Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

30 April 2014

Anak ku kesayangan ku



Assalamualaikum..

Allah, aku salah orang la pulak dah. Dah banyak kali silap orang, kali ni tersilap, ingatkan si kakak tu si adik, laa ghupenya si adik tu aku tak add friend dalam pesbuk. Dah soseh itu soseh ini memacam tanya pasal anak. Buahaha rupanya salah orang!!  Err..

Ehh, tetiba taip entry gitau salah orang pulak. Dah banyak kali kot, aku nak update blog ni. Tiap kali nak post entry, delete semula la. Err..

Dah free2 tak tahu nak buat bakpe, marilah baca post entry yang hanya omongan kosong. Adey!

Bila dah ada anak sorang ni, aku rasa sibuk semacam. Allah.. Kenkadang tu, sebab sakit ‘M’.. kalo la ada ubat ‘M’ jual kat farmasi, dah aku rembat sebuku ubat 'M' lalu pulang ke rumah, dan rajin itu ini.bahaha.

Minggu lepas, Mc 4 hari berturut-turut. Minggu sebelumnya pon ada ter-mc sebab sakit mata. Adeh. Huahua, rekod engkau jemah! Bulan April, bulan sakit manjang. Sakit tu penghapus dosa khen??. Ok, terima dengan penuh istiqomah..baik.

Fiyyaz jatuh sakit minggu lepas. Gini kisahnye.

Hari senin, aku ngan asben amek fiyyaz kat taska, then pulang ke rumah. Fiyyaz lemah and dok diam kat pangkuan aku. Aku asyik tanya asben, kenapa dengan fiyyaz ni, asyik diam je. Check suhu badan dia, tak panas. Sampai kat parking rumah, tetiba fiyyaz muntah dengan banyaknya. Habis lencun baju kurungku ngan seat kereta, fiyyaz longlai kat pangkuan ku. Aku usap2 blakang fiyyaz, rasa nak nangis, aku langsung tak ter-keluar suara. ALLAH.. macam mana ni *dalam hati*.. Dah muntah sekali, muntah lagi.. menggigil satu badan.. aku tak kisah pon dia kotorkan baju aku.

Aku terus ajak asben gi klinik, asben suruh pegi emergency je. Ok, aku ikut je.. (dalam hati, emergency putrajaya slalunya ramai orang, mesti tak terlayan, Cuma asben dah kata gitu, aku turuti).. dengan alasan kalo emergency maybe fiyyaz boleh admit ward kalo jadi pa pe. Dah dok register dari kul 6pm.. tak bawak susu fiyyaz plak tu.. Allah, budak tu lemah aje kat emergency, nasib tak meragam. Kat emergency pon fiyyaz muntah2, Cuma dah tak banyak. Asben balik office kejap, aku terus suruh dia bawak susu.. baju aku dah kejang kejang dengan kesan muntah fiyyaz, takpe, aku redha..

Asben datang dalam kul 8pm, fiyyaz still tak di panggil2 masuk bilik. Allah.. macam mana ni dalam hati aku. Nombor tertera kat skrin tu pon da berjam2 tak berubah2.. banyak nya budak2 dalam tu, fiyyaz still lemah.. bila asben dah ada, fiyyaz mula meragam, bagi susu, dia muntahkan semula.. aku dan asben ni, dah tak tahu nak buat apa. Dah berjam-jam tunggu kat emergency, still tak di panggil2..

Last2, aku mintak asben bawak fiyyaz gi klinik swasta. Dah berkulat dok tunggu sampai kul 10 malam T.T. Budak t upon dah meragam-ragam. Balik umah jap, pegi tukar baju, bawak susu fiyyaz bawak baju fiyyaz etc.
Sampai klinik swasta area bangi, Klinik As-salam kalo tak silap. Klinik tu memang superb ada dokter yang memang paham dan dah expert apa sakit baby2. Dia nasihat camni camtu, punca fiyyaz sakit camtu, kaunseling bagai, itu memang bagus dok, dekat kat jiwa ibu ibu bapa bapa cam kiterang, lagi2 anak pertama.

Alhamdulillah, Fiyyaz dah semakin sembuh. Dia muntah2 sebab radang tekak. CUma demam dia lebih 3 hari, so, Rabu tu, terpaksa bawak fiyyaz gi knilik kesihatan pesakit luar presint 3.. Fiyyaz amek darah, kejap je.. Cuma demam dah makin kebah sikit.. Result darah Fiyyaz, ada kuman, so kena makan antibiotik. Err. terpaksalah dak tu mam ubat.. 

Masa Fiyyaz sakit, kiterang tak terpaksa diamkan diri masa fiyyaz tak sihat, sebab takut nak habaq mai kat family di kampung. Takut depa dok risau pasal fiyyaz..

Tetiba, khamis tu, aku pulak yang sambung sakit.. lemah satu badan. Nak dukung Fiyyaz macam nak pengsan. Terpaksa call asben kat office mintak dia belikan makanan and segera pulang, bini dia dah cam demam teruk dah.. malam tu Asben la jaga dak Fiyyaz.. Ohmaiii, Fiyyaz dah aktif sangat dah skang.. Tapi sonok laying kerenah dia..hehe

Panjang lebaq citer aku.. k laa…



Bye bye,..

Terima Kasih

Tiada ulasan:

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign