Assalamualaikum..
Memandangkan
esok & lusa cuti, so hari ni banyak yang cuti dah. Bestnya kalo kampung
dekat. Apakan daya, jauh~~ kena naik flight dulu, kena spend fulus banyak
sikit.. bulan lepas baru je pon balik kampung, seminggu je pon, tapi skejap je
rasanya.. T.T
Nah,
ini gambar orang share kat pesbuk. So aku pun nak share sikit experience pasai
aku jugak..kekeke
Kannn?
Ibu ibu yang breastfeed ni kenkadang cam poyo aje kan cam menunjuk nunjuk.. tidakk,,
yang sebenarnya , ibu yg bf anak tu hanya nak luah sacrifice dorang untuk
khasiat susu ibu kepada anak dalam tempoh yang lama. Nak menempuhi dugaan
rintangan, penat lelah, wuu besar pahalanye tau..
Aku
dulu sebelum kahwin -> lepas kahwin -> sebelum bersalin -> lepas
bersalin, pertama skali yang ada di benak fikiran ku adalah ‘agak2 Allah beri rezeki anak tak kat aku
nanti?’, tapi aku slalu berfikir dan menjawab semua soalan di fikiran aku
sendiri ‘semua itu datang dari Allah,
teruskan berdoa’.. Alhamdulillah, lepas kahwin, dah dapat tahu pregnant..
time dok pregnant tu, asyik fikir lagi ‘agak2,
ada air susu badan tak lepas bersalin nanti?’.. aku fikir cam ni pon sebab influence
pembacaan kat gugelan ni.. baca kisah2
ibu2 yang tak dapat menyusukan anak..
Lepas
tu, aku jawab jugak sendiri persoalan yang berlegar2 ni sendiri dengan
muhasabah diri dan ingat Allah, dorang kata mindset jugak penting, okey.
Hari
pertama Fiyyaz lahir, aku tengok takde pon tanda2 air susu nak keluar. Nurse memang
kata, ransang bayi supaya menyusu, nanti susu lama2 akan keluar. Aku dok kesian
baby lapar T.T. siyesly. Sehari semalam, memang tak de air susu.. akak yang
depan katil aku, baby dia asyik menangis aje, laparr ~.~ ,, nasiblah fiyyaz tak merengek sangat. Nurse
semua halang ibu2 bagi susu formula atau guna botol kat hospital.. last2 akak
tu bagi air suam guna ibu jari. Siyesly, masa tu aku antara ibu2 yang banyak
baca pasal info baby baik atau mudarat, sebab yang lain semua2 akak2 yang duduk
kampung (kita boleh tau kan??) , jadi rasa masa tu rasa bersalah kalo tak gitau
keburukan bagi baby air putih, baby baru lahir plak tu.. tu laa itu je cara nak
diamkan baby tu dari menangis (nyaring la jugak).. Fiyyaz tak nangis pon
walaupon xdapat menyusu masa tu laa..
keesokkan
harinya, bibir fiyyaz dah start kering, petang baru boleh keluar hospital,
spatutnya tengahari dah kluar dah, dek kerna fiyyaz muntah2 air (kononya nurse
kata aku bg air putih, walhal tak) tapi muntah tu pagi je. Pastu bawak masuk
bilik LB balik, cucuk hos sedut air, maybe still ada air ketuban fiyyaz
tertelan ke hape, tapi takde dah doctor kata.. selamat, petang dah boleh balik…
sebenarnya, aku rasa kesian giler kat fiyyaz sebab tak dapat menyusu, depan
katil aku pon anak first, pon belom ada air susu, sbelah dah ada air susu,
teruss down giler masa tu.. ok mindset lagi k..
Pepagi
sebelom kluar spital, call asben, suruh getready beli susu Anmum yang kecik je,
botol susu yang kecik je (sebab botol yg aku beli semua besaw gabak, avent,
susah nak sorok kat spital, haha nanti kena tangkap).. tapi, bila tengahari
asben bawak, masa melawat tu, aku tak berani pon nak bagi.. aku sabar je..
Petang,
masa maghrib, aku balik rumah dah.. Alhamdulillah, aku masatu sakit amat lepas
bersalin, jahitan tu yang aku rasa perit nak gerak sana sini. Azab woo.. jadi,
aku dah tak fikir bab air susu badan, aku suruh je kakak aku bagi susu anmum
kat fiyyaz. T.T .. bukan apa, aku dah lesu sangat dah masa tu, macam baby
blues, aku dengan dunia ku. Fiyyaz pon, kakak yang tolong jaga. Emak aku tolong
sediakan tungku, air panas untuk tekap kat perut, towel dan besen ada air suam,
senang nak buat tekapan.. masa tu baru rasa bengkak, aku cakap kat mak, siap
nak nangis, air susu tak nak kluar. Sedeh tau T.T.. bila nurse datang rumah,
cek semua ibu & anak, sikit lagi nak terkantoi bila botol kecik fiyyaz
tinggal kat ruang tamu.hehe.. nasiblah fiyyaz tak kuning..
Hari
ke-4, alhamdulillah, barulah keluar air susu pertama iaitu kolostrum..
bahaginya rasa masa tu, happy sangat.. giveup dah konon sbelom tu.. last2
kluar..
Masa
kat kampung, nam buat stok ebm, memang tak laa, sebab, nak hangkut gi Putrajaya
bagai, jaohhh~ tu.. so, releks jeww. >.<.. masa ni, takde pon beli breast
pump lagi, dok kumpul duit gaji sebulan, hakhak..
Bila
dah balik Putrajaya, start buat stok ebm, bertengkek tengkek kat peti ais. Faktor
beli peti ais besar gedabak dua pintu tu pon sebab nak buat stok konon.. lerrr,
sebulan lepastu, peti ais rosak. Habis rosakkkkkkkk ebm ku itu T.T…………. siap
nak marah kat orang yg repair peti ais tu…sedehh
Memandangkan
dah nak masuk kerja, stok susu pon xde, give up.. aku tak ajar lagi si fiyyaz
susu formular dan susu botol masa tu, kelam kabut jadinya… pastu redha je,
berserah je.. hantar kat pengasuh, dengan stok susu yang di pump kat ofis
setiap hari.. pengasuh dah start sound, cakap susu yg aku bekal tu tak cukup,
then redha, beli susu formula utk fiyyaz, sebagai backup. Sedehhh…
Akhirnya,
pengorbanan aku tu Cuma bertahan 5 bulan lebih, seusia fiyyaz masa tu.. rasa
nak nangis kene stop. Sebab mak suruh stop, tu pon sbelah je ada air susu,
sebalah dah kering.. sedehhh..
Sehingga
kini (eceh), segala peralatan
1.
Bantal
menyusu
2. Beg menyusu & beg
pendingin (banyak ko)
3. Pemanas
4. Pelapik coli (lagi banyak
T.T)
5. Ponco menyusu
6. Pek ais
7. Ubat nipple crack
8. Bekas penyimpanan susu
(banyakkkkk jenis plak tuh)
9. Breast Pump 2 jenis (medela + Eve Love)
10. Power inverter
11. Hands free breast pump bra
12. Buku panduan (free klinik
bagi)
Jadi, rasanya nye ke semua
tersebut, simpan lah untuk kegunaan si adik.. Insha Allah, rezeki kepada aku
dan kalian….Aminnnnnnn
p/s: sebonanyaa, nak stop
dah, nak buat next entry.haha. tapi, aku kan suka janji manis, pastu tak update
dah, so, paksakan diri. Nah, upah kat korang gambar fiyyaz.kekekek
Tiada ulasan:
Catat Ulasan