Assalamualaikum…
Aku tak tahu
kenapa, skarang aku teramatlah sensetif dengan bunyik bising yang kuat or
sewaktu dengannya.. Hati aku rasa cam lain macam jer.. maybe memang kot, sebab
aku masih lagi bersedih. Dalam beberapa hari ni jugak aku selalu mimpi arwah
bapak,. Tapi mimpi aku tu, macam lebih kepada bercuti bersama family.. sebab,
tiap kali aku balik kampung, kekadang aku bawak family jenjalan.. last aku
bawak dorang masa pegi pulau Manukan raya hari tu… Tak sangka, itulah kali
terakhir percutian kami sekeluarga bersama dengan arwah bapak.
Bila aku
fikir-fikir balik, rupanya dah banyak kali tuhan bagi kesempatan kat aku untuk
bertemu arwah bapak. Sebenarnya, aku tak kan balik kalo bukan ada majlis
pertunangan dan perkahwinan ni.. maybe aku akan balik pada Januari tahun depan.
Tapi, kita hanya merancang, Tuhanlah yang menentukan segalanya…
Tuhan jugak beri
kesempatan kat family aku iaitu dalam tempoh sebulan selepas bapak keluar dari
hospital,. Pada masatulah bapak banyak bersama emak dan familyku.. aku tak
tahu, kenapa tiap kali melihat gambar-gambar bapak aku akan sedih. Ya Allah,
kenapalah aku ni kannnnnnn..
Ya,, aku tahu, kita
semua akan ke sana jugak suatu hari nanti, hanya masa yang menentukan
semua tu kan.. aku bukan meratapi pemergian bapak.., tapi Cuma merindui bapak..
mungkin jugak selama ni bapak banyak menahan kesakitan yang dia alami, mungkin juga
arwah bapak nak lawan sakit dia dan nak tunggu di hari perkahwinanku, tapi
bapak dah tak mampu katanya.. sebab bapak seorang yang kuat.. bapak banyak
menyembunyikan sakitnya……
Banyak yang sedih
baca entri aku sebelum ni.. bukan niatku untuk membuatkan para pembacaku
bersedih.. aku Cuma mahu menjadikan hasil coretan ku sebagai kenangan.. apa
yang kita lalui hanya sekali dalam seumur hidup.. Insha Allah, banyak hikmah
dugaan ku ini.
Terima kasih kepada
kawan-kawan yang banyak memberikan kata2 semangat, walaupun ianya hanya setakat
kata-kata tapi itu sudah cukup bermakna bagi ku sekeluarga.. banyak yang
simpati, ambil berat dan berdoa untuk kami dan untuk arwah… terima kasih terima
kasih dan terima kasih.. hanya tuhan yang membalas jasa kalian.. :’)
Dahhh, dahhh.. aku kena kuat, yang pergi tetap
pergi.. Insha Allah pa, anakmu ini sentiasa berdoa untuk bekalan mu di sana……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan