terberanak la si emma ni karang” “blacklist la kalo dengan pegawai tu” “eh, teruknya pegawai tu” and so on.  Ia sangat sangat men stresskan jiwa i..







Bagi I, diam2 sudah la kan.kalo nak lawan cakap dia, siapa lah kita kan ehh I kan.. I ni kerani jewwwwwww,.



Balik rumah jer, I terus moody. Bayangkanlah, I bleh pulok ter merajok dengan kedai runcit bawah rumah I tu sebab layanan dia hampeh. Sampai I pulang barang dan tak jadi bayar. Isk isk, macam tu skali stress I masa tu..



Ekceli I banyak diam jek, takpe. Before ni pon I slalu buat orang macam tu. apa salahnya bagi kita merasa sendiri. Biar istiqamah diri ni. Bulan ramadhan bulan mulia, jadi marilah bersama2 menjaga bulan yang penuh dengan keberkatan dan amalan pahala yang tinggi bila berbuat baik.



So, abaikan benda yang boleh di abaikan. Toksah fikir, toksah fenin. Nanti stress. I nak cool jek..



K bai bai..

Terima Kasih

17 Julai 2013

muntah seplastik :'(




Assalamualaikum..


Memandangkan I ter datang awal ke office ( *ter yeee terr siap ayat skema engko), maka I dapat lah bersoseh skejap kat belog i. bleh kan? Ish mesti la boleh, dah ini belog I, ye dak?. Entri yang sebelum ni, entri keibuan dan naness naness gittuw, meh la I sambung ceghiter masa I pegi Bukit Fraser and Genting Highland last month. Weh, tak sudah2 si emma ni nak ceghiter kan. Miehehe!. Layan je laaar.


Semasa bertolak awal pagi dari rumah, siyesly I belom isi perut. Terus pegi naik bukit fraser. Ekceli, I Cuma tahu kat puncak bukit, but tak tahu la pulok jalan cam ular, bengkang bengkok. Oh maiii.. lemah segala tengkuk.haha


So, I habaq kat hubby yang I nak isi perut kalo dah sampai atas. Hubby dah suruh I lelap before sampai kat atas, tapi I cam tak bleh nak lelap, hubby bawak kemain macam F1, pe tak nye, slekoh sana slekoh sini. Tambah la I pening kepala..isk isk.

Sampai nun kat puncak, oh maii.. kedai makan takde. Tutup and belom bukak. I dah mrajok mrajok kat hubby, asal bawak I kat sini pong pang pong pang I bebel sebab I lapar sangat. Last2, dalam hati  I berkata-kata


“Masha Allah, kenapa mulut I ni, bebel bebel. Kesian suami dah bawak gi sini buat supprise untuk I ngan baby, I pulok tak hargai.. tsk tsk tsk” terus rasa syahhhduuuuuu T.T di dadaku ini.pehhhhhh 


I pon diam dan happy happy depan hubby, I terpaksa rela beli kat kedai runcit yang ala2 jaman jepung. Beli lah roti bagai air plus ape2 jek. Hubby beli la aiskrim. Yummy..terus tumpang skaki, nak nak nak magnum! 


Dah isi perut we all just pusing pusing area tu jek laa.. masa tu ada pertandingan ,mengenal bunyi burung. Ramai orang dari Singapore datang bawak binoculars.. hubby pulok, dengan baek hati menumpangkan beberapa pelancong yang dah tak larat nak jalan utk pulang ke hotel depa. So, I kater, apa salahnya bantu orang kann :). 


Bila time nak balik I ngan hubby amek gambar jap..hehe.. siap ada yang volunteer nak tolong tangkap gambar untuk kami berdua. Thanks tuk akak chinese itu yer








Lepas da siap sesi amek gambar, we all pon turun dari bukit fraser. Ya Allah, masa tu I rasa pening sangat. Tekak I loya.. I kata kat hubby, slow sikit, hubby kata memang kalo turun bukit cenggini.hermm.. 

I cakap kat hubby, kalo I termuntah camne? Hubby kata ce cari plastic..


Tetibaaaaaaaaaaa……… 


Uwekkkkkk uwekkkkkkk uwekkkkkkkkkkkkkkkk

(penuh sebakul plastik I muntah, segala magnum, cekelat, air ngan roti yang I makan keluar)..herrrrrrrr 


Rasa nak nanes and gelak pon ada. Habes lah muntah yang terkeluar sikit2 dari plastik, tercalit pulok kat baju, kat kain. Ewwww, kesian hubby nengok bini dia azab giler masa tu..ngehhh ngehhh.. 


Masa dah sampai kat area tanah rata, cepat2 hubby amek tisu ngan air mineral. Nasib ada bekal air. Hubby la yang kena buang muntah I sebakul, I lap lah semua muntah2 I kat baju kain, beg I skali T.T. sedih! 


Perut kosong. “abang, sayang mau makannnnnnn (buat muka sedih)”. (ohh bertambah manja I ketika itu, ewwww…  tetiba Ternampak gerai makan tepi jalan masa otw nak pegi GH.. we all pon singgah, terima la makanan apa yang ada kat sana, I ngoder rojak ngan cendol, dan hubby jugek..  


Dah lama I ngidam nak makan mee rojak. Tapi lebih suka mee rojak kat kampung. Nak try buat kat rumah, tapi sampai skang I tak blend lagi kacang goreng i.muehehe! 


Terus we all makan dengan pelahapnya..




Opss.. tengah puasa..hehe..



K bai



Muah muah


Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign