Assalamualaikum..
Hai koranggg! Lama dah tak soseh kat belog
ni. Aku lagi aktif nun kat pesbuk, wechat & IG. Maaflah korangg. Eh. ntah
ntah dah takde yang kepingin nak baca blog aku. Takpelahh koranggg.
Sebonanya, aku nak cerita pasal anak. Yaa, pasal
Fiyyaz. Fiyyaz dijangkiti virus Coxsackie,
Hand Foot Mouth Disease HFMD – sakit tangan kaki dan mulut. Ada dokter yang
kata nipenyakit bahaya, ada yang so so aje. Meh aku story dari awal, acaner
fiyyaz kena k.
28hb/Sept : Malam ahad tu, Fiyyaz cam demam. Tapi bila
aku cek suhu dia just 37.4. kira belom di tahap demam. Sbelah malam, Fiyyaz
taknak susu pon, just susu sikit sikit. Malam tu, berharap dia tak demam.
29hb/Sept : Isnin-Esok paginya dia tak demam pon. Cuma
suam suam je badan dia. Aku pon hantar gi pengasuh cam biasa. Kiranya nak
halfday la. Karang ayat nak gitau cc kat office, dapat ke tak.. tapi tak
halfday pon, firstly sbb busy sangat, tapi 2-3 kali call pengasuh, pengasuh
kata fiyyaz okay, main-main dengan kawan2 dia.
30hb/Sept : Selasa-Fiyyaz dah taka da panas suam suam
tu. sebab dia pon cam sihat. Cuma susu taknak minum sangat. So, aku dah pesan
dengan pengasuh, bagi fiyyaz makan lebih, sebab susu dia tak berapa nak sangat.
*hati still tak sedap, sebab jarang Fiyyaz camni*
Bila kul 5pm, lepas waktu office, bergegas
amek fiyyaz, tengok dia sihat. Still gelak2. Takde apa ponn. Cuma aku
terperasan, kat tangan dia ada biji2 air. Tapi satu kelompok je la kat tangan..
So, belah malam, ayah Fiyyaz gi main
badminton. Mulalah Fiyyaz menangis menangis sampai la kul 12am dari kul 10pm
dia berjaga. Asben kul 12 am lebih baru balik, aku gitau Fiyyaz nangis je. Tak pasti
apa puncanya. Dua tiga kali bukak baju tengok kenapa. Tapi ok je. Takut sakit
perut, tapi tak jugak. Malam tu sampai ke subuh, aku tak tidur lena, berjaga
je. Sebab dia nangis, merengek, walaupon mata tutup je masa tu.
1hb/Okt : pagi tu, aku tengok seluruh tangan sampai
ke siku dan mulut ada biji2 air, kaki tak banyak sangat.. aku dah risau dah
masa tu. Gitau asben, aku tak nak keje, nak bawak Fiyyaz pegi klinik. Sebab takut
chicken pox ke, takot alergic sesuatu ke, atau effect dari injection setahun
minggu lepas sebelum tu. banyak perkara aku dok fikir.
Pagi tu, terus bawak Fiyyaz gi klinik presint
11, dokter pompuan tu kata Fiyyaz kena
HFMD. Laa, aku kemain tanya kenapa la, camna nak jaga la, pantang makan apa
laa. Pastu, dokter suruh kuarantin seminggu, isi borang ntah borang apa. aku
pon isi laa.
Fiyyaz cam ngantuk je, tapi susu dia ok. Aku dua
tiga kali dok bukak mulut Fiyyaz, risau ada ulser. Sebab dokter kata, Ulser tu
yang menyebabkan dia taknak makan dan minum.
2hb/Okt : Aku ada paper law, btw exam aku tak habis
lagi. Bayangkanlah, belah malam just belek2 buku je. Sebab memikirkan azab
sakit Fiyyaz. Dia kecik lagi,, tapi dah memacam sakit dia alami. Sedih sangat.
So, baca buku, tengok Fiyyaz, malam tu jaga Fiyyaz tengok dia, tapi Alhamdulillah,
dia tidur nyenyak, tak merengek pon. Susu pon ok jugak.
Siang tu, Fiyyaz sakit sakit pon terpaksa
ikut ibu dia pegi shah Alam. Dia dan asben dok tunggu dalam kereta sampai ibu
habis exam. Lepastu, tengok area kaki Fiyyaz, dah penuh dah dengan biji2 berair
tu. Ya Allah, sedih sangat tengok keadaan Fiyyaz. Mesti sakit, mesti gatal,
mesti pedih. Tapi Fiyyaz ok menyusu banyak, makan banyak. Syukurlah, ulser
takde lagi kat mulut dia, just kat luar mulut ada biji2.
3hb/Okt : asben bawak kejap Fiyyaz gi Office sebab
nak mintak kebenaran kluar awal, bila semua orang tengok Fiyyaz, dorang kata
kali pertama nampak budak kena HFMD sebanyak tu kat tangan ngan kaki. Mulalah aku
risau, mulalah aku gelabah. So, aku pon kluar awal dari office, ajak asben gi
Hospital Putrajaya gi emergency.
Kat emergency, dokter kata, ada baby yang
akan kena sikit, ada yang kena banyak. Tapi dia kata syukurlah Fiyyaz tak kena
ulser kat mulut, sebab itu yang paling dorang takut, sebab tak boleh nak minum
dan makan. Syukurlah, sakitnya kat luar2 je. So, gigihlah aku sapu lotion,
mandikan Fiyyaz dengan detol 3kali sehari.
4hb – 6hb/Okt : sepanjang hari Fiyyaz aktif je, takde pula
tanda-tanda dia gatal-gatal, tak meragam, still menyusu dan makan. Bersyukur sangat
dia sihat walaupon nampak macam sakit je biji berair tu. Ada yang besar2 ada
yang kecik biji2 air tu. so, aku just mandikan dengan detol je, taknak pakai
sabun, takut pedih.
6hb sampai sekarang. Ipar dah datang sini
smenjak isnin lalu, so dia lah tolong jaga masa aku dan asben gi kerja. Skarang
biji2 tu dah kering dah, dah jadi kudis, masa untuk mengelupas. Aku still tak
bagi dia makan semua jenis lauk. Aku Cuma bagi fiyyaz sayur dan bubur nasi. Sebab
aku takut nanti dia rasa gatal. Alhamdulillah Fiyyaz dah beransur pulih.
Fiyyaz senang di jangkiti virus, sebab dia
selalu sakit sebelum ni. Apa2 pon, ibu sentiasa doakan kesihatan Fiyyaz. Moga
menjadi anak yang berguna, anak yang soleh sampai akhirat kelak. aminnn
Otw pegi klinik. kesian anak ibu
Masa kat rumah, dia still aktif main-main gelak gelak
masa ikut ibu gi exam kat Shah Alam.
*ada je gambar full dia kat tangan and kaki, tapi aku tak berani gi tengok korangg, takut korang sedih tengok keadaan dia. aku ni hari2 menghadap lagi la, sedih yang amat. InshaAllah, Fiyyaz anak yang kuat lawan segala penyakit*
1 ulasan:
Alhamdulillah fiyyaz dah sihat.. nasib dia masih aktif.. HFMD ni berjangkit. tu kena kuarantin..
Catat Ulasan