Assalamualaikum..
Susah
sangat nak luangkan masa kat sini. Siyesly, hati aku dah berada kat kampung..
walaupun baru minggu lepas balik sini. Ekceli, tak lama lagi, aku akan
menamatkan zaman bujang sweet sweet gitu la. Kiranya, darah manis. Camtu la
kowt.. skarang, aku masih lagi dalam kekejutan di atas pemergian ayahanda
tercinta. So, perasaan untuk happy, hu ha hu ha or sewaktu dengannya, mungkin
agak suram sedikit.. aku masih lagi menjalankan kehidupan macam biasa. Masih ok~!.
Tapi, still jugak dengan perasaan merindui arwah bapak. Selepas kengkawan tahu
dengan khabar berita menyedihkan, ramai kengkawan tanya aku. Tanya samada aku
OK ke tidak.. memang aku sangat2 sedih dengan pemergian bapak, sebab aku tak merasa
untuk menjaga arwah bapak kat hospital. Masa balik kampung masa e-day tupon bapak
ok sihat Cuma tak batuk2 dan demam..
Aku
ada call emak, tanya emak macam2 dan aku kata kat emak yang aku nak ziarah
kubur bapak sebelum hari pernikahan ku nanti. Emak kata, nanti pegi ramai-ramai
:’).. kenapa ehh, kekadang aku rasa
bapak masih ada kat kampung, dan aku cam tak percaya yang bapak dah takde. Sampai
termimpi mimpi, yang seolah olah, bapak masih ada. Bila tersedar, oh semuanya
hanya mimpi dan kenangan bersama bapak.. Yang sebenarnya, apa yang aku alami
skang ni bukan mimpi, tapi realiti.. macam tu skali kan? Baru skarang, aku
terasa, sangat sangat kehilangan..
Seperti
yang kalian tahu, majlis perkahwinan aku akan diteruskan. Kami sekeluarga
mengambil keputusan untuk meneruskan majlis dengan kesederhanaan. Maybe majlis
doa selamat.. haritu, arwah bapak, nak sangat edarkan kad jemputan kat saudara
mara dekat beaufort.. tapi hajat bapak tak kesampaian, dan kakak dan abang aku
yang akan pegi edarkan kad2 jemputan ku……..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan