Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

10 Julai 2014

Madu Arab asli Al-Egypt

Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita pasal Madu Arab asli Al-Egypt. Aku baru beli online dari facebok. Err tak pernah beli online. Ini la firstime. Aku jarang nak beli online sebab sini senang nak dapat apa yang di mahu. Lagi satu aku takot2 kalo benda yang di nak tu tak dapat. If nak beli baju online, cam tak konfiden sesuai kat badan.. ahh dah melalut ke lain dah..

Dek kerna udara kat Putrajaya ni tak berapa nak bagus sangat, kenkadang bau asap tu kuat je, hujan ke tak ke sama je, dan haba panas. Anak pulak memang cepat kena sakit, maybe antibody tak kuat, walhal ibu dan ayah jarang demam, jarang sakit.. *Cuma lepas bersalin ni, aku cepat kena sakit*.. Aku pon cari la inisiatif nak kurangkan sakit dan kuatkan antibody dia.

Aku beli ahad lepas, before bayar tu, tanya dulu kat asben, ok tak produk nak hilangkan selsema & kahak baby?.. asben on je masa tu. harag RM62.  Lagipon untuk Fiyyaz, sanggup la buat apa sahaja.. walhal, aku just tengok facebook produk tu, tapi tak tahu jenis produk tu apa, macam mana dll. Kiranya, rembat tanpa tahu rupa sebenar.. lagi satu, feedback dari orang ramai pon ok.. anak dia yang selsema berbulan-bulan terus ok.. aku pon beli je.

Lusanya, kawan ofis pegi outstation kat area kedah nun, so, dia offer sapa nak madu tualang nanti dia beli. Aku pon deal dengan kawan ofis sorang lagi, nak share je madu tualang tu. RM50 sebotol, bagi dua. Deal! Madu tualang lagi ok, sebab dia cari madu ni dalam hutan, tu mahal sikit.

Tup-tup, produk yang aku beli online pon sampai. Aku bukak..laaa madu jugak.. Madu Arab asli.. ok, kawan yang aku deal tupon tak kisah nak share ke tak, sebab dia pon macam aku jugak, koleksi madu kat rumah banyak..hehe..


Antara kelebihan Madu Arab asli Al-Egypt
-madu yang termahal
-lebah yang menghisap madu ini menghisap nectar dari pohon kurma dan pohon sidr yang memiliki penyembuhan yang baik
-madu arab lebih likat (keran kuantiti air dalam madu adalah dangat sedikit
- Mengandungi vit A,B,C dan E
- Mempunyai zat galian dan kecergasan minda
-Merawat demam dan sebagai antibody
-Merawat lelah dan paru-paru berair
-Menegangkan kulit muka / awet muda
-Memudahkan proses penghadaman
-Menambah hormone
-Merawat luka
-untuk orang yang bekerja kuat dan bersukan

Cara pengambilan / dos
Dewasa - 1 sudu pagi sebelum sarapan
Kanak-kanak - 1/2 sudu pagi sebelum sarapan

*Pengambilan Madu Mesti Menggunakan Sudu Plastik Dan Elakkan Simpan Dalam Peti Sejuk.

"Madu Arab Diimpot Dari Iran Yang Mana Lebah Disana Sangat Gemar Menghisap Madu Dari Bebunga Pokok Kurma , Tin, Delima Dan Zaitun. " Itulah Kelainan Madu Arab 

Terima Kasih

09 Julai 2014

Menu simple bulan Ramadhan..



Salam..



Hai.. aku rajin nak update blog. Ye, yang ni je rajin..

Yang lain cam lemau kemainn.



Aku nak ceghite pasal makanan..

Ramdhan kali ni, aku rajin sangat masak kat rumah.

Asben pon pelik.. siap ayat sindir bini dia taw (^,^)”

“yang, puasa kali ni rajin masak kat rumah”

Ok.. bisa ayat asben tu..haha



Yep, tahun lepas ada alasan kalo buka kat luar atau ke baazar ramdon..

Tahun ni, idokler dapat alasan indah ibu ngandung..

Better berbuka kat rumah..

Lagi jimat, lagi sedap, lagi berkualiti.kah kah kah..



Lagi-lagi si anak yang aktif naw tu.

Bila kat walker, rajin naw dia lawat ibu dia kat dapur.

Kalo merayap, pon sampai gak ke dapur.

Kenkadang singgah stor bilik satu sambil ketak ketuk kat sana.

Bila ibu munculkan diri depan dia, laju je menyerbu kat ibu.

Kalo tak pandang wajah ibu ni, hah! merengek la dia..

Padahal, ayah dia ada je depan tv tu hah!..



Kalo bawak buka kat luar, contoh kat restoran.

Ok. Dia punya ragam, nak di dukung, nak mintak makanan.

Memacam laaa..hehe..

Tu yang lebih elok duduk rumah diam2,

Berbuka kat rumah.



Ahad lepas, aku, asben ngan dak fiyyaz pegi baazar Ramadhan.

Fiyyaz diam aje duk diam di dukung leh ayah dia.

Maybe dia kepanasan tu..hehe.. tapi dia sonok dapat jenjalan..

Beli la beberapa jenis makanan..

OK la jugak RM16 je total semua..

(roti john+nasi goreng+mee goreng+jus tembikai+cucur udang+mee sup)

Ok tak??

Banding sbelom ni, kemain sampai puloh puloh..



Menu berbuka slalunya masak simple aje..

Antaranya ni..

Yang lain tak snap pon..hehe..

(masak cepat, siap cepat sebab before puasa aku dah siap-siap blender semua bawang merah, bawang putih dan cili kering.)

Sila buat cam gini, gerenti masak cepat..




Terima Kasih

selfie*



Assalamualaikum..



Hmm.. aku cam lemau giler pagi ni. Takde mood gitu.. semalam kemain hu ha hu ha kat office. Ni lemau sebab malam tadi Fiyyaz berjaga.. dari kul 1 lebih ke 2 stengah pagi dia dok panjat2 badan ibu.. tu cara dia nak kejutkan aku.. kalo tak jalan jugak, dia memekik la kejutkan ibu dia. Satu pangsapuri dengar suara nyaring dia. Err.. berdesing telinga kalo dia nangis tengah malam..haha. dah la ngantok giler time gitu kan..



Esok esok, ko dah ada anak baru paham, lena tak lena tidur ada anak kecik. Ok, baru aku paham.. kesian kat mak aku.. 6 orang dia kena layan kerenah. Nasib baik la jarak umur jauh sikit, dapatlah emak lena tidur bila dah umur 3-4 tahun. Iye ke lena? Ok, tunggu Fiyyaz dah umur gitu, baru aku bleh citer, takde pengalaman, blagak ada pengalaman pulak.. heee *sengih comel*



Fiyyaz, dari bulan ke bulan, ada je perangai baru dia. Dari nak tidur buai, tak nak buai, skang dah buai balik. Lenguh tangan enjut buai tu, kenkadang join skali lelap, kenkadang Fiyyaz diam je kat dalam buai, sambil perati ibu dia tidur tak hengat dunia. Ok, kenapa aku tak beli je mesin enjut buai tu? aku dah beli satu, tapi letak kat pengasuh. Nasib baiklah pengasuh dia tak mintak beli buai baru,.. ada buai lama kat umah dia yang tak pakai, so, dia bagi Fiyyaz guna.. kat umah aku pulak belom ada mesin enjut. Err.. tunggu la dulu kot, sebab mesin enjut baru tu pon baru beli,. Tunggu ada duit lebih..hehe.. terpaksa lah enjut tangan..



Orang kata, tidur buai ni tak baik..blaa blaa blaaa.. tak pe la.. dah anak nak buai, bagi jela, nak ke bersengkang mata paksa dia tiduq tapi tak nak tiduq. Ke nak jadi mata panda?. ni pon sebab pertukaran bulan dia.. Gara-gara dia sakit masuk ward hari tu, start tu la dia nak tidur buai.. malas nak fikir..haha



Actually, kalo tengok perkembangan anak orang yang baya fiyyaz dah merangkak, dah berdiri.. Fiyyaz still tak merangkak lagi dan tak berdiri lepas tangan lagi. Bak kata depa, lain baby lain perkembangan, nurse pon aritu kata takpe.. lagipon Fiyyaz baby yang sangat aktif, dan kehulu kehilir meniarap.. suka panjat badan ayah ibu dia.. depa kata pulak, kalo baby lambat merangakak tapi nanti cepat berjalan.. sokayyy, ibu fiyyaz ok je, tapi ibu selalu jadi pendorong kat blakang dia..Fyi, gigi fiyyaz baru dua, ingatkan demam haritu nak tambah gigi baru.. tapi, cam tak de je.. baby lain dah 4 gigi kot. Ehh ibu fiyyaz tak kisah lahh.. yang penting anak ibu sihat..



Ni la si budak yang selalu cari pasal dengan ayah dia..

Selfie bersama ibu

Winkkk*



Terima Kasih

04 Julai 2014

Rezeki dari Allah



Assalamualaikum..



Alhamdulillah…



Haritu ada cabutan undi untuk Perumahan penjawat awam..

Rezeki kat asben sebab nama dia tercabut masa tu.

^^,



FYI, nama aku dah haritu..

So, turn asben pulak dapat..

Cuma plan kiterang,

rumah yang aku dapat tu yang akan kami pilih untuk duduk sana..

dek kerna keluasan dan tempat strategik,

tu amek tu..



Memandangkan, kelayakan pinjaman kiterang cam dah melebihi..

Tapi try je la, kalo dua2 rezeki.

Kiterang amek sebab nak buat sebagai harta or pelaburan..



Kot2 dah pindah sabah nanti,

Anak2 yang duduk sana pulak. Hehe..



Tapi, tu semua jika di izinkan Allah rezeki untuk tinggal di rumah tu..

Insya Allah..



Rasa tamak pulak cam nak amek dua buah rumah..

Sebab rumah yang asben dapat tingkat 22..

Allah .. tinggi

Dah skang ni pon tingkat 13 pon rasa dah tinggi sgt..

Ini kan pulak tingkat 22..

takpe. kalo rezeki, amek aje lahh
*padahal, kelayakkan tak lepas daaa*
=)



Terima Kasih

Fiyyaz sayanggggg

Assalamualaikum wbt..

Salam Ramadhan kalian… ^,^

Eerr, pepagi gini takde mood giler nak buat kerja.
Then huha huha kat sana sini. Hmm. Tetiba kehilang energy.kah3

Ntah aku ni, asal je nak dekat raya, mesti happy semacam.
Ya, last year, aku beraya kat perantauan. Fuh!
Merasa la jugak raya kat perantauan cane.
Sunyi sepi, jalan raya boleh golek2… sonok!
Tapi bertuah jugek, sebab da ada pengalaman tu..

Tahun ni, aku excited lebih lebih dah ni..
Sebab dapat beraya dengan orang baru.. yeay!
Dengan si budak ini….

Aku amek cuti 2 minggu.. kat kampung dua minggu lebih..
Bahahaha!..
Kat office dengar la mak2 ceramah sampai nak bernanah telinga,,
Maklumlah, cuti lama sangat.. balance cuti dah la sikit je..
Behehe!
Tak kisah lah bernanah ke! Berdarah ke! Muntah hijo ke!
Yang penting.. aku dapat cuti dan berhari raya..!
RAYA!
RAYA!!
RAYA!!!!

Hah! excited da overload.

Wah, bila cerita tang raya, kemain ko!
Meh citer pasal puasa..

Puasa ni, belom kesempatan nak pegi baazar Ramadhan.
Dek kerna baazar Ramadhan pon nun jauh dari office,
Slalu depan office je..
Hari ni plan nak pegi baazar,
sebab nak belikan pengasuh fiyyaz juadah berbuka..
Kalo aku masak cikai2 je, jadi idok ler sedap mana..

Asben pon makan tak banyak mana pon,
tu yang better bukak kat rumah je banding buka puasa kat luar..
Ade dak tecik, adess.. lagi laa susah nak makan kalo kat luar..hehe..


K lah.. nanti kita sambungggg

Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign