Followers

Lilypie - Personal pictureLilypie Second Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

26 Mac 2015

Bukak akaun Simpanan Tabung Haji untuk anak

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, dah bukak buku akaun simpanan Tabung Haji untuk Fiyyaz. Sbenarnya, dah lama bukak. hee.. Baru hari ni berkesempatan nak story pasal ni. Dulu dari mula Fiyyaz lahir, dah ajak husband pegi Anjung, kat Parcel tu. memandangkan, selalu tak berkesempatan nak pegi, tup-tup ada bukak kaunter kat bawah office aku. Masa tu ada program TTP fundays.. 

Allah permudahkan, bukak akaun just RM10 je masa tu. Masa tu, just daftar and bagi slip aje. Buku takde lagi. Buku akaun sampai dalam seminggu lebih ke alamat rumah. Simpanan Fiyyaz pon buat masa ni pon dah nak cecah 2k gitu. Tu semua pon ramai yang baik hati bagi fiyyaz duit, dari family, warga office kengkawan dan sebelah family in law. Maklumlah, sbelah asben, Fiyyaz cucu first :) ..Alhamdulillah, syukur.

Fiyyaz dari dia belom lahir, sehingga dah lahir ni, banyak rezeki untuk dia. Baju-baju, barang-barang keperluan, mainan, Masha Allah, banyak orang bagi. Masa baby pon banyak,, baju baby, beg beg baby, bantal, tilam baby, selimut, mainan macam macam lagi laa, Allah. 


 Masa bukak akaun simpanan TH, dapat free magnet fridge..

Dah la aku pegi kaunter dah nak dekat tengahari baru sempat nak pi,
Ni tabung yang last dah masa tu.
Nasib baik sempat, orang yang lepas aku, siap merayu nak lagi nak lagi..
Nak bagi hok yang fiyyaz punya, tapi nak simpan duit Fiyyaz kat tabung TH ni..
Sorry :'(

k bye

Terima Kasih

23 Mac 2015

Berhujung minggu di Kenny Rogers Roasters

Assalamualaikum wbt.

Sabtu lepas, kiterang bertiga saja kuar jenjalan sambil cuci mata, kah kah kah. Maklumlah, ada orang tu, asyik nak makan daging mahal aje kat Coldstorage. Hopefully, lepas ni tak nak dah daging super mahal gitu. Alamatnya, kalo beli pasni, mesti kena GST dah. So, dah merasa, udah udah la yer. kikiki.

Jenuh nak cari tempat makan, last2 asben buat pilihan nak makan kat KR. Ajak la dak cinonet yang tengah girang gembira, sat gi mulalah merengek meragam (alhamdulillah, tak meragam).. Dak cinonet ni, suka sangat menu yang ayah dia oder untuk dia. Macaroni soup + Banana cupcake.. Banyak dia makan, selalunya dia makan banyak jugak, tapi kenyang cepat. Bila hidangan KR untuk dia, kemain tak berhenti makan sampai licin makanan dia.hehehe. Lepas ni, macam anak ibu nak lagi je makan kat situ. Next, ada rezeki kita gi lagi yaa. (tapi, memandangkan gst,, tunggu laaa nanti nanti..kikikiki, gst aje)..

Kiterang saje nak bagi Fiyyaz merasa makanan pelbagai, asyik menu masakan kampung, masakan melayu, masakan thai aje. hehehehehe. acctually, spaghetti dia suka jugak makan masakan campak-campak aku, tapi, aku suka potong kecik2, senang dia nak makan.. Nasibla, anak aku tak pilih makanan, sama macam ayah dia, tapi kena masakan ibu jugak, baru menambah. (walhal, sekarang dah pandai dah pilih hok yang sedap).

Okey, tu je. nah gambar kiterang luangkan masa bersama.. asyik terperap dok umah aje,hehe..










nasib ada buku note ibu dan pen, senang nak suruh dia menulis, sat gi teriak teriak, jenuh ibu.

Terima Kasih

Resepi begedil Ayam



Begedil Ayam

Bahan bahan:
1/2 kg ubi kentang
200 gm daging ayam kisar
2 sudu teh lada sulah-tumbuk lumat
1 sudu besar bawang goreng
2 tangkai daun sup dihiris halus
1/2 labu bawang besar-di potong dadu
2 biji telur ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara resepi simple campak-campak:
1. Kupas kentang, lepastu potong ikut suka, potong dadu atau separuh nipis. Then cuci & toskan.
2. Goreng kentang dengan minyak masak.
3. Lenyek kentang.
4. Cincang isi ayam mentah, daun sup dihiris halus
5. Bawang besar di potong dadu.
6. Goreng bawang merah, angkat & toskan.
7. Campurkan kesemua bahan, gaulkan, kecuali telur.
8. Bentukkan bulat bulat, ikut suka saiz yang di nak.
9. Boleh di sejuk kan dalam peti ais dan boleh goreng terus.
10.Pecahkan telur, dan kocak-kocakkan. celup begedil kat telur, Goreng kat minyak masak sehingga garing.

Terima Kasih

19 Mac 2015

Potluck kat office

Assalamualaikum..

Saje ngengada nak upload gambar makan-makan kiterang.
Pepaham laa, office aku ni rajin naw buat potluck.
Padahal, ramai yang terpaksa rela untuk masak.

Best jugak. Tapi takbleh ler baut selalu.
Sebab, officemate aku ni, semua dok pakat diet aje.
Tinggal laa geng GEMS! macam haku ni yang tinggai.
haha.

Kali ni aje, aku rajin upload, lepas ni entah rajin ke idok.
So, selamat menjamu mata kalian.

krikk krikk krikk









Terima Kasih

10 Mac 2015

Udang Galah Sipitang!

Assalamualaikum wbt..

Err, rindu kat kampung. Kalo datang penyakit rindu, terus godek gambo lama kat handpone. Pastu, whatssap family pon aktif, herm, mula la depe send gambo makanan pevret ai kat kampung nun. Kat kampung, aku selalunya jadi chef kat dapuq. Kelentang kelentung dapur aku berkungfu. Masak sesimple yang mungkin je. 

Kalo musim ada udang galah, aku akan ajak mak, kakak aku semua pegi tamu Sindumin, kat sana, memang murah aje harga udang galah. Sekilo RM25 ke RM35 macam tu laa. Slalunya bawah RM30 je.. Pepaham laa, kat sini, mahal sangat udang galah. hehe. Pernah aku jumpa udang galah yang dah siap masak goreng tepung sekor, RM60. mak aii. mahal okey!. Pastu, pernah makan udang galah ngan asben kat Bangi, fuh, nak bayo nak dekat seratus jugak ler. Aku tak la penggemar sejati, just nak merasa je. Maklumahlah, makan seafood banyak sangat pon bahaya untuk kesihatan .. ye dak? Bila nak dekat timing nak balik kampung, abang-abang ipar aku, akan tolong simpan udang galah untuk kami kat freezer. So, sempat la merasa.hehe



Tiap kali balik kampung, mesti pegi kedai Payung payung di pekan Sipitang. Mesti nak makan Satey, Sayap Ayam, Soto & ABC.. err.. memang slurpp habis!..



 Gambar kat bawah ni, masa kireang gi berkelah kat Binsulok Membakut.. Next aku story yer..




Terima Kasih

© ✿EmmA Nyiu✿ | Design By MaiGraphikDesign