Assalamualaikum..
Allah, aku salah orang la pulak dah. Dah banyak
kali silap orang, kali ni tersilap, ingatkan si kakak tu si adik, laa ghupenya
si adik tu aku tak add friend dalam pesbuk. Dah soseh itu soseh ini memacam
tanya pasal anak. Buahaha rupanya salah orang!! Err..
Ehh, tetiba taip entry gitau salah orang
pulak. Dah banyak kali kot, aku nak update blog ni. Tiap kali nak post entry,
delete semula la. Err..
Dah free2 tak tahu nak buat bakpe, marilah
baca post entry yang hanya omongan kosong. Adey!
Bila dah ada anak sorang ni, aku rasa sibuk
semacam. Allah.. Kenkadang tu, sebab sakit ‘M’.. kalo la ada ubat ‘M’ jual kat
farmasi, dah aku rembat sebuku ubat 'M' lalu pulang ke rumah, dan rajin itu ini.bahaha.
Minggu lepas, Mc 4 hari berturut-turut. Minggu
sebelumnya pon ada ter-mc sebab sakit mata. Adeh. Huahua, rekod engkau jemah! Bulan
April, bulan sakit manjang. Sakit tu penghapus dosa khen??. Ok, terima dengan
penuh istiqomah..baik.
Fiyyaz jatuh sakit minggu lepas. Gini kisahnye.
Hari senin, aku ngan asben amek fiyyaz kat
taska, then pulang ke rumah. Fiyyaz lemah and dok diam kat pangkuan aku. Aku
asyik tanya asben, kenapa dengan fiyyaz ni, asyik diam je. Check suhu badan
dia, tak panas. Sampai kat parking rumah, tetiba fiyyaz muntah dengan
banyaknya. Habis lencun baju kurungku ngan seat kereta, fiyyaz longlai kat
pangkuan ku. Aku usap2 blakang fiyyaz, rasa nak nangis, aku langsung tak ter-keluar
suara. ALLAH.. macam mana ni *dalam hati*.. Dah muntah sekali, muntah lagi.. menggigil
satu badan.. aku tak kisah pon dia kotorkan baju aku.
Aku terus ajak asben gi klinik, asben suruh
pegi emergency je. Ok, aku ikut je.. (dalam hati, emergency putrajaya slalunya
ramai orang, mesti tak terlayan, Cuma asben dah kata gitu, aku turuti).. dengan
alasan kalo emergency maybe fiyyaz boleh admit ward kalo jadi pa pe. Dah dok register
dari kul 6pm.. tak bawak susu fiyyaz plak tu.. Allah, budak tu lemah aje kat
emergency, nasib tak meragam. Kat emergency pon fiyyaz muntah2, Cuma dah tak
banyak. Asben balik office kejap, aku terus suruh dia bawak susu.. baju aku dah
kejang kejang dengan kesan muntah fiyyaz, takpe, aku redha..
Asben datang dalam kul 8pm, fiyyaz still tak
di panggil2 masuk bilik. Allah.. macam mana ni dalam hati aku. Nombor tertera
kat skrin tu pon da berjam2 tak berubah2.. banyak nya budak2 dalam tu, fiyyaz
still lemah.. bila asben dah ada, fiyyaz mula meragam, bagi susu, dia muntahkan
semula.. aku dan asben ni, dah tak tahu nak buat apa. Dah berjam-jam tunggu kat
emergency, still tak di panggil2..
Last2, aku mintak asben bawak fiyyaz gi
klinik swasta. Dah berkulat dok tunggu sampai kul 10 malam T.T. Budak t upon dah meragam-ragam. Balik
umah jap, pegi tukar baju, bawak susu fiyyaz bawak baju fiyyaz etc.
Sampai klinik swasta area bangi, Klinik
As-salam kalo tak silap. Klinik tu memang superb ada dokter yang memang paham
dan dah expert apa sakit baby2. Dia nasihat camni camtu, punca fiyyaz sakit
camtu, kaunseling bagai, itu memang bagus dok, dekat kat jiwa ibu ibu bapa bapa
cam kiterang, lagi2 anak pertama.
Alhamdulillah, Fiyyaz dah semakin sembuh. Dia
muntah2 sebab radang tekak. CUma demam dia lebih 3 hari, so, Rabu tu, terpaksa
bawak fiyyaz gi knilik kesihatan pesakit luar presint 3.. Fiyyaz amek darah,
kejap je.. Cuma demam dah makin kebah sikit.. Result darah Fiyyaz, ada kuman,
so kena makan antibiotik. Err. terpaksalah dak tu mam ubat..
Masa Fiyyaz sakit, kiterang tak terpaksa diamkan diri masa fiyyaz tak sihat, sebab takut nak habaq mai kat family di kampung. Takut depa dok risau pasal fiyyaz..
Tetiba, khamis tu, aku pulak yang sambung
sakit.. lemah satu badan. Nak dukung Fiyyaz macam nak pengsan. Terpaksa call
asben kat office mintak dia belikan makanan and segera pulang, bini dia dah cam
demam teruk dah.. malam tu Asben la jaga dak Fiyyaz.. Ohmaiii, Fiyyaz dah aktif
sangat dah skang.. Tapi sonok laying kerenah dia..hehe
Panjang lebaq citer aku.. k laa…
Bye bye,..