Assalamualaikum.
Actually, skang ni office aku dok kecoh pasal
***tet. Malas nak cakap detail or gitau direct kat sini. Maybe, u all pon dah
tahu. Aku dok fikir nak apply tukar ke idok. Semalam, bila aku dok tak nak isi
pertukaran, terus mulut2 kata
“hah, ni nak stay la ni tak nak pohon tukar
bla..blaaa..blaaa”
Bukan ler aku tak nak, Cuma aku tak nak
tergesa2. Relax sudah. Ye dak..
Then balik rumah, buat buat tak fikir pasal
pertukaran hal itu hal ini.
Relax cool macam biasa. Ok, fine.. hari ni
tetiba hati ni kata apply la tukar tu kat hrmis. Bila aku dah isi tapi tak send
lagi ada suara kurang enak di dengar. Ok takpe,. Kita senyum sokmo dan do no.
Aku ada gak mintak pendapat dengan orang
otai2 yang dah berpengalaman or orang yang mudah beri pendapat atas dasar tidak
memihak dan mendesak untuk memilih. Ok. Orang cenggini lah yang aku carik dalam
mengatasi kebuntuan dek pale hotak ni, tak lama botak kepale dok pikiaq benda
yang tak pasti.
Bagus jugak pendapat tu, “kita kena buat
pilihan sendiri, bukan semata nak ikut orang. Bukan semata takot mulut2 orang. Tapi,
apa2pon jangan tergesa2. Tenang dan ikut kata hati sendiri, toksah risau
sangat. semua sudah di tentukan oleh Allah” ya.. aku suka pendapat ni. Kenkadang,
ada yang bagi pendapat dengan mendesak dengan menunjukkan sesuatu kepada
tekanan. Dah jiwa tertekan kang betambah dok tekanan.
Style aku ni pulak, suka memikirkan sasuatu
masalah tu macam masalah Negara. Haish.
Aku ni, dok office cuma takut pasal mulut
orang je. Sila buang tabiat ni emma.
Wahai orang orang yang membaca setiap ayat2
post aku ni, tolong la jaga hati dan perasaan orang lain. Jangan la cakap
sesuatu tu tanpa memikirkan perasaan orang lain. Mungkin sekali, dua hati masih
mampu bersabar, tapi bila suatu tahap tu kesabaran tu akan meletus dek gunung
berapi. Sila pahami, sila mengerti, sila memerhati, sila selami.
Lagi satu, bila menasihat, jangan lah dok berikan nasihat kearah sesuatu yang negatif.. Nasihat tu boleh, tapi kalo segala
mende syirik pon nak habaq maih jangan la. Nasib la aku ni waras lagi, kalo tak
waras, mau tak nye aku aku follow tahyul mahyul tu semua. Yang penting, ingat
Allah, hanya Allah yang berkuasa, hanya Allah yang maha mengetahui, hanya
Allah yang menetapkan sesuatu itu. Bila cenggitu cara nasihat, aku hanya mampu sengih
je la. Nasib laa aku bukan jenis blacklist dan tak mo kawan da, aku pulak kang
yang tambah dosa. Ishk ishk ishk.. ok.
Dah luah menda gini jangan nak terasa ke apa.
amek yang baik, yang buruk tu datang dari aku sendiri.
Nah hadiah gambar fiyyaz untuk korangggg
sebab mampu membaca sampai ke titik noktah ni …………
Tiada ulasan:
Catat Ulasan