Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 Januari 2014

Kesayangan hamba~


 Assalamualaikum..



Yeee yeee yeeahhh! Besok cuti, lusa cuti, ahad cuti, Isnin pon cuti jugaaaa. Hemohehehe. Dengan ini, aku isytiharkan diriku dalam bahagia yang melimpah ruah, boleh spend time with my son and my husband muah3. Tak de pon plan nak pegi berjalan jauh.. dok umah lagi bagus dari meredah jam jalan raya dan sesak orang ramai.

Cuti2 pon, kena buat homework. EH!, ni ‘rumah kerja’ dirumah jer.hee. homework study daku. Hah! memandangkan skarang, aku dah menjadi 3 in 1, menjadi super ‘IBU’ yang bertauliah, merangkap fulltime housewife, fulltime worker, dan part-time student.


Jadi ibu 3 in 1 ni, harap berbaloi di masa akan datang dan juga di akhirat kelak. Amin. (Syukran kerana meng-‘amin’ kan) Alhamdulillah.


Memandangkan tahun ni tahun last aku study, dan berharap tiada repeat juga berjalan lancar sehingga grad. Weekend pulak kena berkorban tinggalkan ank demi menuntut ilmu. Tatkala malam je boleh manja2 dengan family. Nanti, bila Fiyyaz dah besar, ibu akan cerita segala pengorbanan ayah, dari semester 1 ibu sehingga skarang. Susah senang, ayah je yang bantu. Tak lupa jugak, kawan merangkap bff aku iaitu k.Jun. Dia la yang suka tolong aku kalo asben tak dapat hantar gi kelas. Thanks akak :’).


Next week ada kelas full dari pagi ke petang. Dak tecik tu tinggal kat hotel dengan ayah. Aku sanggup spend bayar satu malam tinggal hotel, untuk anak dan suami. Alhamdulillah, asben pon dah makin expert jaga Fiyyaz,..


Hee, sedehh pulak entri aku kali ni yer.


Di sajikan dengan gambar dak Fiyyaz yang tido kat hotel masa tunggu ibu abis kelas.



Terima Kasih

28 Januari 2014

Jom ambil Tahu

 Tetiba aku rasa nak baca kisah sebenar Syiria. sbenarnya, aku slalu baca kat FB mohon doa untuk rakyat Syiria, tapi aku tak tahu sebab apa, yang aku tahu dorang perang. Aku rasa aku la manusia yang kurang perhatian, bila orang post di FB suruh doakan rakyat Syiria, aku pon doa, tapi tak tahu kisah di sebaliknya.

Hari ni, pintu hati terbuka nak baca peristiwa Syiria, aku rasa naif sangat bila orang cakap pasal Syiria or so on. Aku selalu share and share but tak ambil kisah di sebalik tu. Tu sebab kita kena baca banyak sumber banyak sudut. Ni pon, sebab semalam, aku tengok orang post video budak yang tertimbus dalam runtuhan lepas di bomb kalo tak silap lah, ye laa tak fasih arab..(amek arab tapi dah lupa arabic ni, hampeh).. Kalo tengok video tu, menitis air mata, terbayang anak kecil macam anak sendiri, di perlakukan begitu. Ya Allah..sedih sangat. Bila dah jadi ibu2, cepat sangat rasa nak sedih. hah, cepat2 lah ada anak kalo nak rasa perasaan ni. Bayangkanlah, orang yang macam aku ni, jenis malas nak baca info kecuali berkaitan study or etc baru nak godek google and baca, tapi bila dah anak sekecil itu di seksa and perempuan juga di zalimi, bukan di sayangi..terasa nak marah.

Terasa malu pulak baru nak amek tahu..tapi orang macam aku ni memang patut malu pon.. huhu. Emma, lepasni banyakkan membaca. Inilah punca sebab tak suka ambil tahu.

Jom ambil tahu!

PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.

Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya daripada MUSLIM SUNNI, yang mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum, diharamkan sembelihan mereka, mereka melakukan kejahatan yang pelbagai, mereka tidak solat di masjid kita (ASWJ).
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.

BERMULA ZAMAN AYAHNYA- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46000 ribu penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik sekian lama.
Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu.
Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar'aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.

PUNCA KEBANGKITAN ADALAH : Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN. Slogan ini telah dilaungkan di negara2 yang berlaku kebangkitan rakyat. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak2 itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak2 itu serta kanak2 lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat dimana bila mahu lepaskan kanak2 itu, mereka perlu memberi wanita2 dikalangan mereka untuk dinikahi oleh puak2 kerajaan Syria ini ( satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.

BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH.
1-Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4000 orang rakyat Syria.
2-39000 orang telah cedera, mereka tak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3-Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4-9000 tahanan ditahan.
5-413 orang telah syahid di dalam penjara.
6-Wanita2 diculik dan dibawa ke tempat yang tak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang2, ayah, anak2, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7-Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4 KERAT.. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8-Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9-Menyuruh tukar Laa Ilaha Illah Basyar Asad.
10-Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni..84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar.. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah..Kezalimannya terhadap wanita dan kanak2 juga terlalu dahsyat melebihi Israel..rakyat2 Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah..hasbunallahu wa neemal wakeel..
#RAKYAT YANG KELUAR BERDEMONSTRASI AKAN MANDI DAN BERWUDHUK KERANA MEREKA YAKIN TIDAK AKAN KEMBALI LAGI...

FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut;
#"Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid ; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid" -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.

PERKARA TERBARU
1-Masa depan kebangkitan ini begitu baik. ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang2 yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2-Pertubuhan2 Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai2 Syria memasuki tanah mereka. tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3-Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang SYAHID....
4-95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5-19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.

KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media2, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku di SYRIA..
2-Media2 barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3-Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai2nya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.
4-Jangan terpedaya dengan kenyataan2 yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa yang Syria menentang Israel. Tetapi, sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5-Kita banyak tidak tahu tentang Isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.

PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di SYRIA.

Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan KAMI"
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:

Kalam Saidina Ali KWJ; "Sesungguhnya negeri yang batil itu sejkejap sahaj sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat".

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra' ayat 81;
"Dan katakanlah :Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufurdan syirik) ; sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Firman Allah dalam Surah Ar-Ra'd ayat 17 ; adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.

(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia, disusun semula dari pelbagai sumber oleh Abu Abdullah )

Terima Kasih

27 Januari 2014

Fiyyaz si manja ibu ayah

Assalamualaikum..



Tetiba, rindu kat budak tecik ni. Dia la yang selalu buat ibu dan ayah rasa nak bergegas amek dia waktu balik kerja. Geram sangat dengan telatah dia, selalu kena kiss kiss oleh ayah dan ibu. Tapi, Fiyyaz dah pandai marah2 kalo ayah dia kiss, sebab ada misai2  serta janggut tajam tu..hee. Maybe dia rasa rimas kot, budak tu pe lagi teriak sambil nangis tak nak di kiss..hehe. 

Rutin harian Fiyyaz, kalo awal pagi masa nak bersiap gi kerja, macam biasa, Fiyyaz akan terjaga tiap kali aku on switch lampu. Masa tu la aku akan tukar pampers, bagi susu dan time aku mandi dia akan main sensorang sambil baring di sbelah ayah. muehee. 

Waktu balik kerja, ayah selalu lewat sikit nak balik. Macam biasalah, lelaki memang ada masa2 nak spend time with his friends, aktiviti main pimpong. kan? Pernah sekali tu, aku dah mesej ayah Fiyyaz ni, "syg tunggu di basement" . tup3, tunggu punya tunggu, takdok. Sabo je la aku tunggu lama kat basement, dah la panas.hehee.. Dalam hati dah membebel2 nak marah asben, last2 aku nak kenakan asben konon nak diam je bila asben datang. Dari opis sampai la ke rumah pengasuh dak Fiyyaz, aku diam jek. Kemain glabah asben kat sbelah. hak3. Kalo diam seribu bahasa lagi berkesan ye puan2 kalo nak kenakan suami, dari kita dok membebel macam mak nenek. hihiii. Pengasuh Fiyyaz prihatin orangnya, selalu risau kalo fiyyaz sembelit or sakit. So, asben tanya, "kenapa Fiyyaz ni selalu sembelit?" asben tanya aku, lepas aku dok diam memanjang..hehehe. aku dengan slamber jawab "Fiyyaz sembelit ni sebab ayah dia main pimpong".. hahaha, terkulat asben kat sbelah. kwang3

Now, fiyyaz still berak tak macam biasa. hmm, hati ibu ni selalu risau. Macam cara dah aku buat. Kat office selalu tak tenteram jiwa ni. Ingat anak je. Tak tahu dah nak buat cane. Takpe, aku ikhtiar lagi supaya dia berak macam biasa..

Doakan Fiyyaz sihat walafiat ye,,





Terima Kasih

16 Januari 2014

Alahai anak ibu

Assalamualaikum.

phew!~

Mata sembap plus ada iras-iras panda CUTE. Akibat jadi pak guard, anak asyik merengek tak mahu tidur. Ibu mana la yang tak pernah alami cam aku rasa semalam,. aiseh. ahh, baby lagi, belom tahu apa-apa. Anak first la katakan, memanglah banyak cabaran.

Dah ibu pujuk suruh tidur, tanak tanak!. Siap bagi jelingan manja kat ibu. Ajak ibu main malam tu, gelak gelak, nangis nangis.. Alahai nak...ibu ngantok. Terpaksa gagahi mata ni, on TV, on Astro, Wifii dah on jugak, bukak recorder drama Korean yang ayah record kan. Ok, jom Fiyyaz teman ibu tengok. Fiyyaz tak nak baring, nak dekat2 ibu jugek. Ibu layann jugak, duduk kan fiyyaz kat riba ibu, sambil fokus translate kat tv. Ayah, kemain tidur sakan. Tak pe, maybe ayah penat. kita dating berdua je. Fiyyaz merengek lagi..ahh dalam hati "nak, ibu nak fokus tengok drama ni, sabar ya sabariah".. Ibu pon direct BF kat Fiyyaz.. Akhirnya Fiyyaz tidur, ibu pulak tak bleh nak tidur, teruskan layan drama korea sampai habis satu episode..

Anak dah mula berjaga malam, ibu pulak dah makin kuat tidur. alahai anakku. Takpe, ibu akan sentiasa layan Fiyyaz. Ibu janji.. Maybe, ni cara Fiyyaz nak spend time bersama. Dulu, masa ibu tak kerja, boleh la ibu tak tidur pon, skarang ni je, ibu kuat naw ngantok. Memang terbit perasaan STRESS. tetiba mengucap.. anak kita, kena bersabar.. kena tahan mata, tahan hati, tahan telinga..hehe. masa kecilnya hanya sekali, nanti dia besar, dia pulak yang akan jaga ibu dia. ye kan ye kan..?hee.

Alahai anak ibu, skarang anak ibu alami sembelit. Maybe tu sebab anak ibu merengek tak tentu pasai. Cian anak ibu. Tak pe, ibu try ikhtiar cara lain pulak. Kenkadang, ibu ada tanya pendapat kawan2 ibu, sebab ibu suka tanya kawan2 ibu, dapat la info pasal nak jaga anak if ada problem sikit. Ibu suka tanya semua orang, walaupon kenkadang yang takde anak pon bagi pendapat kat ibu. Ibu ok je, cuma ibu akan pertimbangkan semula walaupon pendapat tu ada yang ok ada yang tak ok. Contohnya minum air putih/suam. Ada yang siap marah ibu, sebab tak bagi air suam kat Fiyyaz. Bukan ibu degil, tidak! cuma ibu selalu terbaca mengenai info2 bahaya air putih/suam untuk bayi, kecuali dia dah start makan and bagi susu FM.. Dulu ibu bagi Fully BF, sampai ibu di sindir2.. sedih ibu.. Tapi, ibu sabar je.. lain orang lain cara jaga nya. Lastly, masa Fiyyaz tak BAB (buang air besar) 4-5 days, habis ibu di perli salahkan ibu ngan ayah, tapi ayah tolong backup (thanks ayah). Masa tu, sedih jugak. Cuma ibu nak berusaha jadi sorang ibu yang POSITIVE. Ok ibu terima.. sob sob..

21 Januari ni, dak Fiyyaz dah 4 months. Cepatnya anak ibu membesar. Fiyyaz slalu kena kata demok omei omei.. Pernah skali, ibu, fiyyaz di dukung oleh ayah tetiba pakcik tu tegur "eh, baby..ha, besar lagi baby dari awak (anak dia dalam 2 tahun).." ho ho. jauh naw..tak pe, yang penting dak Fiyyaz membesar dengan jayanya, walaupon ada geng office, orang kampung dan emak ibu sendiri kata macam bukan anak ibu je Fiyyaz ni, sebab demok..he he. takpe,,

Nan, kalo ibu dah ada masa, ibu sambung lagi alkisah ni. mihihi

KIM JONG KOOK ku~


Terima Kasih

06 Januari 2014

Masalah masalah...



Assalamualaikum.

Hok aloh!

Kalo senin je, huru hara dunia ku. Dah la smalam, nak tercabut nyawa ni mikirin masalah yang baru wujud. Tak tenang jiwa, slagi masalah tak settle.. monyok mencuka je la ngadap pc tengah-tengah malam pulok tu, , search gugel gugel nih, kot2 masalah boleh settle.haha (gelak paksa).

Pas gugel pon tak dapat jawapan, tambah serabut jiwa tu adalah kot. Asben, kemain kuat lentang tengok bola tengah malam. Aku?? Terus landing katil, ngadap handphone la pulok. Bukak fb, kot2 masalah lupa kejap (Astaghfirullahalazim, zikir emma zikir..tu yang tenangkan jiwa bukan dok tenet yang ntah pa pe).. Ehh, terus nampak gambar profil someone. Giler, laju aku chat dia.

Banyak aku tanya itu,, tanya ini.. Alhamdulillah, dapat la kurangkan beban batu bata dok kepala ni. Malam tu, aku pon tidur agak tenang sedikit sambil pelok2 dak Fiyyaz..

Ntah jam brapa aku terjaga, jam 4am kot, aku terjaga,.. then aku duduk.. bukak mata.. aku pandang skeliling, samar samar je cahaya. Anak tidur, asben tidur (dalam seminit gitu).. tetiba asben bersuara

“yangggg.. kenapa??”

“haa??”

Terus aku kebingungan, terus membaringkan diri, tutup mata lelaju..krohhhhh tidur.

Laaa, pagi tadi, aku bangun je.. aku fikir cam mimpi ja bangun jam 4am gitu. Ntah mimpi ntah idok.. rasa cam mamai/separa sedar. Ni semua gara2 terlalu panik memikirkan masalah yang tak sudah sudah..uwaaaaaaaaaaaaaaaaa!

Ni laa perubahan bila dah jadi emak budak. Pe tak nye, dak Fiyyaz dah 3 hari tak berak, kat rumah dok fikir masalah anak je la. Tetiba, muncul masalah baru. Bergabung dah, tu yang huru hara idop aku sbentar.. emma yang skarang ni, banyak pelupa.haha. dulu bagus orangnya. Kwang kwang! *kasi bold

Pagi tadi, dok fikir masalah lagi,, sikit lagi orang langgar aku, nasib la pegawai tu slow bawak kereta, fuh semangat,.! (Monday Blues emma, ko jangan memain, kalo pegawai tupon mamai cam ko? Tak ke arwah gamaknye), focus emma focus,,!!

Alhamdulillah.. skarang dah elok dah. Semua dah settle. Takde mende nak di fikirkan.. yang penting ingat ALLAH, ALLAH maha mengetahui segala yang perlu dan tak perlu bagi umatnya, dan ALLAH maha mendengar segala isi hati doa hambanya yang benar2 ikhlas… Syukur Allahamdulillah..

Note : dak fiyyaz dah 3 hari tak BAB(buang air besar), tp nurse kata normal kalo fully BF.. Insha ALLAH semuanya akan ok.. yang penting nak cari Sunkist, makan sayur bebanyak dan minum air banyak2 juga.. sbb semua Fiyyaz yang akan kongsi rasa dengan ibunya..ok!!



Terima Kasih

03 Januari 2014

adess pening!



Assalamualaikum..

Alhamdulillah, settle hantar borang kat Perbadanan dengan bantuan my asben *thank abg* sambil tu pegi JPN buat IC baru, urus MY kID dan Bayar sewa rumah..mak aihhh berkejar... Dah pagi2 ngedate ajak asben breakfast sesame kat KPDNKK. Almaklumlah, selalu bertiga dengan dak cenonet tu. tetiba rindu kat budak tecik itu. Kesian anak ibu sebab tak sihat…

Aku skarang dalam dilemma. Wow ko! Ayat~.. Aku nak carikan dak fiyyaz TASKA. Asben pon on je, bila wife dia bagi suggestion. Actually, ni sebab kawan office kata, subsidi TASKA kan ada, kenapa tak pohon.? Ha’a, baru aku ingat. Selama ni aku buat kew8, kelayakan isi rumah bawah rm3000, memey tak layak.Now syarat dah berubah ke RM 5000, tu yang ajak asben cari TASKA. Cuma, aku tak tahu lagi cane suasana TASKA, sesuai tak untuk baby?
Agak kebingungan daku di buatnya. Lagipon, kita nak anak kita selesa, duit semua tu tak penting. Lagi2 anak first, memang jiwa keibuan cam aku ni memang asyik ingat anak je la di buatnya. So, buat masa ni aku masih berfikir dan takmo buat keputusan melulu. Lagipon proses sesuaikan Fiyyaz dengan pengasuh, still on.

Aku pon takde pengalaman dalam bab2 TASKA ni cane. Tapi, bagi aku, kalo dok umah pengasuh, baby relaks je, if kat TASKA maybe dia bleh dah start belajar memacam. Cuma kerisauan bagi sang ibu tu la, takot crowded, riso baby tak selesa la, memacam~……

Tengah aku dok fikir menda ni, hah! baca kat akhbar, dok citer pasal baby 4 bulan meninggal lepas mak dia amek dari TASKA.. Inalillahiwainalillahirajiun.. kesian baby tu, tak tahu sakit ke apa ke. Kita tak tahu lagi sebab masih dalam siasat. Bila aku baca je pasal khabar berita yang menyedihkan tu, terus aku takde mood.. Ya Alla, engkau lindungilah anakku, hanya engkaulah yang Maha berkuasa..aminn aminnn.. *ibu rindu Fiyyaz..

Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign